Pergi ke kandungan

Pilihan raya umum Ecuador 2023

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pilihan raya umum Ecuador 2023

← 2021 20 Ogos 2023 (pusingan pertama)
15 Oktober 2023 (pusingan kedua)

Sebuah pilihan raya umum mengejut dijadualkan diadakan di Ecuador pada 2023.[1] Walaupun presiden penyandang Guillermo Lasso layak bertanding bagi penggal kedua,[2] beliau mengumumkan pada 18 Mei bahawa beliau tidak akan bertanding.[3][4]

Pegawai yang dipilih — bagi kedua-dua cabang eksekutif dan perundangan — akan berkhidmat bagi baki penggal presiden dan perundangan semasa (2021–2025). Pilihan raya biasa bagi penggal empat tahun penuh dijangka akan menyusul pada awal 2025.[5]

Pada 18 Mei, Diana Atamaint, presiden Majlis Pilihan Raya Kebangsaan (CNE) mengumumkan 20 Ogos 2023 sebagai tarikh tentatif pilihan raya perundangan dan pusingan pertama undi presiden. CNE mempunyai masa sehingga 24 Mei untuk memuktamadkan kalendar pilihan raya.[6]

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Pada 17 Mei 2023, sehari selepas beliau membentangkan pembelaannya dalam proses pencabaran terhadapnya, Presiden Lasso memohon mekanisme muerte cruzada berdasarkan peruntukan Perkara 148 Perlembagaan 2008 untuk membubarkan Perhimpunan Kebangsaan lalu membawa kepada keperluan hadapan pilihan raya perundangan dan presiden. [7]

Sistem pilihan raya

[sunting | sunting sumber]

Presiden dipilih menggunakan sistem dua pusingan terubah suai, dengan calon dikehendaki mendapat lebih 50% undi, atau mendapat lebih 40% undi serta 10% mendahului saingan terdekat mereka untuk dipilih pada pusingan pertama. Presiden dihadkan kepada dua penggal empat tahun berturut-turut.

Ahli Perhimpunan Kebangsaan dipilih melalui tiga kaedah. 15 kerusi dipilih melalui senarai tertutup perwakilan berkadar di kawasan pilihan raya seluruh negara. Enam kerusi pula dipilih oleh pengundi luar negara (masing-masing dua dari Kanada/Amerika Syarikat, Amerika Latin dan Asia/Eropah/Oceania). Baki 116 ahli dipilih daripada kawasan pilihan raya berbilang ahli dengan senarai tertutup perwakilan berkadar, dengan semua kerusi diperuntukkan menggunakan kaedah Webster. Ahli Perhimpunan dihadkan kepada dua penggal empat tahun, berturut-turut atau tidak. Terdapat kuota jantina bagi senarai parti, bermakna terdapat pertukaran antara lelaki dan wanita. Tiada kuota buat perwakilan minoriti.

Calon presiden

[sunting | sunting sumber]

Diisytihar

[sunting | sunting sumber]
Nama Tarikh lahir Pengalaman Diumumkan Rujukan

Otto Sonnenholzner

19 Mac 1983

Guayaquil, Guayas

Naib Presiden Ecuador (2018–2020) 18 Mei 2023 [8]

Fernando Villavicencio

11 Oktober 1963

Alausí, Chimborazo

Ahli Perhimpunan Kebangsaan (2021–2023) 17 Mei 2023 [9]

Daniel Noboa Azín

30 November 1987

Guayaquil, Guayas

Ahli Perhimpunan Kebangsaan (2021–2023) 24 Mei 2023 [10]
  1. ^ "Lasso quisiera gobernar nuevamente en 2025". Radio La Calle (dalam bahasa Sepanyol). 22 Februari 2022. Dicapai pada 19 March 2022.
  2. ^ "Guillermo Lasso no descarta buscar la reelección en el 2025 – Radio Pichincha". Pichincha Comunicaciones EP (dalam bahasa Sepanyol). 22 Februari 2022. Dicapai pada 19 March 2022.
  3. ^ "Presidente Guillermo Lasso reveló que no será candidato en estas elecciones". El Telégrafo. 19 Mei 2023. Dicapai pada 19 Mei 2023.
  4. ^ Torres, Arturo; Schmidt, Samantha (19 Mei 2023). "After dissolving legislature, Ecuador's president says he's leaving, too". The Washington Post. Dicapai pada 19 Mei 2023.
  5. ^ "Ecuador deberá vivir un proceso eleccionario en pocos meses. ¿Guillermo Lasso se puede presentar a elecciones?". El Universo. 17 Mei 2023. Dicapai pada 18 Mei 2023.
  6. ^ "CNE tiene el 20 de agosto como fecha tentativa para realizar las elecciones generales anticipadas". El Universo. 18 Mei 2023. Dicapai pada 18 Mei 2023.
  7. ^ Valencia, Alexandra (17 Mei 2023). "Ecuador president dissolves legislature, bringing elections forward". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 Mei 2023.
  8. ^ "Más actores políticos anuncian su intención de candidatizarse para presidente de Ecuador". Vistazo. Dicapai pada 18 Mei 2023.
  9. ^ "Fernando Villavicencio, el primer político que habla de una candidatura presidencial tras la muerte cruzada". El Universo. 17 Mei 2023. Dicapai pada 18 Mei 2023.
  10. ^ "Daniel Noboa anuncia su candidatura a la presidencia: "Soy un hombre de proyectos que no se rinde"". Vistazo. Dicapai pada 27 Mei 2023.