Marco Reus
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Marco Reus[1] | ||
Tarikh lahir | 31 Mei 1989 | ||
Tempat lahir | Dortmund, Jerman Barat | ||
Ketinggian | 1.80 m (5 ka 11 in)[2] | ||
Posisi permainan | Pemain tengah menyerang / Pemain sayap / Penyerang | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Borussia Dortmund | ||
Nombor | 11 | ||
Kerjaya remaja | |||
1994–1996 | Post SV Dortmund | ||
1996–2006 | Borussia Dortmund | ||
2006–2008 | Rot Weiss Ahlen | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2006–2007 | Rot Weiss Ahlen II | 6 | (3) |
2007–2009 | Rot Weiss Ahlen | 44 | (5) |
2009–2012 | Borussia Mönchengladbach | 99 | (37) |
2012– | Borussia Dortmund | 268 | (114) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2009 | Jerman B21 | 2 | (0) |
2011– | Jerman | 48 | (15) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 27 Mei 2023 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 11 November 2021 (UTC) |
Marco Reus (lahir 31 Mei 1989) merupakan pemain bola sepak profesional Jerman yang kini beraksi untuk Borussia Dortmund dan pasukan kebangsaan Jerman. Reus boleh bermain di posisi pemain tengah menyerang, sayap dan juga penyerang.[3]
Kerjaya kelab
[sunting | sunting sumber]Borussia Mönchengladbach
[sunting | sunting sumber]Pada 25 Mei 2009, Reus menandatangani kontrak empat tahun bersama kelab Bundesliga, Borussia Mönchengladbach. Pada 28 Ogos 2009, Reus menjaringkan gol liga pertamanya pada perlawanan menentang Mainz 05 selepas berlari secara solo sejauh 50 meter dan sejak itu, beliau menjadi penjaring gol berprofilik di bawah pengurus Lucien Favre. Pada permulaan musim 2011–12, Reus memulakan musim dengan langkah kanan dan menjaringkan tujuh gol dalam 12 perlawanan. Reus melanjutkan kontraknya bersama Gladbach sehingga tahun 2015 dan dilaporkan mencecah €18 juta.
Borussia Dortmund
[sunting | sunting sumber]Musim 2012–13
[sunting | sunting sumber]Pada 4 Januari 2012, Reus menandatangani kontrak ke bekas kelab, Borussia Dortmund dengan bayaran perpindahan sebanyak €17.1 juta. Beliau menandatangani kontrak lima tahun sehingga Julai 2017. Reus secara rasminya kembali semula ke Dortmund pada 1 Julai 2012. Reus bermain perlawanan debutnya pada 24 Ogos, mana beliau sempat menjaringkan gol ketika melengkapkan kemenangan 2-1 ke atas Werder Bremen.
Pada 29 September, Reus menjaringkan dua gol untuk Dortmund semasa menang besar 5-0 ke atas bekas kelab beliau, [Borussia Mönchengladbach]]. Dengan perlawanan itu, Dortmund diletakkan di tangga teratas liga menerusi lima perlawanan.
Pada 3 Oktober, Reus menjaringkan gol dalam penampilan pertamanya di Liga Juara-Juara menentang Manchester City, seri 1-1. Beliau juga menjaringkan gol pembukaan untuk juara Jerman ketika seri 2-2 menentang kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid pada 6 November, beliau menjaringkan gol dengan menyepak voli ke arah gawang Real.
Pada 16 Februari 2013, Reus menjaringkan gol hatrik ketika menentang Eintracht Frankfurt. Pada 11 Mei, Reus menjaringkan gol lewat perlawanan menentang Wolfsburg dan berjaya membantu Dortmund seri pada perlawanan itu selepas ketinggalan dua gol.
Musim 2013–14
[sunting | sunting sumber]Pada 27 Julai 2013, beliau menjaringkan gol pada perlawanan akhir DFL-Supercup menentang pesaing Bayern Munich, Dortmund menang 4-2 dan merangkul trofi kejuaraan.
Pada 25 Februari 2014, Reus menjaringkan gol untuk memberi kelebihan kepada Dortmund menang 4-2 ke atas Zenit pada perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara. Pada 29 Mac 2014, Reus menjaringkan hatrik ketika menang 3-2 ke atas Stuttgart di Bundesliga. Pada 8 April 2014, Reus menjaringkan dua gol pada perlawanan kedua Liga Juara-Juara menentang Real Madrid, tetapi Dortmund tersingkir daripada kejohanan selepas kalah menerusi agregat 3-2.
Musim 2014–15
[sunting | sunting sumber]Pada September 2014, beliau dilanda kecederaan buku lali. Pada 22 Oktober 2014, Reus kembali daripada kecederaan dan menjaringkan sebuah gol dan satu hantaran ketika menang selesa 4-0 ke atas Galatasaray pada aksi Liga Juara-Juara.
Pada 10 Februari 2015, Reus menandatangani lanjutan kontrak bersama Dortmund sehingga tahun 2019.
