Christoph Metzelder
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Christoph Tobias Metzelder[1] | ||
Tarikh lahir | 5 November 1980 | ||
Tempat lahir | Haltern, Jerman Barat | ||
Ketinggian | 1.94 m (6 ka 4 3⁄8 in) | ||
Posisi permainan | Bek tengah | ||
Kerjaya remaja | |||
1986–1995 | TuS Haltern | ||
1995–1996 | Schalke 04 | ||
1996–1998 | Preußen Münster | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1999–2000 | Preußen Münster | 32 | (4) |
2000–2007 | Borussia Dortmund | 126 | (2) |
2007–2010 | Real Madrid | 23 | (0) |
2010–2013 | Schalke 04 | 52 | (2) |
2013–2014 | TuS Haltern | 1 | (0) |
Jumlah | 234 | (8) | |
Pasukan kebangsaan | |||
2000–2001 | Jerman B21 | 9 | (1) |
2001–2008 | Jerman | 47 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Christoph Tobias Metzelder (lahir 5 November 1980) merupakan bekas pemain bola sepak Jerman yang bermain di posisi bek tengah.[2]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Borussia Dortmund
[sunting | sunting sumber]Metzelder telah dilahirkan di Haltern, North Rhine-Westphalia. Pada musim panas 2000, beliau menandatangani kontrak bersama Borussia Dortmund dari kelab divisyen bawahan, SC Preußen Münster. Pada penghujung musim 2000-01, beliau membuat debut buat pasukan Jerman pada perlawanan persahabatan menentang Hungary pada 15 Ogos 2001.
Musim keduanya di Dortmund membawa Metzelder termasuk dalam skuad Piala Dunia 2002. Kemudian, beliau terlepas kebanyakan perlawanan musim 2003-04 akibat kecederaan tendon[3] dan hanya bermain sebanyak 16 perlawanan liga pada musim berikutnya.
Selepas dua tahun ketinggalan daripada skuad kebangsaan, Metzelder dipanggil oleh pengurus baru, Jürgen Klinsmann untuk perlawanan persahabatan menentang China pada Oktober 2005.[4] Beliau kemudian menjaringkan gol liga buat kali pertamanya menentang 1. FSV Mainz 05.
Real Madrid
[sunting | sunting sumber]Pada 18 April 2007, selepas Metzelder gagal untuk memperbaharui kontraknya di Borussia,[5] Metzelder berpindah ke kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid pada penghujung musim secara percuma.[6] Pada Februari 2008, beliau mengalami kecederaan lalu membuat pembedahan pada kakinya. Oleh yang demikian, beliau tidak dapat untuk beraksi pada perlawanan pusingan-16 Liga Juara-Juara menentang Roma. Beliau kembali daripada kecederaan dan beraksi pada perlawanan menentang Real Zaragoza, perlawanan berkesudahan seri 2-2.
Metzelder beraksi pada kesemua perlawanan Jerman di Euro 2008. Beliau berganding dengan Per Mertesacker di bahagian pertahanan. Metzelder meninggalkan Real Madrid selepas kontraknya tamat pada 30 Jun 2010.
Pulang ke Jerman
[sunting | sunting sumber]Pada 27 April 2010, Metzelder bersetuju untuk menandatangani kontrak tiga tahun bersama FC Schalke 04 selepas 15 tahun meninggalkan pasukan itu ketika di akademi Schalke 04. Beliau membuat debut untuk Schalke pada perlawanan liga dengan berkesudahan tewas 1-2 kepada Hamburg.
Metzelder tampil pada perlawanan Liga Juara-Juara yang menyaksikan Schalke berjaya melangkah ke separuh akhir. Beliau juga bermain untuk Schalke pada perlawanan akhir DFB-Pokal 2011 menentang MSV Duisburg, Schalke menang 5–0.
Pada Mei 2013, Metzelder pada usia 32 tahun mengumumkan persaraan daripada bola sepak pada penghujung musim 2012-13.
Penghargaan
[sunting | sunting sumber]Kelab
[sunting | sunting sumber]- Borussia Dortmund
- Real Madrid
- Schalke
Antarabangsa
[sunting | sunting sumber]- Jerman
- Piala Dunia FIFA: 2002 (Naib juara); 2006 (Tempat ketiga)
- Kejohanan Bola Sepak Eropah: 2008 (Naib juara)
Individu
[sunting | sunting sumber]- Anugerah Bravo: 2002
Statistik kerjaya
[sunting | sunting sumber]Kelab | Musim | Liga | Piala | Eropah | Jumlah | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Borussia Dortmund | 2000–01 | 19 | 0 | 2 | 0 | 0 | 0 | 21 | 0 |
2001–02 | 25 | 0 | 1 | 0 | 12 | 0 | 38 | 0 | |
2002–03 | 24 | 0 | 1 | 0 | 10 | 0 | 35 | 0 | |
2003–04 | 0 | 0 | 0 | 0 | 1 | 0 | 1 | 0 | |
2004–05 | 16 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 16 | 0 | |
2005–06 | 23 | 2 | 1 | 0 | 0 | 0 | 24 | 2 | |
2006–07 | 19 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 19 | 0 | |
Jumlah | 126 | 2 | 5 | 0 | 21 | 0 | 152 | 2 | |
Real Madrid | 2007–08 | 9 | 0 | 1 | 0 | 3 | 0 | 13 | 0 |
2008–09 | 12 | 0 | 2 | 0 | 1 | 0 | 15 | 0 | |
2009–10 | 2 | 0 | 1 | 0 | 0 | 0 | 3 | 0 | |
Jumlah | 23 | 0 | 4 | 0 | 4 | 0 | 31 | 0 | |
Schalke 04 | 2010–11 | 32 | 1 | 6 | 0 | 10 | 0 | 48 | 1 |
2011–12 | 16 | 1 | 0 | 0 | 3 | 0 | 19 | 1 | |
2012–13 | 4 | 0 | 2 | 0 | 1 | 0 | 6 | 0 | |
Jumlah | 52 | 2 | 8 | 0 | 14 | 0 | 73 | 2 | |
Jumlah kerjaya | 201 | 4 | 17 | 0 | 39 | 0 | 256 | 4 |
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ "FIFA World Cup Germany 2006 – List of players" (PDF). FIFA. m/s. 12. Dicapai pada 26 July 2013.
- ^ "Christoph Metzelder, Germany's composed and confident defender". UNICEF. 21 June 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-13. Dicapai pada 15 September 2013.
- ^ "Metzelder needs second operation". UEFA.com. 20 October 2003. Dicapai pada 8 April 2010.
- ^ "Metzelder set for a happy return". UEFA.com. 11 October 2005. Dicapai pada 8 April 2010.
- ^ "Dortmund to split with Metzelder". UEFA.com. 5 March 2007. Dicapai pada 8 April 2010.
- ^ "Metzelder to make mark in Spain". UEFA.com. 9 July 2007. Dicapai pada 8 April 2010.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Christoph Metzelder di fussballdaten.de (dalam bahasa Jerman)
- BDFutbol profile
- (Inggeris) Profil Christoph Metzelder di National-Football-Teams.com
- Tapak web rasmi (Jerman)
Kedudukan sukan | ||
---|---|---|
Didahului oleh Stefan Reuter |
Kapten Borussia Dortmund 2003–2004 |
Diikuti oleh: Christian Wörns |