Templat:GP/Minggu 28 2019
Penampilan
Sotong terumbu Caribbean (Sepioteuthis sepioidea) adalah satu spesies sotong kecil berbentuk torpedo dengan siripnya memanjang hampir ke seluruh badannya, iaitu sekitar 20 sentimeter (8 in) panjang. Spesies ini boleh ditemui di Laut Caribbean, selain di luar pantai Florida. Ia biasanya berenang dalam kawanan sekitar empat hingga 30 ekor di perairan cetek dan berterumbu. Habitatnya berubah mengikut saiz dan umurnya. Anak-anak yang baharu menetas tinggal berdekatan dengan garis pantai, kira-kira 0.2 hingga 1 meter (1 hingga 3 ka) di bawah permukaan laut, atau di dalam atau di bawah rumpai laut.Kredit gambar : Atsme Betty Wills