Sungai Tekai
Sungai Tekai (Jawi: سوڠاي تكاي ) merupakan sebatang sungai yang terletak di Daerah Jerantut iaitu di negeri Pahang, Malaysia. Ia terletak kira-kira 140 km (87 bt) ke arah barat di ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Sungai Tekai ini juga anak sungai kepada Sungai Tembeling dalam lembangan Sungai Pahang.[1][2]
Ciri-ciri fizikal
[sunting | sunting sumber]Sungai Tekai berpunca dari kawasan perhutanan primer di Banjaran Pantai Timur dan ia berdekatan di hulu Sungai Kening dan hulu Sungai Tembeling. Sungai ini juga berdekatan antara sempadan Pahang–Terengganu iaitu di antara Daerah Jerantut, Pahang dan Daerah Kemaman, Terengganu. Sungai ini dilalui sebagai runut berkenderaan bermotor sebagai trek jalan dengan mempunyai jambatan dan ia juga melalui di bawah jambatan Jalan Padang Piol–Kuala Tahan. Sungai Tekai ini bercantum bersama Sungai Tembeling sebagaimana ia penamat bagi sungai ini dan terus mengalir ke Sungai Pahang.[3]
Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), sungai ini terletak kawasan rizab kerajaan iaitu Hutan Simpan Tekai Tembeling (Tambahan), Hutan Simpan Tekai Tembeling dan Hutan Simpan Berkelah (Jerantut) yang merupakan hutan rizab jagaan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bawah bidang kuasa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.[4][5][6][7]
Sungai Tekai mengalir sepanjang kira-kira 72.0 km (44.7 bt) dari peringkat hulu sehingga hilir sungainya.[4][8]
Ciri-ciri lembangan
[sunting | sunting sumber]Anak sungai
[sunting | sunting sumber]Terdapat 37 batang anak sungai dalam lembangan Sungai Tekai di Pahang, iaitu:[4][5][6][3]
- Sungai Peruwin
- Sungai Ranjang
- Sungai Baru
- Sungai Jeram Batang
- Sungai Hidang
- Sungai Peruin
- Sungai Hangus
- Sungai Beringin
- Sungai Tat
- Sungai Semut
- Sungai Rajang
- Sungai Lo' Kecil
- Sungai Lo' Besar
- Sungai Sebahan
- Sungai Penut
- Sungai Kelantung
- Sungai Mentalun
- Sungai Bungur
- Sungai Periuk
- Sungai Jemar
- Sungai Salat
- Sungai Temelar
- Sungai Termus
- Sungai Senuak
- Sungai Mangking
- Sungai Tembadak
- Sungai Kemertuk
- Sungai Perah
- Sungai Kelulut
- Sungai Kerum
- Sungai Pelanduk
- Sungai Pancur
- Sungai Song
- Sungai Janing Kanan
- Sungai Janing Kiri
Kontroversi
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2012, Kerajaan Negeri Pahang telah meluluskan berkenaan projek empangan hidroelektrik yang bernama Projek Hidroelektrik Tekai yang dimajukan oleh Tenaga Nasional Berhad untuk membina sebuah empangan di kawasan hulu dan hilir Sungai Tekai dan mendapat kelulusan teknikal daripada Suruhanjaya Tenaga pada tahun tersebut manakala Detailed Environment Impact Assessment (DEIA) dan Environmental Management Plan (EMP) mendapat diluluskan pada 2016.[9][10]
Pada awal tahun 2014, projek ini telah memulakan kerja-kerja pembalakan dengan secara berperingkat untuk menyediakan Projek Empangan Hidroelektrik Tekai di dalam Hutan Simpan Tekai Tembeling. Pada 8 November 2019 Kerajaan Persekutuan telah membatalkan projek ini secara serta merta.[10][11]
Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi ketika itu, Dato' Seri Mohd Sharkar Shamsudin telah memaklumkan bahawa projek penanaman hutan semula dimulakan pada tahun 25 Mac 2021 dan Kerajaan Negeri Pahang telah menandatangani perjanjian penghutanan semula bersama salah satu syarikat swasta dalam menghutankan semula kawasan projek tersebut yang sebelum ini diberhentikan projeknya oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2019.[9]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Sungai Tekai, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. Dicapai pada 11 Julai 2023.
- ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Dokumen Gazetir untuk Pahang Darul Makmur". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Ogos 2017. Dicapai pada 11 Julai 2023.
- ^ a b "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 1 Julai 2024.
- ^ a b c Pengarah Pemetaan Negara Malaysia. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (2013). Gunung Irong (Pahang & Terengganu). Topographic Map (Peta Topografi, Cetakan Tidak Terhad). 1:50 000. BV32, MY502A.
- ^ a b Pengarah Pemetaan Negara Malaysia. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (2013). Sungai Tekai (Pahang). Topographic Map (Peta Topografi, Cetakan Tidak Terhad). 1:50 000. BV31, MY502A.
- ^ a b Pengarah Pemetaan Negara Malaysia. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (2013). Mela (Pahang). Topographic Map (Peta Topografi, Cetakan Tidak Terhad). 1:50 000. AZ42, MY502A.
- ^ Atlas Kebangsaan Malaysia (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia, dibantu oleh Direktorat Pemetaan Negara Malaysia. 1977. m/s. 152.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang (29 Ogos 1996). "Warta Rezab Sungai Negeri Pahang". jps.pahang.gov.my. Jabatan Pengairan dan Saliran. Dicapai pada 11 Julai 2023.
- ^ a b "KERJA PENANAMAN SEMULA DI TAPAK PROJEK HIDROELEKTRIK TEKAI TEMBELING SEDANG DILAKSANAKAN" (PDF). pahang.gov.my. Kerajaan Negeri Pahang. 19 Oktober 2021. Dicapai pada 13 Mac 2024.
- ^ a b "LAPORAN KAJIAN PELAKSANAAN YANG TELAH MENDAPAT NASIHAT MPFN" (PDF). jpbd.penang.gov.my. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. 24 Februari 2023. Dicapai pada 13 Mac 2024.
- ^ Razak, Aidila; Selvanathan, Sharon Juliat (18 Oktober 2021). "Hutan bersaiz dua kali ganda Putrajaya ranap?". Malaysiakini. Dicapai pada 13 Mac 2024.