Templat:Arkib Peristiwa Lepas/2023
Penampilan
Januari
[sunting sumber]- Penyokong bekas presiden Brazil Jair Bolsonaro menceroboh Kongres Kebangsaan, Mahkamah Persekutuan Agung, dan Palácio do Planalto.
- Anugerah Golden Globe menyaksikan The Fabelmans menang Filem Drama Terbaik dan The Banshees of Inisherin untuk Filem Terbaik: Muzikal atau Komedi.
- Sebuah pesawat terhempas di Pokhara, Nepal, mengorbankan kesemua 72 orang penumpang.
- Piala AFF 2022 melabuhkan tirai dengan pasukan Thailand mempertahankan kejuaraan selepas mengalahkan Vietnam dalam pusingan akhir.
- Chris Hipkins (gambar) dipilih sebagai perdana menteri New Zealand dan ketua Parti Buruh, menggantikan Jacinda Ardern yang meletakkan jawatan.
- Serangan bersenjata ke atas Kedutaan Azerbaijan di Iran menyebabkan seorang maut dan dua lagi cedera.
- Petr Pavel telah dipilih sebagai presiden Republik Czech.
- Satu pengeboman berani mati berlaku di sebuah masjid di Peshawar, Pakistan, membunuh 100 orang dan mencederakan lebih 220 yang lain.
Februari
[sunting sumber]- Komet C/2022 E3 (ZTF) mendekat pada jarak terhampirnya dengan Bumi.
- Suatu belon China yang disyaki melakukan pengawasan dan pengintipan ditembak jatuh selepas terbang melewati Kanada dan Amerika Syarikat.
- Lebih 24 ribu orang maut dan 87 ribu lagi tercedera dalam gempa bumi (gambar kerosakan) yang menggegarkan Turki dan Syria.
- Bot yang membawa penghijrah tenggelam di luar pesisir Calabria, Itali, mengorbankan sekurang-kurangnya 68 orang.
- Sekurang-kurangnya 57 orang meninggal dunia dalam rempuhan kereta api di Larissa, Greece.
Mac
[sunting sumber]- Võ Văn Thưởng (gambar) dipilih menjadi Presiden Vietnam, menggantikan Nguyễn Xuân Phúc yang meletakkan jawatan.
- Suatu kebakaran berlaku di depoh minyak milik Pertamina di Plumpang, Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 17 orang maut dan 50 orang lagi tercedera.
- Suatu kebakaran berlaku di depoh minyak milik Pertamina di Plumpang, Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 17 orang maut dan 50 orang lagi tercedera.
- Siklon Freddy menyebabkan lebih 130 orang maut di Madagascar, Malawi, Mozambique dan Zimbabwe.
- Dalam pilihan raya parlimen Estonia, Parti Reformasi yang diketuai oleh Kaja Kallas, memenangi kerusi terbanyak di Riigikogu.
- Silicon Valley Bank runtuh dalam kegagalan bank kedua terbesar dalam sejarah A.S.
- Di Anugerah Akademi, Everything Everywhere All at Once memenangi tujuh anugerah, termasuk Filem Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik untuk Michelle Yeoh (gambar).
April
[sunting sumber]Tiada info dinyatakan (Jika ada sebarang info mengenai bulan April, sila tambahkannya di Templat:Arkib_Peristiwa_Lepas/2023)
Mei
[sunting sumber]- 17 orang terbunuh dalam dua penembakan yang berasingan di Belgrade, Serbia, di sekolah rendah dan berdekatan.
- Sekurang-kurangnya 60 orang terbunuh dalam keganasan antara kelompok etnik di Manipur, India.
- Di tengah-tengah kemelut politik di Ecuador, Presiden Guillermo Lasso membubarkan Dewan Negara dan mencetuskan pilihan raya umum awal.
- Banjir di wilayah Emilia-Romagna, Itali menyebabkan 16 kematian dan gangguan meluas, termasuk pembatalan Grand Prix Formula One.
- Raja Charles III dan Permaisuri Camilla dimahkotakan di Westminster Abbey di London.
- Dalam lumba kuda, Mage memenangi Derby Kentucky.
- Pertubuhan Kesihatan Sedunia menamatkan menandakan pandemik COVID-19 sebagai darurat kesihatan sejagat.
Jun
[sunting sumber]- Lebih daripada 290 orang terbunuh dan lebih daripada 1,100 orang lagi tercedera dalam satu perlanggaran di antara tiga kereta api di Baleshwar, India.
- Banjir yang berlaku di serata Haiti menyebabkan sekurang-kurangnya 15 orang meninggal dunia dan 11 lagi hilang.
- Beribu-ribu orang dipindahkan dan keadaan udara berbahaya berlaku di Amerika Utara disebabkan oleh kebakaran liar (gambar kebakaran) di Kanada.
- Lima orang maut dalam insiden ledukan kapal selam di utara Lautan Atlantik, berdekatan bangkai kapal Titanic.
Julai
[sunting sumber]- Pihak tentera Niger melancarkan rampasan kuasa, menggulingkan Presiden Mohamed Bazoum (gambar).
- Knesset Israel meluluskan rang undang-undang pembaharuan kehakiman sedang tunjuk perasaan terhadapnya masih berlangsung.
Ogos
[sunting sumber]
September
[sunting sumber]Tiada info dinyatakan (Jika ada sebarang info mengenai bulan September, sila tambahkannya di Templat:Arkib_Peristiwa_Lepas/2023)
Oktober
[sunting sumber]Tiada info dinyatakan (Jika ada sebarang info mengenai bulan Oktober, sila tambahkannya di Templat:Arkib_Peristiwa_Lepas/2023)
November
[sunting sumber]Tiada info dinyatakan (Jika ada sebarang info mengenai bulan November, sila tambahkannya di Templat:Arkib_Peristiwa_Lepas/2023)
Disember
[sunting sumber]Tiada info dinyatakan (Jika ada sebarang info mengenai bulan Disember, sila tambahkannya di Templat:Arkib_Peristiwa_Lepas/2023)