Pergi ke kandungan

Hutan simpan di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Hutan simpan)
Papan tanda bagi Hutan Simpan Hulu Terengganu (Tambahan) di Hulu Terengganu, Terengganu.

Hutan simpanan kekal, hutan simpan dan estet hutan kekal (bagi Sarawak) di Malaysia merupakan kawasan rizab yang dilindungi untuk spesies pokok (flora) dan hidupan liar (fauna) secara meliar yang dikawal rapi oleh kerajaan negeri.[1][2][3] Hutan simpan bukan sahaja sebagai kawasan rizab perlindungan flora dan fauna tetapi ia juga dijadikan di kawasan pengeluaran hasil-hasil hutan seperti kayu balak yang merupakan spesies-spesies pokok yang tidak dikelaskan terancam dengan dikelaskan fungsinya sebagai hutan pengeluaran.[1]

Kawasan hutan simpan ini tidak boleh diceroboh atau melakukan aktiviti terlarang seperti memasuki hutan simpan tanpa permit, mengambil hasil hutan tanpa permit atau mana-mana seksyen / perkara yang boleh melanggar Akta Perhutanan Negara 1984 (APN), Peraturan-Peraturan Hutan (Sarawak) dan Enakmen Hutan 1968 (Sabah).[1]

Di Malaysia, terdapat pelbagai hutan di Malaysia Barat dan Malaysia Timur iaitu hutan hujan tropika bagi kawasan darat, hutan paya laut bagi kawasan pinggir laut dan hutan paya gambut bagi kawasan bertanah lembap.[3]

Semenanjung Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Di Semenanjung Malaysia, ia diliputi oleh kawasan hutan hujan tropika seluas 5.758 juta hektar (43.62%) daripada jumlah keluasan tanah 13.2 juta hektar.[3]

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan jabatan-jabatan perhutanan negeri merupakan agensi yang mengawal hutan-hutan simpan di Semenanjung Malaysia.[1][2] Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) juga terlibat dalam menjaga dan melindungi dari segi hidupan liar dalam hutan simpan di Semenanjung Malaysia.[4]

Hutan-hutan simpan di Semenanjung diuruskan dengan sistem kompartmen (pemisahan bahagian). Contoh hutan simpan yang terdapat di Semenanjung Malaysia ialah Hutan Simpan Batu Talam, Hutan Simpan Bukit Nenas dan Hutan Simpan Kuala Langat Utara.

Terdapat pelbagai spesies flora di Semenanjung Malaysia dalam hutan simpanan kekal ini contohnya bagi flora terdapatnya pokok merbau, meranti damar hitam dan keruing ropol.[5] Flora yang terancam dan terancam teruk yang dilindungi sepenuh masa juga terdapat di semenanjung seperti meranti paya, meranti telepok dan kapur merah.[5]

Di Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang, terdapat spesies rafflesia seperti rafflesia azlanii, rafflesia cantleyi dan rafflesia kerrii  contohnya di Hutan Simpan Tekai Tembeling di Daerah Jerantut, Pahang dan Hutan Simpan Ulu Sat di Jajahan Machang, Kelantan.[6][7]

Hidupan liar di kawasan hutan simpan dalam  Semenanjung Malaysia mempunyai pelbagai spesies haiwan yang sama ada tidak terancam, terancam atau terancam teruk. Contoh hidupan liar yang terdapat di Semenanjung Malaysia ialah harimau malaya, tapir, dan gajah asia.[8]

Pengelasan fungsi hutan

[sunting | sunting sumber]

Mengikut seksyen 10 (1) Akta Perhutanan Negara 1984, hutan simpan kekal juga perlu dikelaskan fungsinya sebagai digambarkan maksud hutan kini digunakan atau dicadang hendak digunakan.[3]

  • Hutan pengeluaran
  • Hutan perlindungan tanah
  • Hutan tebus guna tanah
  • Hutan perlindungan hidupan liar
  • Hutan kawalan banjir
  • Hutan tadahan air
  • Hutan simpanan hutan dara (VJR)
  • Hutan bagi maksud persekutuan
  • Hutan penyelidikan
  • Hutan pelajaran
  • Hutan lipur
Hutan Simpan Kuamut di Kinabatangan, Sabah.

