Televisyen terestrial digital
Televisyen Terestrial Digital (Digital Terrestrial Television, DTTV atau DTT) ialah pelaksanaan teknologi digital untuk menawarkan lebih banyak saluran yang dan/atau mutu gambar atau bunyi yang lebih bagus dengan menggunakan siaran antena ke antena biasa dan bukannya piring satelit atau sambungan kabel. Teknologi yang digunakan ialah ATSC di Amerika Utata, ISDB-T di Jepun, DVB-T di Eropah dan Australia, dan DMB-T/H di China (termasuk Hong Kong); tempat-tempat lain di dunia pula masih belum menetapkan piawaiannya. ISDB-T amat serupa dengan DVB-T dan boleh berkongsi komponen penerima bahagian depan dan penyahmodulat.
Pemancaran
[sunting | sunting sumber]DTTV dipancarkan pada frekuensi radio melalui gelombang udara yang serupa dengan televisyen analog biasa, dan perbezaan utamanya ialah penggunaan pemancar multipleks untuk membolehkan penerimaan pelbagai saluran pada satu julat frekuensi tunggal (seperti satu saluran UHF atau VHF).
Aamun data yang boleh dipancarkan (dan maka itu bilangan salurannya) secara langsung dipengaruhi kaedah modulasi saluran berkenaan. Kaedah pemodulatan dalam DVB-T ialah COFDM dengan sama ada 64 atau 16 Pemodulatan Amplitud Kuadratur (QAM). Secara amnya, satu saluran 64QAM mampu memancarkan kadar bit yang lebih besar, tetapi lebih terdedah kepada gangguan. Kumpulan-kumpulan 16 dan 64QAM boleh digabungkan menjadi satu multipleks tunggal, maka menawarlan degradasi yang lebih terkawal untuk strim-strim program yang lebih penting. Ini dipanggil modulasi berhierarki.
Perkembangan baru dalam pemampatan telah menghasilkan piawaian MPEG-4/AVC yang akan membolehkan dua perkhidmatan definisi tinggi dikodkan ke dalam satu saluran pemancaran terestrial Eropah 24 Mbit/s.
Piawaian DVB-T tidak digunakan untuk televisyen terestial digital di Amerika Utara. Sebaliknya, piawaian ATSC memerlukan modulasi 8VSB yang serupa ciri-cirinya dengan modulasi jalur sisi vestig yang digunakan untuk televisyen analog. Ini memberikan lebih lagi perlindungan daripada gangguan, tetapi tidak terlindung daripada herotan pelbagai laluan seperti DVB-T, dan juga tidak membolehkan pengendalian rangkaian frekuensi tunggal (namun masalah ini tidak relevan di Amerika Syarikat).
Kedua-dua sistem menggunakan strim pengangkutan dan codec video MPEG-2; perbezaan ketara antaranya ialah bagaimana perkhidmatan berkenaan (seperti audio pelbagai saluran, sari kata, dan panduan program) dikodkan.
Penerimaan
[sunting | sunting sumber]DTTV diterima melalui sebuah set-top box digital, atau peranti penerimaan bersepadu, yang menyahkodkan isyarat yang diterima melalui sebuah antena biasa. Bagaimanapun, oleh sebab isu-isu perancangan frekuensi, sebuah antena yang berlainan jenis (biasanya jalur lebar) mungkin diperlukan jika multipleks-multipleks DTTV terletak di luar lebar jalur antena yang sedia ada. Perkara ini kerap berlaku di UK.
Peralihan analog ke digital
[sunting | sunting sumber]Penyiaran pemancaran terestrial digital mendorong kebanyakan negara merancang untuk menghentikan siaran analog sedia ada secara berperingkat. Jadual ini menunjukkan pelancaran DTT dan penutupan televisyen analog di sesetengah negara.
- Pelancaran rasmi: Tarikh pelancaran rasmi televisyen terestrial digital di negara, bukan permulaan siaran percubaan.
- Penutupan mula: Tarikh penutupan pemancara analog utama yang pertama.
- Penutupan tamat: Tarikh penutupan sepenuhnya televisyen analog.
- Sistem: Sistem pemancaran, cth. DVB-T, ATSC atau ISDB-T.
- Interaktif: Sistem yang digunakan untuk perkhidmatan interaktif, seperti MHP dan MHEG-5.
- Mampatan: Piawaian mampatan video yang digunakan. Kebanyakan sistem menggunakan MPEG-2, tetapi H.264/MPEG-4 AVC yang lebih efisyen semakin popular. Sesetengah negara menggunakan kedua-dua MPEG-2 dan H.264, contohnya UK yang menggunakan MPEG-2 untuk kandungan biasa dan MPEG-4 untuk penyiaran HD.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ salinan arkib, diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-14, dicapai pada 2008-02-27
- ^ Complete digital TV switch over by 2013, Sydney Morning Herald, 2007-12-18, dicapai pada 2007-12-21 Text "Communications Minister Stephen Conroy says he has taken the first firm steps to ensure the switch over to digital TV is completed by the end of 2013." ignored (bantuan); Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ DVB-T: Zeitplan, DVB-T.at, diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-02, dicapai pada 2007-07-03
- ^ Broadcasting Public Notice CRTC 2007-53 - Determinations regarding certain aspects of the regulatory framework for over-the-air television, Canadian Radio and Television Commission, 17 Mei 2007, diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-05, dicapai pada 2008-02-27 Cite has empty unknown parameter:
|3=
(bantuan); Check date values in:|date=
(bantuan) - ^ Launch of DTT services in Estonia, DigiTAG Web Letter, 15 Disember 2006, diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-29, dicapai pada 2008-02-27 Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ "Digi-tv esillä ympäri maata". Kementerian Komunikasi Finland. Dicapai pada 2007-08-15.
- ^ Finland will switch over to all-digital television, Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi Finland, 2007-08-31, diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-27, dicapai pada 2008-02-27
- ^ OFTA(2007-06-04), Piawaian Teknikal Hong Kong untuk Penyiaran Televisyen Terestrial Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine, Hong Kong
- ^ (Cina) 望月 (6/9/2007). "獨家專訪TVB 折解數碼廣播七大疑團 (Temubual eksklusif dengan TVB mengenai penyiaran digital)". e-zone AVzone. m/s. 4–5. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ Digital Broadcasting Experts Group (DiBEG) promote ISDB-T
- ^ ISDB-T, Application, Present and Future Diarkibkan 2008-09-11 di Wayback Machine, fail PDF
- ^ http://www.bernama.com/en/news.php?id=1711819 Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ "Documento sin título". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-29. Dicapai pada 2008-02-27.
- ^ salinan arkib, diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-29, dicapai pada 2008-02-27
- ^ salinan arkib, diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-05, dicapai pada 2008-02-27
- ^ http://www.beehive.govt.nz/ViewDocument.aspx?DocumentID=31480 Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ RiksTV - Når kommer det?, RiksTV.no, diarkibkan daripada yang asal pada 2007-04-30, dicapai pada 2007-07-04
- ^ Saluran setempat
- ^ Nya tillstånd för digitala TV-sändningar, Swedish Radio and TV Authority, January 20, 2001, diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-08, dicapai pada 2008-02-27 Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ As of June 2007, H.264 is only used for HDTV in the Mälaren Valley region.
- ^ "What is Digital Switchover?". DAS TV. 2007-07-01. Dicapai pada 2007-08-13.
- ^ National Telecommunications & Information Administration