Sotong terumbu Caribbean
Sotong terumbu Caribbean | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Templat taksonomi hilang (baiki): | Myopsida |
Keluarga: | Loliginidae |
Genus: | Sepioteuthis |
Spesies: | S. sepioidea
|
Nama binomial | |
Sepioteuthis sepioidea (Blainville, 1823)[1]
| |
Sinonim[1] | |
Sotong terumbu Caribbean (Sepioteuthis sepioidea), biasanya dipanggil dengan nama sotong terumbu, adalah satu spesies sotong kecil yang berbentuk torpedo dengan sirip yang mengunjur hampir ke seluruh panjang badan, kira-kira sepanjang 20 cm (8 in). Pada tahun 2001, aahli biologi marin bernama Silvia Maciá menemui bahawa sotong ini mampu meloncatkan diri mereka keluar daripada dalam air kira-kira 2 m (6.6 ka) dan terbang sekitar 10 m (33 ka) sebelum menjunam semual ke dalam air; satu penemuan yang membawa kepada pengenalan enam spesies sotong terbang.[2]
Taburan dan habitat
[sunting | sunting sumber]Sotong terumbu Caribbean boleh ditemui di seluruh Laut Caribbean selain luar pantai Florida. Ia biasanya berenang dalam kawanan kecil empat hingga 30 ekor di laut cetek yang ditumbuhi dengan terumbu. Habitat Sotong terumbu Caribbean berubah berdasarkan tahap kehidupan dan saiznya. Anak-anak yang baharu menetas akan tinggal berdekatan dengan pantai dengan 0.2 hingga 1 meter (1 hingga 3 ka) di bawah permukaan atau di bawah tumbuhan. Sotong muda biasanya berkeliaran di kawasan cetek rumput penyu berdekatan dengan pulau-pulau dengan kedalaman beberapa sentimeter sehingga dua meter dalam dari permukaan untuk mengelakkan daripada burung pemangsa. Sotong dewasa tinggal di perairan terbuka dan boleh dijumpai pada kedalaman sehingga 150 m. Semasa mengawan, sotong dewasa boleh ditemui berdekatan dengan terumbu karang pada kedalaman 1.5 hingga 8 meter (5 hingga 26 ka). Sotong terumbu Caribbean merupakan satu-satunya spesies sotong yang biasa dijumpai oleh para penyelam berdekatan dengan terumbu pantai di kawasan Florida, Bahamas dan Caribbean.
-
Sotong terumbu, Bonaire
-
Sekawan sotong di Taman Negara Dry Tortugas, Florida
-
Sotong terumbu Caribbean berenang di permukaan dasar laut
-
Pandangan dekat seekor sotong terumbu Caribbean
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Julian Finn (2016). "Sepioteuthis sepioidea (Blainville, 1823)". World Register of Marine Species. Flanders Marine Institute. Dicapai pada 20 February 2018.
- ^ Jahr, F. (2010). "Fact or fiction: Can a squid fly out of the water?". Scientific American (August 2, 2010).
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Sotong terumbu Caribbean |
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Sotong terumbu Caribbean |