Pergi ke kandungan

Elmina (Malaysia)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Elmina
Pemukiman
Bandar Elmina
Elmina yang terletak di Selangor
Elmina
Elmina
Elmina yang terletak di Semenanjung Malaysia
Elmina
Elmina
Elmina yang terletak di Malaysia
Elmina
Elmina
Koordinat: 3°11′57″N 101°30′02″E / 3.19917°N 101.50056°E / 3.19917; 101.50056Koordinat: 3°11′57″N 101°30′02″E / 3.19917°N 101.50056°E / 3.19917; 101.50056
Negara Malaysia
Negeri Selangor
DaerahPetaling
Zon waktuUTC+8 (MYT)
Postal code
47000

Bandar Elmina ialah sebuah penempatan di Sungai Buloh, Selangor, Malaysia. Sebelum ini ia dikenali dengan Ladang Elmina yang dimiliki oleh Guthrie Berhad (kini Sime Darby), ia kemudiannya bertukar menjadi sebuah penempatan yang dibangunkan oleh Sime Darby Properties.

Pembinaan

[sunting | sunting sumber]

Pembinaan Elmina bermula pada tahun 2012 oleh Sime Darby Property. Ia merupakan projek perumahan terbesar yang pernah dihasilkan oleh Sime Darby Property[perlu rujukan]. Kawasan ini dirancang untuk menjadi sebuah bandar pintar yang berintegrasi, dengan konsep pembangunan yang mampan dan mesra alam.

Peristiwa

[sunting | sunting sumber]

Kemalangan pesawat 2023

[sunting | sunting sumber]

Pada 17 Ogos 2023, sebuah pesawat Beechcraft Premier I Model 390 yang berdaftar sebagai N28JV dimiliki ValetJet terhempas di lebuh raya berhampiran penempatan ini.[1] Peristiwa ini membunuh 8 orang penumpang dan seorang penunggang motorsikal dan seorang pemandu kereta yang berada di tempat kemalangan.[2] CAAM sedang menyiasat kemalangan tersebut.

Lebuh Raya Koridor Guthrie E35 ada di sepanjang sempadan barat penempatan ini.

Pengangkutan awam

[sunting | sunting sumber]

Stesen kereta api terdekat ialah  SBK2  MRT Kwasa Damansara, kira-kira 6.7 km arah timur.

  1. ^ "Elmina plane crash: Dashcam shows plane nose-diving into a vehicle on the highway [WATCH]". New Straits Times.
  2. ^ "Elmina plane crash: Ten confirmed dead, politician among them [NSTTV]". New Straits Times. August 17th 2023, 5:42 PM. Check date values in: |date= (bantuan)