Carlo Ancelotti
![]() Ancelotti sebagai pengurus Bayern Munich pada tahun 2016 | |||||||||||||
Maklumat peribadi | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama penuh | Carlo Ancelotti[1] | ||||||||||||
Tarikh lahir | [1] | 10 Jun 1959||||||||||||
Tempat lahir | Reggiolo, Itali[1] | ||||||||||||
Ketinggian | 1.79 m (5 ka 10 in)[2] | ||||||||||||
Posisi permainan | Pemain tengah | ||||||||||||
Maklumat kelab | |||||||||||||
Kelab terkini | Real Madrid (Pengurus) | ||||||||||||
Kerjaya remaja | |||||||||||||
1973–1975 | Reggiolo | ||||||||||||
1975–1976 | Parma | ||||||||||||
Kerjaya Senior* | |||||||||||||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) | ||||||||||
1976–1979 | Parma | 55 | (13) | ||||||||||
1979–1987 | Roma | 171 | (12) | ||||||||||
1987–1992 | Milan | 112 | (10) | ||||||||||
Jumlah | 338 | (35) | |||||||||||
Pasukan kebangsaan | |||||||||||||
1981–1991 | Itali | 26 | (1) | ||||||||||
Pasukan diurus | |||||||||||||
1995–1996 | Reggiana | ||||||||||||
1996–1998 | Parma | ||||||||||||
1999–2001 | Juventus | ||||||||||||
2001–2009 | Milan | ||||||||||||
2009–2011 | Chelsea | ||||||||||||
2011–2013 | Paris Saint-Germain | ||||||||||||
2013–2015 | Real Madrid | ||||||||||||
2016–2017 | Bayern Munich | ||||||||||||
2018–2019 | Napoli | ||||||||||||
2019-2021 | Everton | ||||||||||||
2021 | Real Madrid | ||||||||||||
Pengalaman
| |||||||||||||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Carlo Ancelotti (lahir 10 Jun 1959) merupakan bekas pemain bola sepak profesional Itali dan kini berkhidmat sebagai pengurus kelab La Liga, Real Madrid CF
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Pemain
[sunting | sunting sumber]Sebagai pemain, "Carletto" telah membuat penampilan sebanyak 26 kali bersama Itali, dan bermain di Piala Dunia FIFA 1990, di mana beliau merupakan rakan sepasukan bekas pengurus Inter Milan Roberto Mancini.
Beliau memulakan kareer kelabnya pada tahun 1976 bersama Parma A.C.. Pada tahun 1979, beliau berpindah ke AS Roma, sebagai kapten dan pemain tengah, di mana beliau memenangi Serie A (1983) dan empat Piala Itali. Dari 1987 hingga 1992 beliau bermain bersama A.C. Milan, dan merupakan sebahagian daripada skuad Milan yang memenangi Piala Eropah berturut-turut pada 1989 dan 1990.
Jurulatih
[sunting | sunting sumber]Ancelotti memulakan kerjayanya sebagai jurulatih bersama kelab Serie B, A.C. Reggiana 1919 pada tahun 1995 dan terus membawa mereka naik ke Serie A. Walau bagaimanapun, Ancelotti meninggalkan kelab tersebut dan kembali ke Parma pada musim seterusnya. Beliau membantu kelab tersebut memenangi Piala UEFA 1998-99. Beliau kemaudiannya menggantikan Marcello Lippi di Juventus pada musim seterusnya, tetapi gagal memenangi sebarang trofi selama dua musim di sana, hanya mampu menjadi naib juara Serie A dua kali. Itu semua berubah apabila beliau menyertai AC Milan pada tahun 2001 sebagai pengganti Fatih Terim yang dipecat.
Walaupun pada musim pertamanya beliau gagal membawa kejayaan untuk Milan, tetapi selepas itu, kejayaan demi kejayaan berjaya dicapai. Anataranya, dua kejuaraan Liga Juara-juara UEFA iaitu pada musim 2002-03 dan 2006-07, juara Serie A dan Piala Itali pada musim 2003-04 dan Piala Dunia Kelab FIFA 2007.
