Pergi ke kandungan

Toni Kroos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Toni Kroos
Kroos bersama Jerman pada 2012.
Maklumat peribadi
Nama penuh Toni Kroos
Tarikh lahir (1990-01-04) 4 Januari 1990 (umur 34)
Tempat lahir Greifswald, Jerman Timur
Ketinggian 1.82 m (5 ka ​11 1116 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Real Madrid
Nombor 8
Kerjaya remaja
1997–2002 Greifswalder SV
2002–2006 Hansa Rostock
2006–2007 Bayern Munich
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2007–2008 Bayern Munich II 13 (4)
2007–2014 Bayern Munich 130 (13)
2009–2010Bayer Leverkusen (pinjaman) 43 (10)
2014–2024 Real Madrid 281 (22)
Pasukan kebangsaan
2005–2007 Jerman B17 34 (17)
2009 Jerman B19 5 (3)
2008–2009 Jerman B21 10 (2)
2010–2024 Jerman 106 (17)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 30 September 2023 (UTC)

Toni Kroos (lahir 4 Januari 1990) ialah seorang pemain bola sepak Jerman professional yang telah bersara. Semasa kerjayanya, dia bermain sebagai pemain tengah untuk kelab Bayern Munich, Bayer 04 Leverkusen dan Real Madrid.

Kroos masuk sebagai pemain senior Bayern Munich sejak berumur 17 tahun, Kroos menjadi pemain tetap setelah 18 bulan pinjaman ke Bayer Leverkusen, dan memenangi tiga gelaran Bundesliga dan Liga Juara-Juara Eropah 2013. Selepas memenangi Piala Dunia 2014, beliau menyertai Real Madrid dalam kontrak enam tahun. Beliau diberi pujian oleh wartawan dan bekas pemain professional kerana mempunyai kualiti untuk bermain di posisi tengah.

Kroos membuat kemunculan pertama untuk negara beliau pada 2010 dan ahli pasukan Jerman yang layak ke separuh akhir Piala Dunia FIFA 2010 dan UEFA Euro 2012. Beliau juga merupakan ahli skuad semasa yang memenangi Piala Dunia FIFA 2014, dan menjadi pemain bola pertama yang lahir di timur Jerman yang memenangi pertandingan tersebut.

Kerjaya kelab

[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal

[sunting | sunting sumber]

Kroos bermain buat pertama kali untuk pasukan tempatan Greifswalder SC, kemudian berpindah ke pasukan muda Hansa Rostock. Kroos berpindah ke Bayern Munich pada 2006 sebagai pemain muda. Kroos tidak hadir ke sekolah selama 40 hari semata-mata untuk berlatih.

Untuk musim 2007-08, pada usia 17 tahun, Kroos telah dinaikkan ke pasukan senior Bayern. Beliau membuat kemunculan yang bagus dalam permulaan kareer Bundesliga beliau, membuat kemunculan untuk Bayern pada 26 September 2007 menentang Energie Cottbus dalam kemenangan 5-0. Dalam kemunculan beliau, Kroos merupakan pemain paling muda untuk mewakili Bayern dalam perlawanan professional pada usia 17 tahun, lapan bulan dan dua hari; rekod yang dipecahkan oleh David Alaba pada 2010.

Pada 25 Oktober, Kroos membuatkan Bayern memenangi kemenangan yang berharga menentang Red Star Belgrade dalam kemunculan pertama beliau dalam Piala UEFA. Kross mengakhiri musim pertama beliau dengan 20 kemunculan untuk Bayern termasuk dua kemunculan pertama. Beliau juga turut menjaringkan 3 gol dalam 12 kemunculan untuk Bayern Munich II dalam Regionalliga Süd.

Walaupun sering dipilih sebagai pemain utama dalam pasukan Bayern untuk pembukaan Bundesliga menentang Hamburger SV, Kross tidak membuat sebarang pertunjukkan yang baik semasa awal musim 2008-09. Walau bagaimanapun, beliau membuat kemunculan Liga Juara-Juara Eropah menentang ACF Fiorentina dari Itali.

Pinjaman ke Bayer Leverkusen

[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Januari 2009, Bayern membenarkan Kroos untuk menyertai Bayer 04 Leverkusen untuk 18 bulan pinjaman demi mendapatkan pengalaman bermain di pasukan utama.

Pada 28 Februari 2009, Kroos membuat kemunculan pertama beliau untuk Bayer Leverkusen sebagai pengganti dalam kekalahan 1-0 menentang Hannover 96. Pada 12 April, beliau membuat kemunculan pertama dalam Bundesliga untuk Leverkusen dalam membantu gol pasukan 1-1 menentang SV Werder Bremen. Pada 18 April 2009, beliau menjaringkan gol pertama dalam kekalahan 2-1 menentang VfL Wolfsburg.

