Pergi ke kandungan

Suria (stesen radio)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Suria
BandarPetaling Jaya, Selangor
NegaraMalaysia
Kawasan penyiaran
SloganSegalanya Hiburan
RDSSURIA
Tarikh siaran pertama24 November 2005; 19 tahun yang lalu (2005-11-24)
BahasaMelayu
Frekuensi terdahulu105.9 FM (Kota Kinabalu)
SekutuStar Media Radio Group
PemilikStar Media Group Berhad
(Rimakmur Sdn Bhd)
Saluran kembar988 FM
Siaran webdengar.suria.my
Tapak websuria.my

Suria (dahulunya dikenali sebagai Suria FM) ialah stesen radio bahasa Melayu-peribadi di bawah Rimakmur Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Star Media Group Berhad. Suria FM pertama kali disiarkan pada 24 November 2005. Pengaturcaraan stesen ini disasarkan kepada orang Melayu moden, berumur antara 25 dan 35. Stesen ini berinteraksi dengan pendengar melalui media sosial. Siaran ini menampilkan gabungan lagu kegemaran tempatan sepanjang masa dan lagu-lagu hits teratas carta dengan beberapa lagu K-pop Indonesia dan Inggeris terkini.

Sehingga 2018, Suria kekal sebagai salah satu daripada lima stesen radio berbahasa Melayu terbaik pilihan.[1]

Pada 9 November 2019, Suria menghentikan penghantaran di Kota Kinabalu, Sabah.

Penyampai Radio

[sunting | sunting sumber]

Penyampai Suria Harian

[sunting | sunting sumber]
Nama Nama samaran Mula kerja Catatan
Roslinda Abdul Majid DJ Lin 1 Jun 2006
Suraya Borhan Suraya 1 Julai 2016
Feeya Iskandar Cik Piah 19 Mac 2018
Mohd Hanaffi Razak Ajak 7 Januari 2020
Abdul Karim Hassan Kai Hassan 12 Disember 2023
Dato' Mohd Fairuz Zainal Abidin Fizz Fairuz 22 Januari 2024
Muhammad Azwan Sabri Chiwan

Penyampai Sambilan

[sunting | sunting sumber]
  • Naim Tee

Penyampai Hujung Minggu

[sunting | sunting sumber]
  • Ninaa Hisham

Bekas Penyampai Suria

[sunting | sunting sumber]
  • Bob Ringgo
  • Junn
  • Faqrul
  • Azrene
  • Zaff
  • JJ
  • Kay Chuliano
  • Naim Hashim
  • Sazali Said
  • Rezlynn
  • Aktar
  • Azrul Zaidi
  • Zharyn
  • Myra
  • Zhana
  • Hairil
  • Chef Brian
  • Haffiz Aziz
  • Reza Mohamed
  • Seri Nazira
  • Ash
  • Nash
Nama Nama samaran Tempoh kerja Catatan
Azmi Wahab Ayzack Februari 2007 - 2008 Bekas penyampai Mediacorp Ria 89.7
Ahmad Zuwairi Mohd Nor Zizi 2008 - 29 Jun 2012 Bekas penyampai Era FM, meninggal dunia pada 11 Mei 2023 akibat masalah jantung
Nabil Ahmad Nabil 5 Januari - 29 November 2012 Berpindah ke Era
Adibah Noor Adibah 13 Februari 2013 - 31 Mei 2016 Meninggal dunia pada 18 Jun 2022 akibat kanser ovari
Linda Onn L.O 16 Januari 2010 - 30 Jun 2016
Abdul Halim Othman Halim Othman 5 Januari 2010 - 2017
Kenchana Dewi Kenchana 9 Januari 2012 - 9 Januari 2013
Zahamin Baki Zainal Baki Zainal 2015-2016
Zulin Aziz Zulin 1 Julai 2016 - 24 Jun 2018
Shahrol Shiro Shahrol 2017 - Januari 2019
Issey Titan Issey 6 Ogos 2018 - 16 Julai 2021 Berpindah ke Gegar
Mohd Hafizudin Alimudin Fizi Ali 1 Julai 2016 - 22 Julai 2022 Berpindah ke Hot FM
Syarifah Nur Farhana Syed Talib Anna Aljuffrey 14 Mac 2022 – 18 Jun 2023 Berpindah ke Molek FM
Shahmira Muhammad Shuib 29 Ogos 2022 – 4 Disember 2023
Tuah Zoqarnain Idris Tyzo Xander 2007 - Februari 2013, 11 Julai 2016 - 12 Januari 2024 Berpindah ke IKIMfm
Sharifah Shahirah Rara 6 Februari 2018 - 14 Februari 2025 Berpindah ke Sinar

Bekas Penyampai Suria FM Sabah

[sunting | sunting sumber]
Nama Nama samaran Tempoh kerja Catatan
Andrew Impongan Othoe 13 Ogos 2010 - Jun 2011

Slot Segmen Suria

[sunting | sunting sumber]