Pada awal Jun 2008, terdapat khabar yang mengatakan bahawa beliau akan menandatangani kontrak sebagai pengurus kelab Liga Perdana Inggeris Chelsea, walau bagaimanapun Ancelotti and AC Milan telah menafikan khabar angin tersebut. [3] Pada 8 Jun percubaan kedua untuk membawa Ancelotti ke Chelsea juga menemui kegagalan setelah beliau menyatakan bahawa beliau hanya akan meninggalkan Milan untuk mengurus Roma, kelab di mana beliau menjadi kapten sewaktu kareer beliau sebagai pemain. [4]
Statistik
[sunting | sunting sumber]Musim | Kelab | Kejohanan | ||
---|---|---|---|---|
Liga | Penampilan | Gol | ||
1976/77 | ![]() |
Lega Pro | 1 | 0 |
1977/78 | Lega Pro | 21 | 8 | |
1978/79 | Lega Pro | 33 | 5 | |
Jumlah Parma | 55 | 13 | ||
1979/80 | ![]() |
Serie A | 27 | 3 |
1980/81 | Serie A | 29 | 2 | |
1981/82 | Serie A | 5 | 0 | |
1982/83 | Serie A | 23 | 2 | |
1983/84 | Serie A | 9 | 0 | |
1984/85 | Serie A | 22 | 3 | |
1985/86 | Serie A | 29 | 0 | |
1986/87 | Serie A | 27 | 2 | |
Jumlah Roma | 171 | 12 | ||
1987/88 | ![]() |
Serie A | 27 | 2 |
1988/89 | Serie A | 28 | 2 | |
1989/90 | Serie A | 24 | 3 | |
1990/91 | Serie A | 21 | 1 | |
1991/92 | Serie A | 12 | 2 | |
Jumlah Milan | 112 | 10 | ||
Jumlah kareer | 338 | 35 |
Kejayaan
[sunting | sunting sumber]Pemain
[sunting | sunting sumber]- Coppa Italia: 4
- A.S. Roma: 1979/1980, 1980/1981, 1983/1984, 1985/1986
- Serie A: 3
- A.S. Roma: 1982/1983
- A.C. Milan: 1987/1988, 1991/1992
- A.C. Milan: 1988
- A.C. Milan: 1988/1989, 1989/1990
- A.C. Milan: 1989, 1990
- A.C. Milan: 1989, 1990
Pengurus
[sunting | sunting sumber]- Juventus: 1999
- Coppa Italia: 1
- A.C. Milan: 2002/2003
- Serie A: 1
- A.C. Milan: 2003/2004
- A.C. Milan: 2004
- A.C. Milan: 2002/2003, 2006/2007
- A.C. Milan: 2003, 2007
- A.C. Milan: 2007
Peribadi
[sunting | sunting sumber]- Jurulatih Terbaik Serie A: 2001, 2004
- ESM: 1
- Jurulatih Terbaik Eropah: 2007
- Knight [5]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Anaknya, Davide Ancelotti telah menandatangani kontrak profesional bersama A.S.D.C. Borgomanero pada Jun 2008.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c "Ancelotti: Carlo Ancelotti: Manager". BDFutbol. Dicapai pada 28 December 2017.
- ^ "Carlo Ancelot". SSC Napoli (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 2 November 2018.
- ^ "Ancelotti out of Chelsea running". BBC. 2008-06-03. Dicapai pada 2008-06-04.
- ^ http://www.corrieredellosport.it/Notizie/Calcio/32701/Spalletti%3A+%C2%ABMai+ricevuto+offerte+dal+Chelsea%C2%BB
- ^ (Itali)Carlo Ancelotti awarded Order of Merit of the Republic
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kelahiran 1959
- Orang hidup
- Pemain bola sepak Itali
- Pengurus bola sepak Itali
- Pemain Parma F.C.
- Pemain A.S. Roma
- Pemain A.C. Milan
- Pemain Serie A
- Pengurus Juventus F.C.
- Pengurus A.C. Reggiana 1919
- Pengurus Parma F.C.
- Pengurus A.C. Milan
- Pengurus Paris Saint-Germain F.C.
- Pengurus Chelsea F.C.
- Pengurus Real Madrid CF
- Pengurus FC Bayern Munich
- Pemain Piala Dunia FIFA 1986
- Pemain UEFA Euro 1988
- Pemain Piala Dunia FIFA 1990