Kerjaya antarabangsa
[sunting | sunting sumber]Pada 6 Mei 2010, beliau dipanggil oleh pasukan kebangsaan Jerman untuk perlawanan persahabatan menentang Malta pada 14 Mei 2010. Pada 11 Mei 2010, beliau terpaksa dikeluarkan daripada skuad akibat kecederaan kaki pada perlawanan terakhir musim menentang Bayer Leverkusen. Pada 7 Oktober 2011, beliau membuat debut menentang Turki. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk skuad senior Jerman pada 26 Mei 2012 pada perlawanan menentang Switzerland, Jerman tewas mengejut 5-3.
Pada 22 Jun 2012, beliau menjaringkan gol di perlawanan suku akhir UEFA Euro 2012 menentang Greece. Kejohanan itu merupakan kejohanan pertama untuk Reus dalam skuad Jerman.
Reus termasuk dalam skuad Joachim Löw menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2014. Beliau menjaringkan lima gol dan membuat tiga hantaran dalam enam perlawanan. Beliau termasuk dalam senarai akhir 23 pemain ke Piala Dunia Brazil, tetapi terpaksa dikeluarkan kerana mengalami kecederaan buku lali pada perlawanan pemanasan badan Piala Dunia menentang Armenia pada 6 Jun, Jerman menang 6-1.
Statistik
[sunting | sunting sumber]- Sehingga 7 September 2014
Pasukan kebangsaan Jerman | ||
---|---|---|
Tahun | Kmncln | Gol |
2011 | 3 | 0 |
2012 | 10 | 5 |
2013 | 6 | 2 |
2014 | 4 | 0 |
Jumlah | 23 | 7 |
Gol antarabangsa
[sunting | sunting sumber]# | Tarikh | Lokasi | Lawan | Skor | Keputusan | Kejohanan |
---|---|---|---|---|---|---|
27 Mei 2012 | Basel, Switzerland | Switzerland | Persahabatan | |||
22 Jun 2012 | Gdańsk, Poland | Greece | UEFA Euro 2012 | |||
11 September 2012 | Vienna, Austria | Austria | Kelayakan Piala Dunia 2014 | |||
12 Oktober 2012 | Dublin, Ireland | Ireland | Kelayakan Piala Dunia 2014 | |||
26 Mac 2013 | Nuremberg, Jerman | Kazakhstan | Kelayakan Piala Dunia 2014 | |||
Statistik kerjaya
[sunting | sunting sumber]Kelab
[sunting | sunting sumber]- Sehingga 4 Mac 2015
Kelab | Musim | Liga | Piala | Eropah | Lain[nb 1] | Jumlah | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Rot Weiss Ahlen | 2007–08 | 17 | 1 | 0 | 0 | - | 17 | 1 | |||
2008–09 | 27 | 4 | 1 | 0 | - | 28 | 4 | ||||
Jumlah | 44 | 5 | 1 | 0 | – | 45 | 5 | ||||
Borussia Mönchengladbach | 2009–10 | 33 | 8 | 2 | 0 | - | 35 | 8 | |||
2010–11 | 34 | 11 | 3 | 1 | - | 37 | 12 | ||||
2011–12 | 32 | 18 | 5 | 3 | - | 37 | 21 | ||||
Jumlah | 99 | 37 | 10 | 4 | – | 109 | 41 | ||||
Borussia Dortmund | 2012–13 | 32 | 14 | 3 | 1 | 12 | 4 | 0 | 0 | 47 | 19 |
2013–14 | 30 | 16 | 3 | 0 | 9 | 5 | 1 | 2 | 43 | 23 | |
2014–15 | 13 | 7 | 3 | 1 | 4 | 4 | 0 | 0 | 20 | 12 | |
Jumlah | 75 | 37 | 9 | 2 | 25 | 13 | 1 | 2 | 110 | 54 | |
Jumlah kerjaya | 218 | 79 | 20 | 6 | 25 | 13 | 1 | 2 | 263 | 100 |
- ^ Termasuk DFL-Supercup
Penghargaan
[sunting | sunting sumber]Kelab
[sunting | sunting sumber]- Rot Weiss Ahlen
- Borussia Dortmund
- DFL-Supercup: 2013, 2014
- Liga Juara-Juara UEFA Naib-juara: 2012–13
- DFB-Pokal Naib juara: 2013–14
Individu
[sunting | sunting sumber]- Pemain bola sepak terbaik di Jerman: 2012
- Gol Bulanan (Jerman): Januari 2012
- Pasukan Terbaik UEFA: 2013
- Pembuat hantaran terbanyak Bundesliga: 2013–14
- 'Pemain Tahunan' Borussia Dortmund: 2013–14
- Pasukan Musim Liga Juara-Juara UEFA: 2013–14
Catatan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Marco Reus |
- German national team profile (Jerman)
- Marco Reus di fussballdaten.de (dalam bahasa Jerman)
- (Inggeris) Profil Marco Reus di National-Football-Teams.com
- Marco Reus – Rekod persaingan FIFA
- Marco Reus – Rekod persaingan UEFA
- Templat:ESPN Soccernet
- Kicker profile (Jerman)
- Bundesliga profile