Sungai Ujong
Sungai Ujong | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Negeri Sembilan |
Institusi adat | Undang Luak Sungai Ujong |
Pentadbiran | |
• Undang Luak Sungai Ujong | Mubarak Dohak |
• Dato' Shahbandar Sungai Ujong | Badarudin Abdul Khalid |
• Dato' Muda Linggi | Amran Mohd. Salleh |
Sungai Ujong atau Sungei Ujong (Jawi: سوڠي اوجوڠ) ialah daerah adat (luak) yang meliputi dua daerah di Negeri Sembilan, iaitu daerah-daerah Seremban dan Port Dickson. Luak ini turut menaungi Luak Linggi yang terletak berhampiran dengan sempadan negeri Melaka.
Luak ini diperintah oleh seorang Undang yang dilantik dari suku waris Dato' Kelana iaitu Waris di Darat. Seorang lagi pembesar luak ialah Dato' Shahbandar iaitu pemimpin bagi penduduk Waris di Air.
Sungai Ujong ialah nama lama bagi Seremban.[1] Sebelum itu ia pernah dikenali sebagai "Sening Ujong".[2]
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]Sungai Ujung menjadi lokasi penting dalam sejarah. Parameswara pernah singgah di Sening Ujung (nama lama Sungai Ujong) dan melantik seorang menteri untuk mewakilinya disitu, sebelum baginda tiba di pinggir muara Sungai Bertam (nama lama Sungai Melaka) untuk mendirikan kerajaan di situ.[3]
Oleh kerana kawasan ini kaya dengan bijih timah, kawasan ini menjadi rebutan hangat antara pemimpin tempatan dan juga Inggeris.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Bendahara, A. (2015). Seremban to usher in new year with a bang - Columnist - New Straits Times. Www2.nst.com.my. Retrieved 15 August 2015, from http://www2.nst.com.my/opinion/columnist/seremban-to-usher-in-new-year-with-a-bang-1.451241
- ^ http://docslide.us/documents/malaysian-studies-1.html
- ^ Ahmad Sabri, A. (2014). Raksa Raya Malaysia. Google Books. Retrieved 15 August 2015, from https://books.google.com.my/books?id=IVDUBAAAQBAJ&pg=PA87&lpg=PA87&dq=Parameswara+Sening+ujong&source=bl&ots=ett4URke_F&sig=Ww-RvLcWzEi4hgCKY8Mp4ulzv_U&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=Parameswara%20Sening%20ujong&