Isnin - Jumaat

[sunting | sunting sumber]
Segmen Penyampai Masa
Morning Morning Suria Ajak, Dato' Fizz Fairuz & Kai 6 - 10 Pagi
Gaya Suria Cik Piah 10 Pagi - 1 Tangah Hari
Muzik Top Suria 1 Tangah Hari - 3 Petang
Suria Petang Chiwan & Suraya 3 Petang - 7 Malam
Qalam Suria 7 - 8 Malam
Suria Cinta DJ Lin 8 Malam - 1 Pagi
Segmen Penyampai Masa
Carta Suria Top 40 Kai 10 Pagi - 2 Petang
Hello Suria 2 - 6 Petnag
Qalam Suria 7 - 8 Malam
Carta Rockmantika 8 Malam - 12 Tangah Malam
Segmen Penyampai Masa
Carta Suria Top 40 (ulangan) Kai 10 Pagi - 2 Petang
Hello Suria 2 - 6 Petang
Qalam Suria 7 - 8 Malam
Suria Cinta DJ Lin 8 Malam - 1 Pagi

Frekuensi

[sunting | sunting sumber]

Suria menggunakan format radio FM dan gelombang radio MHz pada frekuensinya.

Frekuensi Kawasan Pemancar
105.3 MHz Lembah Klang Gunung Ulu Kali
106.9 MHz Perlis, Alor Setar, Kedah dan Pulau Pinang Gunung Jerai
91.7 MHz Taiping, Perak Bukit Larut
96.0 MHz Ipoh, Perak Gunung Kledang
107.0 MHz Seremban, Negeri Sembilan Gunung Telapak Buruk
88.5 MHz Melaka Gunung Ledang
101.4 MHz Johor Bahru, Johor dan Singapura Gunung Pulai
96.1 MHz Kuantan, Pahang Bukit Pelindung
102.4 MHz Kuala Terengganu, Terengganu Bukit Jerung
106.1 MHz Kota Bharu, Kelantan Telipot

Evolusi barisan penyampai slot pagi

[sunting | sunting sumber]

Sejak memulakan siaran, Suria melakukan perubahan dalam barisan penyampai slot pagi mereka.

Masa Penyampai
November 2007 Akhtar, Ayzack
Mac 2008 Akhtar, Zizi
2008 Tyzo Xander, Zizi
2010 Halim Othman, Zizi
Januari 2011 Halim Othman, Zizi, Shira
Januari 2012 Halim Othman, Nabil Ahmad, Kenchana Dewi
Februari 2013 Halim Othman, Adibah Noor
Januari 2015 Baki Zainal, Adibah Noor
Julai 2016 Halim Othman, Fizi Ali, Zulin Aziz
Julai 2017 Fizi Ali, Zulin Aziz, Shahrol Shiro
Februari 2018 Fizi Ali, Zulin Aziz, Rara
Ogos 2018 Fizi Ali, Issey Titan, Shahrol Shiro
Januari 2019 Fizi Ali, Issey Titan (Fara Fauzana menjadi penyampai undangan selama beberapa bulan)
Januari 2020 Fizi Ali, Issey Titan, Ajak Shiro
Ogos 2021 Fizi Ali, Ajak Shiro, Suraya Borhan
Ogos 2022 Ajak Shiro, Suraya Borhan, Shuib Sepahtu
Disember 2023 Ajak Shiro, Suraya Borhan, Kai Hassan
Januari 2024 Ajak Shiro, Kai Hassan, Dato' Fizz Fairuz
Jun 2024 Ajak Shiro, Suraya Borhan, Dato' Fizz Fairuz
Mac 2025 Ajak Shiro, Kai Hassan, Dato' Fizz Fairuz

Evolusi barisan penyampai slot petang

[sunting | sunting sumber]

Sejak memulakan siaran, Suria melakukan perubahan dalam barisan penyampai slot petang mereka.

Masa Penyampai
Julai 2016 Suraya Borhan & Tyzo Xander
Ogos 2018 Rara, Suraya Borhan & Tyzo Xander
Ogos 2021 Rara & Tyzo Xander
Januari 2024 Chiwan Chilok & Rara
Jun 2024 Chiwan Chilok, Kai Hassan & Rara
Februari 2025 Chiwan Chilok & Kai Hassan
Februari 2025 Chiwan Chilok & Suraya Borhan
  • "Suara Inspirasi Anda" (hujung 2005–pertengahan 2006)
  • "Lagi Panas Beb" (pertengahan 2006–lewat 2006)
  • "Hidup Pasti Rancak" (awal 2007–lewat 2008)
  • "Muzik Terbaik Tanpa Henti" (2009–Mei 2010)
  • "Muzik Terbaik 90-an dan Terbaru" (Jun 2010–Disember 2012)
  • "Menceriakan Duniamu" (cogan kata mula digunakan sebagai "Ceriakan Duniamu" pada Februari 2012, tetapi pada tahun 2013, ia bertukar pada cogan kata rasmi.)
  • "Segalanya Hiburan" ("Sebarkan Kebaikan & Suria Bersama Anda" digunakan pada bulan Ramadan dan Syawal sahaja sebagai tanda memuliakan bulan tersebut)
  • Di Sini Segalanya Terkini (Slogan ini telah digunakan semasa kedua-dua stesen radio tersebut iaitu Suria dan Era telah disatukan sebagai Era Suria sejak 23 Oktober 2023).[2]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]