Pada 30 Mei 2009, Kroos muncul sebagai pengganti lewat dalam perlawanan akhir DFB-Pokal 2009 menentang Bremen, dimana Leverkusen ditewaskan dengan gol jaringan Mesut Özil.

Semasa musim 2008-09, Kroos membuat 13 penampinal untuk Leverkusen dalam semua pertandingan dan hanya menjaring gol sekali.

Kroos memperkenalkan diri beliau sebagai pemain tetap Leverkusen pada 2009-10, membuat kemunculan dalam semua perlawanan kecuali menentang Bayern Munich. Diantara perlawanan 16 dan 20, Kroos memberi lima gol dan empat gol bantuan untuk lima perlawanan Bundesliga, mendapat anugerah "pemain bulanan" pada Disember 2009 dan Januari 2010. Beliau mengakhiri musim dengan 9 jaringan dan 12 gol bantuan dari 33 gol perlawanan

Toni Kroos bermain untuk Jerman

Dia mengakhiri musimnya dengan sembilan jaringan gol dan 12 assist dalam 33 perlawanan.

Kembali ke Bayern Munich

[sunting | sunting sumber]

Pada musim panas 2010, Kroos telah tamat pinjaman dari Leverkusen dan pulang ke Bayern Munich. Apabila beliau ditanya mengenai peluang kedudukan tetap dalam pasukan utama Bayern, beliau menjawab "Saya ingin bermain secepat mungkin!"

Pada 16 Ogos 2010, beliau memulakan musim dengan perlawanan menentang TSV Germania Windeck dalam pusingan pertama DFB-Pokal, menjaringkan gol ketiga dalam kemenangan 4-0. Pada 29 Oktober 2010, beliau menjaringkan gol pertama liga dalam kemenangan 4-1 menentang SC Freiburg. Semasa musim 2010-11, Kroos merupakan pemain tetap untuk Bayern dalam Bundesliga, DFB-Pokal dan Liga Juara-Juara Eropah. Beliau mengakhiri musim dengan 37 penampilan semua pertandingan.

Semasa 2011-12, dibawah Jupp Heynckes, bekas jurulatih beliau di Leverkusen, Kroos memperkenalkan diri beliau sebagai pemain utama pasukan dari Bayern, membina pasangan posisi tengah yang bagus bersama rakan sepasukan Bastian Schweinsteiger. Beliau bermain 51 perlawanan dalam semua perlawanan termasuk Liga Juara-Juara Eropah 2012 dimana Bayern tewas kepada Chelsea dalam penalti di Allianz Arena.

Kroos merupakan pemain penting Bayern dalam kemenangan treble msuim 2012-13. Sebagai pemain terkemuka di posisi tengah bersama Schweinsteiger and Javi Martínez, Kroos menjaringkan tiga gol untuk pembukaan pasukan dalam liga. Beliau juga menjaringkan gol dalam pembukaan menentang Valencia CF. Selepas terlibat dengan kecederaan menentang Juventus dalam perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah, Kroos tidak lagi dapat membuat kemunculan untuk Bayern dan gagal menyambut kemenangan Bayern dalam kemenangan Liga Juara-Juara Eropah 2013, DFB-Pokal 2013 dan tujuh perlawanan terakhir liga..

Kroos kembali ke pasukan pada pembukaan musim 2013-14, bermain untuk Piala Super Jerman dan Piala Super UEFA. Pada 4 Oktober 2013, beliau menjaringkan gol pertama musim menentang kelab lama, Leverkusen dalam keputusan seri 1-1. Beliau juga turut bermain untuk dua perlawanan Bayern dalam FIFA Piala Kelab Dunia 2013. Pada 19 Febrauri 2014, Kroos menjaringkan gol dalam Liga Juara-Juara Eropah dalam kemenangan 2-0 menetang Arsenal. Pada 25 Mac, beliau menjaringkan gol dalam perlawanan 301 menentang Hertha BSC sepertimana Bayern telah diumumkan sebagai juara Bundesliga.

Real Madrid

[sunting | sunting sumber]
Toni Kroos bermain untuk pasukan Real Madrid

Pada 17 Julai 2014, Real Madrid mengumumkan bahawa mereka berjaya membeli Kroos dalam kontrak yang bertahan selama enam tahun untuk harga yang tidak didedahkan. Kenyataan media menyatakan Kroos mungkin bernilai €25 juta and €30 juta. Kroos menjadi pemain kesembilan Jerman selepas Günter NetzerPaul BreitnerUli StielikeBernd SchusterBodo IllgnerChristoph MetzelderMesut Özil, dan Sami Khedira, untuk menyertai Real Madrid. Dalam persembahan beliau dihadapan 8,000 penonton, beliau menyatakan Real Madrid merupakan "kelab terbesar di dunia". Beliau membuat kemunculan menentang Sevilla FC dalam Piala Super UEFA 2014 pada 12 Ogos 2014; memenangi trofi pertama bersama Real Madrid. Dia memutuskan untuk mengakhiri kontraknya selepas UEFA Euro 2024.

