Tanjung Tuan
Tanjung Tuan atau Cape Rachado ('tanjung yang pecah' dalam bahasa Portugis) ialah sebuah eksklaf (wilayah asingan) milik kerajaan negeri Melaka dikelilingi oleh Negeri Sembilan . Tanjung Tuan menghadap ke Selat Melaka. Ia terletak kira-kira 16 km dari Port Dickson, Negeri Sembilan. Tanjung Tuan berada di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG).
Asal-usul
[sunting | sunting sumber]Nama lain Tanjung Tuan ialah Cape Richardo. Tanjung Tuan dikaitkan dengan seorang nelayan yang juga keramat yang menjaga dan mengawasi puncak Tanjung Tuan.
Kehebatan keramat ini bermula apabila berjaya melepasi pusaran ganas di tengah laut terutama sekali pada bulan mengambang. Semua nelayan yang cuba melintasi pusaran ganas tersebut akan tenggelam dan hilang begitu sahaja tetapi nelayan yang keramat ini berjaya melintasinya.
Geografi
[sunting | sunting sumber]Dari segi geografi, Tanjung Tuan menempatkan :
Hutan Lipur Tanjung Tuan
[sunting | sunting sumber]Hutan Lipur Tanjung Tuan ini termasuk dalam Rezab Hidupan Liar Tanjung Tuan, Melaka . Kadang kala ia dikenali sebagai Hutan Rekreasi Tanjung Tuan atau Perlindungan Hidupan Liar, Marine Park Negeri Melaka.
Rimba Tanjung Tuan kaya dengan pelbagai alam fauna dan floranya. Ia merupakan tempat persinggahan 300,000 ekor burung setiap tahun. Dianggarkan terdapat 54 spesies burung menghuni rimba ini.
Pada 5 Januari 1971, 60.70 hektar (140.06 ekar) daripada kawasan Hutan Kekal Tanjung Tuan telah diwartakan sebagai Kawasan Hidupan Liar dan Burung-Burung di bawah Ordinan Perlindungan Binatang liar dan Burng-Burung di bawah kuasa Jabatan Perhilitan. Kawasan ini telah bertindih dengan Kawasan Hutan Simpan Kekal di bawah kuasa Jabatan Hutan Negeri Melaka.
Pada 1.1.1971 Ordinan Perlindungan Binatang Liar dan Burung No. 2/195 telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972.
Luas kawasan hutan simpan ini ialah 60.75 hektar. Ia merupakan Hutan Dipterokap Bukit Pantai yang masih wujud di Malaysia.
Antara pokok yang banyak di hutan simpan ini ialah
- Pokok Mengkulang Siku Keluang - h.simpicifolia
- Pokok Meranti Tembaga - Shorea leprosula
Laluan Burung
[sunting | sunting sumber]Dari segi ekologi, saintis mempercayai Tanjung Tuan merupakan jambatan bagi pengaliran baka flora dan fauna dari Tanah Besar benua Asia ke Kepulauan Indonesia.
Kawasan ini adalah dijadikan sebagai kawasan laluan yang sangat penting untuk perjalanan burng-burung berhijrah dari Benua Asia ke Kepulauan Indonesia.
Kawasan ini adalah dijadikan kawasan laluan yang sangat penting untuk perjalanan burung-burung berhijrah dari Benua Asia ke Selatan serta daripada Selatan balik ke Benua Asia.
Terdapat 54 spesies burung liar yang terdiri daripada burung tempatan dan burung berhijrah dan 3 spesies primate.
Antara tempat persinggahan burung-burung ini di benua Asia ialah:
- Moroshechnaya Estuary
- Yatsu Tidal Flats
- Yoshino estuary
- Shuangtaizi estuary
- Yello River Delta
- Mai Po - Inner Deep Bay
- Olango Island
- Wasur National Park
- Parry Lagoons
- Thompsons Lake
- Moreton Bay
- Koorangang Nature Res
- Corner Inlet
- Hongming Dongtan
- Yalu Jiang
- Yangcheng
- Tokyo Port Wild Bird
- Wstern Port
- Port Philip Bay
- Dalihu
- Kashima Shingomori
- Sungei Buloh
Burung layang-layang dari Sumatera datang dalam bulan Februari dan Mac. Sekitar 1800 hingga 2000 burung datang dalam sehari.
Antara burung yang singgah dalam laluan tersebut ialah
- Black baza ( Aviceda leuphotes ) atau Burung Lang Baza Hitam
- Grey-faced buzzard ( Bustastur indicus ) atau Burung Helang Kepala Kelabu
- Chinese Goshawk ( Acipiter soloensis ) atau Burung Lang Sewah Cina ) atay Chinese Sparrowhawk
- Crested Honey-Buzzard ( pernis ptilorhynchus ) atau Burung Helang Lebah
- Japanese Sparrowhawk ( Accipiter gularis ) atau Burung Lang Sewah Jepun