Pergi ke kandungan

The Jungle Book

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Jungle Book
Kulit cetak timbul pada edisi MacMillan asli The Jungle Book, 1894
Umum
PengarangRudyard Kipling
NegaraUnited Kingdom
Bahasabahasa Infferis
SiriThe Jungle Books
GenreChildren's book
Penerbitan
PengilustrasiJohn Lockwood Kipling (bapa Rudyard)
PenerbitMacmillan
Tarikh penerbitan
1894
TerjemahanThe Jungle Book di Wikisumber
Kronologi
"In the Rukh" The Second Jungle Book

The Jungle Book (1894) ialah sebuah koleksi cereka karya Rudyard Kipling, yang mula-mulanya diterbitkan dalam majalah pada tahun 1893–4. Hasil penerbitan asalnya mengandungi gambar ilustrasi, sesetengah darinya dilukis oleh bapa Rudyard, John Lockwood Kipling. Kipling lahir di India dan menghabiskan enam tahun pertama zaman kanak-kanaknya di situ. Selepas sepuluh tahun di England, beliau kembali ke India untuk bertugas selama enam tahun setengah. Kisah-kisahnya dikarang Kipling ketika di Vermont.[1]

Kisah-kisah dalam buku ini (dan juga susulannya The Second Jungle Book pada tahun 1895, yang merangkumi lima kisah tambahan mengenai Mowgli) merupakan cerita teladan yang menggunakan haiwan bersifat manusia untuk menyampaikan pendidikan akhlak. Contohnya, rangkap-rangkap dalam The Law of the Jungle menetapkan peraturan keselamatan individu, keluarga dan masyarakat. Kipling menulis segala yang diketahui, "didengari atau diimpikannya mengenai hutan rimba India."[2] Sesetengah pembaca pula mentafsirkan karya ini sebagai alegori politik dan masyarakat sezaman Kipling itu.[3] Kisah yang paling terkenal sekali adalah yang mengisahkan pengembaraan seorang kanak-kanak terbiar bernama Mowgli yang dibesarkan oleh sekawan serigala dalam hutan rimba India. Selain kisah Mowgli, tidak kurang dikenali juga kisah-kisah "Rikki-Tikki-Tavi" yang mengisahkan cerpelai yang sungguh berani, dan "Toomai of the Elephants" yang mengenai seorang jurulatih gajah yang muda. Kotick, The White Seal yang tercari-cari tempat perlindungan bagi kaumnya dari ancaman pemburu, dilihat sebagai metafora untuk Zionisme.[4] Seperti kebanyakan karya-karya Kipling yang lain, setiap cerita didahului oleh serangkap sajak, dan diakhiri oleh serangkap lagi pantun.

Disebabkan nilai-nilai murni yang diterapkan, The Jungle Book dijadikan buku motivasi oleh Pengakap Muda, iaitu bahagian kanak-kanak pergerakan Pengakap. Penggunaan unsur-unsur alam dalam buku ini mendapat kelulusan Kipling setelah menerima petisyen terus dari Robert Baden-Powell, pengasas pergerakan Pengakap yang pernah meminta izin Kipling untuk penggunaan Memory Game dari novel Kim bagi tujuan menaikkan semangat dan kesihatan belia golongan pekerja di kawasan bandar. Akela, ketua serigala dalam The Jungle Book, melambangkan tokoh senior dalam pergerakan pengakap, maka namanya dipakai oleh ketua setiap kawanan Pengakap Muda.