Pasukan kebangsaan Jerman

[sunting | sunting sumber]

Pasukan belia

[sunting | sunting sumber]

Dalam FIFA 2007 Piala Dunia bawah-17, Toni Kroos telah dianugerahkan Bola Emas sebagai pemain terbaik pertandingan dan juga memenangi amugerah kasut gangsa selepas menjaringkan lima gol. Kroos membuat kemunculan dalam pasukan negara B-21 pada 5 September 2008 iaitu di dalam Kelayakan Kejuaraan Euro B-21 menentang Nothern Ireland dan menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-11, gol kedua beliau untuk B-21 adalah gol kemenangan Jerman menentang Itali dalam keputusan 1-0. Ianya menjadi kejutan kepada pengurus Horst Hrubesch mengeluarkan beliau dari Jerman B-21 untuk Euro 2009, dan Jerman memenangi pertandingan tersebut tanpa beliau.

Piala Dunia 2010

[sunting | sunting sumber]
Kroos dalam perlawanan Piala Dunia 2010

Pada Januari 2010, Kroos telah dipanggil untuk mewakili skuad senior Jerman buat kali pertama, semasa sesi latihan di Sindelfingen dan dinamakan di dalam skuad dalam perlawanan seterusnya, perlawanan persahabatan menentang Argentina pada 3 March 2010, dimana beliau membuat kemunculan buat pertama kali untuk negara beliau.

Kroos telah dipilih dalam 23 pemain Joachim Löw untuk bermain dalam Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Beliau membuat kemunculan Piala Dunia dalam peringkat kumpulan menentang Ghana, menjadi pengganti pada minit-80 kepada Bastian Schweinsteiger, dimana Jerman telah mendahului 1-0. Beliau membuat kemunculan sekali lagi sebagai pengganti dalam perlawanan suku akhir menentang Argentina, separuh akhir menentang Sepanyol dan tempat ketiga pusingan kalah mati tempat ketiga menentang Uruguay.

Euro 2012

[sunting | sunting sumber]
Kelayakan UEFA Euro 2012 - Austria menentang Jerman

Kroos memperkenalkan diri belum melalui permulaan tetap dalam skuad kelayakan Jerman menerusi kempen UEFA Euro 2012, bermain lapan daripada sepuluh perlawanan. Jerman memenangi sepuluh perlawanan tersebut untuk menjadi pendahulu kumpulan A. Selepas kelayakan dipastikan, Kroos akhirnya menjaring gol pertama beliau untuk Jerman, gol Kroos membantu Jerman yang ketinggalan untuk seri semula menentang hos Euro 2012, Poland dan Ukraine.

Kesemua perlawanan akhir, Kroos tampil sebagai pengganti dalam ketiga-tiga perlawanan Jerman dalam Kumpulan B. Untuk perlawanan separuh akhir, Löw memilih Kroos untuk menjaga Andrea Pirlo. Keputusan itu menyebabkan Jerman dikritik kerana tewas 2-1.

Piala Dunia 2014

[sunting | sunting sumber]
Pasukan Jerman memenangi Piala Dunia 2014

Semasa berada dalam kelayakan Piala Dunia 2014, Kroos menjaringkan dua gol untuk kemenangan 6-1 menentang Ireland di Dublin. Pada 6 September 2013, beliau menjaringkan gol kedua dalam keputusan 3-0 kemenangan menetang Austria.

Kroos dinamakan sebagai pemain skuad Jerman dalam Piala Dunia 2014. Dalam perlawanan pembukaan, 4-0 menewaskan Portugal, Kroos bermula sebagai pemain tenagh dan membantu gol Matt Hummels untuk gol kedua Jerman. Dalam perlawanan separuh akhir menentang hos, Brazil, Kroos menjaringkan dua gol dalam masa dua minit (24' dan 26') untuk membantu kemenangan 7-1 Jerman. Beliau juga merekodkan bantuan gol untuk Thomas Müller dalam pertandingan dan menduduki tangga keempat gol bantuan terbanyak.

Pada 11 Julai, Kroos telah dinamakan sebagai 10-pemain dalam senarai Bola Emas FIFA untuk pemain terbaik pertandingan. Kroos telah bersara selepas perlawanan suku akhir UEFA Euro 2024, disingkirkan oleh Sepanyol dari pusingan berikutnya dengan mata 2–1.

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]