Templat:GP/Minggu 29 2019
Penampilan
Balai Cerap Parkes adalah sebuah balai cerap teleskop radio yang terletak di New South Wales, Australia, kira-kira 20 kilometer (12 bt) di utara bandar Parkes. Ia merupakan salah sebuah antena radio yang digunakan untuk menerima imej-imej secara langsung yang dihantar semasa pendaratan di bulan oleh kapal angkasa Apollo 11 pada 20–21 Julai 1969.
Foto ini yang diambil pada tahun 1969, menunjukkan ceper utama di Balai Cerap Parkes berdiameter 64-meter (210 ka), sedang menerima isyarat daripada Apollo 11, berlatarbelakang bulan sabit.Kredit foto: CSIRO