Pergi ke kandungan

Kebakaran liar Kanada 2023

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kebakaran liar Kanada 2023
Lokasi
Perangkaan
Tarikh
  • 1 Mac 2023 Sunting ini di Wikidata
Keluasan terjejas17,577,000 hektar Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bermula pada Mac 2023 dan peningkatan keamatan sekitar Jun, Kanada telah terjejas oleh siri rekod kebakaran liar yang berterusan. Merupakan musim kebakaran liar yang paling teruk dalam sejarah Kanada,[1] kebakaran kali ini telah menjejaskan semua provinsi dan wilayah Kanada kecuali Nunavut.

Sehingga 5 Jun 2023, 2,214 kebakaran telah memusnahkan 43,000 kilometer persegi (10,600,000 ekar),[2] dan sehingga 6 Jun, terdapat 413 kebakaran liar yang aktif di mana 249 daripadanya dianggap "di luar kawalan".[3] Asap yang dihasilkan daripada kebakaran itu telah menyebabkan amaran mutu udara dan pemindahan di Kanada, Amerika Syarikat serta Eropah.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Secara umumnya, jumlah kebakaran liar telah berkurangan manakala jumlah kawasan terbakar meningkat, walaupun terdapat kebolehubahan di antara tahun.[4] Di Kanada, musim kebakaran liar biasanya bermula pada bulan Mei.[5]

Kira-kira separa daripada semua kebakaran hutan di Kanada disebabkan oleh kilat; disebabkan oleh perubahan iklim, sambaran petir berlaku lebih kerap.[4][6] Perubahan iklim itu juga menyebabkan cuaca menjadi lebih hangat dan kering, meningkatkan risiko kebakaran hutan kerana tumbuh-tumbuhan lebih mudah terbakar.[4][7][8] Wind further exacerbated the issues.[9] Tiupan angin turut memburukkan lagi keadaan. Menteri Keselamatan Awam Kanada Bill Blair berkata: "Disebabkan oleh perubahan iklim, kejadian cuaca melampau serupa mungkin terus meningkat bagi kedua-dua kekerapan dan keterukan di seluruh negara kita."[10] Pencemaran akibat peningkatan kebakaran hutan di seluruh dunia telah mewujudkan dampak jangka panjang yang meluas terhadap kesihatan manusia.[11]

  1. ^ Dion, Mathieu (7 Jun 2023). "Hundreds of Fires Are Out of Control in Canada's Worst-Ever Season" (dalam bahasa Inggeris). Bloomberg News. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Jun 2023. Dicapai pada 8 Jun 2023.
  2. ^ Andrews, Hillary (5 Jun 2023). "'Unprecedented fire weather season' chars 9.39 million acres across Canada" (dalam bahasa Inggeris). Fox Weather. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Jun 2023. Dicapai pada 6 Jun 2023.
  3. ^ "Canada on track for its worst-ever wildfire season" (dalam bahasa Inggeris). Reuters. 6 Jun 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Jun 2023. Dicapai pada 8 Jun 2023.
  4. ^ a b c Shingler, Benjamin; Bruce, Graeme. "How wildfires are changing in Canada" (dalam bahasa Inggeris). CBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Jun 2023. Dicapai pada 8 Jun 2023.
  5. ^ "Wildfires Rage in Western Canada" (dalam bahasa Inggeris). Perkhidmatan Satelit, Data dan Maklumat Alam Sekitar Kebangsaan. 11 Mei 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mei 2023. Dicapai pada 9 Jun 2023.
  6. ^ Veraverbeke, Sander; Rogers, Brendan M.; Goulden, Mike L.; Jandt, Randi R.; Miller, Charles E.; Wiggins, Elizabeth B.; Randerson, James T. (26 Jun 2017). "Lightning as a major driver of recent large fire years in North American boreal forests". Nature Climate Change (dalam bahasa Inggeris). 7 (7): 529–534. Bibcode:2017NatCC...7..529V. doi:10.1038/nclimate3329.
  7. ^ "How did the Canadian wildfires start? A look at what's driving the fires that covered the East Coast in smoke" (dalam bahasa Inggeris). CBS News. 8 Jun 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Jun 2023. Dicapai pada 9 Jun 2023.
  8. ^ "Alberta, Canada, wildfires show no sign of slowing, experts say" (dalam bahasa Inggeris). BBC News. 19 Mei 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2023. Dicapai pada 9 Jun 2023.
  9. ^ Leonard, Diana (18 Mei 2023). "Experts see climate change fingerprint in worsening heat waves and fires". The Washington Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2023.
  10. ^ "Canada facing 'deeply concerning' wildfire season: Official" (dalam bahasa Inggeris). Al Jazeera. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Jun 2023. Dicapai pada 9 Jun 2023.
  11. ^ Gao, Yuan; Huang, Wenzhong; Yu, Pei; Xu, Rongbin; Yang, Zhengyu; Gasevic, Danijela; Ye, Tingting; Guo, Yuming; Li, Shanshan (Mac 2023). "Long-term impacts of non-occupational wildfire exposure on human health: A systematic review". Environmental Pollution (dalam bahasa Inggeris). 320: 121041. doi:10.1016/j.envpol.2023.121041.