Hutan simpan di Sabah dilindungi, dikawal dan dijaga oleh Jabatan Perhutanan Sabah sama ada dari segi flora dan fauna.[3]

Contoh hutan simpan yang terdapat di Sabah ialah Hutan Simpan Sepilok, Hutan Simpan Sapagaya dan Hutan Simpan Lahad Datu.

Di Sabah, pelbagai spesies pokok yang terdapat di dalam hutan simpan sama ada tidak terancam, terancam atau terancam teruk. Contoh flora yang terdapat ialah pokok seraya kuning siput, merawan batu dan shorea revoluta.[9]

Terdapat juga spesies rafflesia di Sabah iaitu rafflesia tengku-adlanii, rafflesia keithii dan rafflesia pricei.[6]

Terdapat juga spesies hidupan liar di Sabah dalam hutan simpan yang dilindungi sama ada tidak terancam, terancam atau terancam teruk. Contoh spesies hidupan liar yang dilindungi ialah orang utan, gajah borneo dan binturong.

Hutan simpan di Sarawak dikenali sebagai estet hutan kekal ataupun permanent forest estate (PFE).[2][3]

Sama seperti di Sabah, Jabatan Hutan Sarawak ditugaskan untuk melindungi, mengawal dan menjaga estet hutan kekal sama ada dari segi flora atau fauna. Contoh estet hutan kekal di Sarawak ialah Estet Hutan Kekal Bakam, Estet Hutan Kekal Murum dan Estet Hutan Kekal Sabal.

Terdapat pelbagai spesies flora di Sarawak dalam estet hutan kekal contohnya pokok merawan batu biawak, vatica compressa dan hopea wyatsmithii.[9]

Di Sarawak juga, terdapat spesies bunga Rafflesia contohnya rafflesia hasseltii, rafflesia tuan-mudae dan rafflesia pricei.[6]

Hidupan liar di Sarawak dalam estet hutan kekal mempunyai kepelbagaian spesies sama ada tidak terancam, terancam atau terancam teruk seperti enggang, buaya dan kongkang.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b c d Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) dan Akta Industri Berasas Kayu (Kekuasaan Badan Perundangan Negeri) 1984 (Akta 314). International Law Book Services. 20 November 2014. m/s. 124. ISBN 978-967-89-2497-9.
  2. ^ a b c "Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992)" (PDF). www.forestry.gov.my. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM). 19 November 1992. Dicapai pada 31 Oktober 2024.
  3. ^ a b c d e f "Dasar Perhutanan Malaysia 2021". www.mybis.gov.my. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli Malaysia. 29 Januari 2021. m/s. 113. Dicapai pada 31 Oktober 2024.
  4. ^ "Warta Kerajaan Persekutuan, Perintah Pemulihan Hidupan Liar (Kawasan Larangan Memburu) (Pindaan) 2020" (PDF). wildlife.gov.my. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara dan Jabatan Peguam Negara Malaysia. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 9 Julai 2021. Dicapai pada 31 Ogos 2024.
  5. ^ a b L.S.L. Chua, M. Suhaida & B. Aslina (2012). Spesies Dipterokarpa Terancam di Semenanjung Malaysia. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). m/s. 212. ISBN 978-967-5221-79-8.
  6. ^ a b c Dato' Dr. Md. Hizamri Md. Yasin, Norlela Sulaiman & Shamsul Khamis (2023). Rafflesia di Pahang. Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). m/s. 117. ISBN 978-629-7547-79-4.
  7. ^ Hazira Ahmad (3 Februari 2020). "Rafflesia dijumpai di 3 lokasi di Kelantan". hmetro.com.my. Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Februari 2021. Dicapai pada 20 November 2020.
  8. ^ "AKTA 716: AKTA PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR 2010" (PDF). www.wildlife.gov.my. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Dicapai pada 31 Oktober 2024.
  9. ^ a b "The Red List of Bornean Endemic Dipterocarps" (PDF). www.bgci.org. IUCN, BGCI, Universiti Brunei Darussalam, Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Hutan Sarawak, Universiti Malaysia Sabah (UMS), NERI & BRIN. 2021. ISBN 978-1-905164-79-0. Dicapai pada 31 Oktober 2024.