Pergi ke kandungan

Bemban

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 2°16′12″N 102°22′48″E / 2.27000°N 102.38000°E / 2.27000; 102.38000

Bemban

Bemban merupakan sebuah pekan yang terletak di negeri Melaka, Malaysia

Kampung Bemban telah dibuka pada tahun 1400 Masihi[perlu rujukan]. Kampung ini mengikuti sejarah adalah kawasan yang menjadi laluan bagi peniaga – peniaga yang mengikut pesisiran sungai dan laluan darat yang menjual hasil dari selatan Melaka ke Jasin dan Tangkak , Muar. Di kampung ini juga adalah menjadi tempat persinggahan peniaga – peniaga untuk beristirahat. Di samping itu juga kawasan kampung ini banyak terdapat pokok bemban yang terdiri daripada spesis rotan yang di jadikan ikatan atap. Pada ketika itu penduduk setempat adalah terdiri daripada petani dan pembuat rumah. Dari tahun ketahun kawasan ini telah di jadikan satu pertempatan penduduk yang singgah dan menjadikan kawasan ini tempat perkampungan.

Pada tahun seterusnya iaitu lingkungan tahun 1408 terdapat empat orang pendekar Bugis[perlu rujukan] telah hadir ke kawasan ini untuk menjual hasil dagangannya. Dengan terdapatnya banyak pokok bemban yang menjadi mata pencarian oleh penduduk tempatan, empat sahabat ini telah menamakan kawasan ini atas nama kampung Bemban yang mana nama tersebut kekal sehingga sekarang. Terdapat juga sehingga kini tanah – tanah perkuburan lama masih kekal sehingga ke hari ini.

Kampung Bemban kedudukannya dari Bandar Melaka sejauh 23 kilometer, dari Bandar Jasin 12km dari susur keluar Ayer Keroh sejauh 14km. Penduduknya terdiri daripada tiga bangsa yang besar dalam Negara iaitu Melayu , Cina , India . Terdapat juga kaum Portugis di kampung Bemban ini. Kampung Bemban ini juga asalnya di bawah tadbir JKKK Ayer Panas. Pada tahun 1996 dengan pertambahan penduduk yang pesat atas pembangunan taman – taman perumahan, pemimpin masyarakat telah mencadangkan untuk mewujudkan JKKK Bemban seterusnya pihak kerajaan telah memberi persetujuan dan kelulusan. Oleh itu JKKK Bemban telah ditadbir oleh JKKK Bemban yang ada sekarang.

Taman Perumahan

[sunting | sunting sumber]
  1. Taman Bemban
  2. Taman Damai
  3. Taman Megah
  4. Taman Bemban Jaya
  5. Taman Mewah
  6. Taman Permai
  7. Taman Bemban Utama
  8. Taman Bemban Height
  9. Taman Bemban Height fasa 2
  10. Taman Bemban Baru
  1. Kampung Ulu Duyung
  2. Kampung Ayer Panas
  3. Kampung Lubok Kasau
  4. Kampung Asam Kumbang
  5. Kampung Batu 12

Pekan Berdekatan

[sunting | sunting sumber]
  1. Ayer Keroh
  2. Kesang Pajak
  3. Ayer Merbau
  4. Ayer Molek