Senarai bab

[sunting | sunting sumber]
  1. Mowgli's Brothers: Seorang anak manusia dibesarkan sekumpulan haiwan liar belantara menjadi seorang pemuda sihat dan lincah - dia kemudiannya dicabar melawan seorang harimau yang rakus dan bermaharajalela di sana. Kisah ini turut diterbitkan sebagai buku cerpen Night-Song in the Jungle.
  2. Hunting-Song of the Seeonee Pack
  3. Kaa's Hunting: Berkisah sebelum Mowgli melawan Shere Khan. Apabila Mowgli diculik oleh monyet, Baloo dan Bagheera keluar menyelamatkannya dengan bantuan Chil si burung layang-layang dan Kaa si ular sawa. Maxims of Baloo.
  4. Road Song of the Bandar-Log
  5. Tiger! Tiger!: Mowgli kembali ke perkampungan manusia lalu diterima sebagai anak angkat oleh Messua dan suaminya yang percaya bahawa Mowgli ialah anak kandung mereka Nathoo yang lama hilang. Namun begitu, dia sukar menyesuaikan diri dengan kehidupan manusia, manakala Shere Khan masih berazam untuk membunuhnya. Judul cerita ini dipetik dari puisi "The Tyger" oleh William Blake.
  6. Mowgli's Song
  7. The White Seal: Kotick, seekor anjing laut bulu utara, tercari-cari tempat tinggal baru untuk kaumnya agar tidak diburu oleh manusia.
  8. Lukannon
  9. Rikki-Tikki-Tavi: Rikki-Tikki si cerpelai mempertahankan sebuah keluarga manusia dari sepasang ular tedung di India. Kisah ini juga diterbitkan sebagai buku cerpen.
  10. Darzee's Chant
  11. Toomai of the Elephants: Toomai, seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang membantu menggembala gajah, diberitahu bahawa dirinya tidak boleh menjadi jurulatih gajah sepenuh masa selagi belum menyaksikan tarian gajah. Kisah ini juga diterbitkan sebagai buku cerpen.
  12. Shiv and the Grasshopper
  13. Her Majesty's Servants (dahulunya "Servants of the Queen"): Pada suatu malam sebelum hari perarakan tentera, seorang askar British mencuri dengar perbualan antara haiwan di perkhemahan.
  14. Parade-Song of the Camp Animals memparodikan beberapa lagu dan puisi terkenal, termasuk Bonnie Dundee.

Watak-watak utama

[sunting | sunting sumber]
  • Mowgli [mau.gli] - seorang anak manusia lelaki yang terbiar di hutan belantara namun ada dibesarkan hidupan liar yang ada di dalamnya sehingga menjadi seorang yang lincah.
  • Bagheera [ba.gi.ra]] (Hindi: बघीरा; Urdu: بگیڑہBaghīrā/Bagīdah) - seekor harimau kumbang India (spesies: Panthera pardus fusca) hitam yang menjaga Mowgli sejak kecil, malah bersahabat dengannya.
  • Baloo [ba.lu] (Hindi: भालू bhālū - "beruang")[5] - seekor beruang sloth (spesies Melursus ursinus) yang juga bersahabat dengan Mowgli serta mengajar anak manusia itu selok-belok kehidupan di belantara.
  • Kaa - seekor ular sawa India (Python molurus) yang menjadi salah satu pengajar Mowgli. Dia sering bergerak menari lembut untuk megalih perhatian musuh dihadapi.
  • Shere Khan (Hindi: शेर ख़ान; Urdu: شیر خان‎ - "raja harimau"[6] ) - seekor harimau Benggala tempang sebelah kaki[6] yang angkuh dan berlagak.[7]
  • Tabaqui [ta.ba.kui] (Hindi: तंबाकूवी Taṃbākūvī) - seekor jakal keemasan merupakan konco taat setia kepada Shere Khan.

Senarai terjemahan

[sunting | sunting sumber]

Dalam bahasa Melayu umum

  • Tjerita Mowgli Anak Didikan Rimba. Diterjemahkan oleh Agus Salim. Batavia Centrum: Balai Pustaka. 1934.

Dalam baku Indonesia

Buku ini telahbanyak kali diadaptasikan ke dalam filem dan siri TV:

  1. ^ Rao, K. Bhaskara (1967) Rudyard Kipling's India. Norman: University of Oklahoma Press
  2. ^ The Long Recessional: the Imperial Life of Rudyard Kipling, David Gilmour, Pimlico, 2003 ISBN 0-7126-6518-8
  3. ^ Hjejle, Benedicte 1983 'Kipling, Britisk Indien og Mowglihistorieine', Feitskrifi til Kristof Glamann, edited by Ole Fddbek and Niels Thomson. Odense, Denmark: Odense Universitetsforlag. pp. 87–114.
  4. ^ Mordechai Kaufmann, "Zionism in Britain before the Balfour Declaration", Tel Aviv, 1965 (dalam bahasa Ibrani), p. 23
  5. ^ "Hindi Translation of "bear"" (dalam bahasa Inggeris). Collins English-Hindi Dictionary. Dicapai pada 26 Mac 2018.
  6. ^ a b "Kipling's list of names in the stories", excerpted from volume XII of The Complete Works, Sussex edition, 1936.
  7. ^ "Voice Compare - Shere Khan". Behind The Voice Actors. Dicapai pada 2 Februari 2017.
  8. ^ http://umaryland.worldcat.org/search?q=no:%22068527743%22

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]