Sungai Song
Sungai Song سوڠاي سوڠ | |
---|---|
Sungei Song, Sungai Song, Sg. Song | |
Lokasi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Pahang |
Daerah | Daerah Jerantut |
Mukim | Ulu Tembeling |
Ciri-ciri fizikal | |
Sumber | Bukit tanpa nama dalam kawasan Banjaran Pantai Timur |
• lokasi | Kawasan perhutanan di Ulu Tembeling dan berdekatan sempadan Daerah Kuantan–Daerah Jerantut |
• koordinat | 4°00′52″N 102°52′56″E / 4.014485°N 102.882173°E |
• ketinggian | Di antara 760 dan 780 m (2,490 dan 2,560 ka) |
Muara | Sungai Tekai |
• lokasi | Kawasan perhutanan di Ulu Tembeling |
• koordinat | 4°03′37″N 102°42′58″E / 4.060412°N 102.716133°EKoordinat: 4°03′37″N 102°42′58″E / 4.060412°N 102.716133°E |
• ketinggian | Di antara 0 dan 20 m (0 dan 66 ka) |
Panjang | 32.1 km (19.9 bt) |
Ciri-ciri lembangan | |
Pergerakan | Sungai Tekai → Sungai Tembeling → Sungai Pahang → Laut Cina Selatan |
Sistem sungai | Sungai Tekai |
Anak sungai | |
• kiri | Sungai Ikeh, Sungai La |
• kanan | Sungai Ipeng |
Peta topografi | JUPEM Lepar Utara (MY502A) |
Sungai Song (Jawi: سوڠاي سوڠ ) merupakan sebatang sungai yang terletak di Daerah Jerantut, iaitu di negeri Pahang, Malaysia. Ia terletak kira kira 150 km (93 bt) ke arah barat ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Sungai Song juga merupakan anak sungai kepada Sungai Tekai dalam lembangan Sungai Tembeling dan terus mengalir ke Sungai Pahang.[1][2]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sungai Song telah pertama kali dipaparkan dalam peta terbitan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) iaitu Malaysia, 1:63 360 siri L7010 yang diterbitan pada tahun 1965 dan tahun 1967. Sungai Song juga telah dipaparkan dalam peta terbitan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) iaitu, Semenanjung Malaysia 1:50 000 siri MY502A dalam lembar Lepar Utara dengan nombor lembar BV13.[3][4][5]
Ciri-ciri fizikal
[sunting | sunting sumber]Sungai Song berpunca daripada kawasan perhutanan primer di bukit tanpa nama dalam kawasan Banjaran Pantai Timur di Hutan Simpan Berkelah (Jerantut) dalam Daerah Jerantut, Pahang.[4] Sungai ini bakal bercantum bersama Sungai Tekai sebagaimana ia penamat bagi Sungai Song dan terus mengalir ke Sungai Tembeling.[1][6]
Sungai Song mengalir sepanjang kira-kira 32.1 km (19.9 bt) daripada hulu sehingga hilir sungainya.[6] Punca bagi Sungai Song terletak ketinggiannya di antara 760 dan 780 m (2,490 dan 2,560 ka) dari paras laut manakala ketinggian muara sungainya ialah terletak di antara 0 dan 20 m (0 dan 66 ka) dari paras laut.[4]
Ciri-ciri lembangan
[sunting | sunting sumber]Sungai Song merupakan salah satu sebahagian daripada sistem lembangan Sungai Tekai yang terletak di Mukim Ulu Tembeling.[4][6] Kedudukan sungai ini dalam Sungai Tekai terletak di antara Sungai Pancur dan Sungai Janing Kanan.[1][6] Pemerhatian muka bumi daripada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) telah mendedahkan kurang dari satu yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Song.[7] Kebanyakan kawasan lembah Sungai Song dilitupi oleh kawasan berhutan yang tebal. Tiada petempatan manusia yang terbina di sekitar lembah sungai tersebut.[7]
Terdapat tiga anak sungai di Sungai Song iaitu:
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c "Sungai Song, Malaysia". GeoNames. Dicapai pada 7 Mac 2024.
- ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan. "Dokumen Gazetir untuk Pahang Darul Makmur". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Ogos 2017. Dicapai pada 7 Mac 2024.
- ^ Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1965); Malaysia, Pahang, Ulu Lepar. 1:63 360. L7010.
- ^ a b c d Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1967); Malaysia, Pahang, Gunong Palas. 1:63 360. L7010.
- ^ Pengarah Pemetaan Negara Malaysia, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (2013); Lepar Utara (Pahang). Topographic Map (Peta Topografi, Cetakan Tidak Terhad). 1:50 000. BV13. MY502A.
- ^ a b c d "Aplikasi Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 7 Mac 2024.
- ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu. Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA). Dicapai pada 7 Mac 2024.