Sungai Termus
Sungai Termus (Jawi: سوڠاي ترموس ) merupakan sebatang sungai yang terletak di Daerah Jerantut, iaitu di negeri Pahang, Malaysia. Ia terletak kira-kira 150 km (93 bt) ke arah barat ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Sungai Termus juga merupakan anak sungai kepada Sungai Tekai dalam lembangan Sungai Tembeling dan terus mengalir ke Sungai Pahang. [1][2]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sungai Termus telah pertama kali dipaparkan dalam peta terbitan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) iaitu, Malaysia 1:63,360 siri L7010 yang telah diterbitkan pada tahun 1966. Sungai Termus juga telah dipaparkan dalam peta terbitan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) iaitu, dalam Semenanjung Malaysia 1:50 000 siri MY502A dalam lembar Sungai Tekai dengan nombor lembar BV31. [3][4]
Ciri-ciri fizikal
[sunting | sunting sumber]Sungai Termus berpunca daripada kawasan perhutanan primer di bukit tanpa nama di Hutan Simpan Tekai Tembeling dalam Daerah Jerantut, Pahang. Sungai ini bakal bercantum bersama Sungai Tekai sebagaimana ia penamat bagi Sungai Termus dan terus mengalir ke Sungai Tembeling. [1][5]
Sungai Termus mengalir sepanjang kira-kira 29 km (18 bt) daripada hulu sehingga hilir sungainya. [5][6] Punca bagi Sungai Termus terletak ketinggiannya di antara 400 dan 420 m (1,310 dan 1,380 ka) dari paras laut manakala ketinggian muara sungainya ialah terletak di antara 0 dan 10 m (0 dan 33 ka) dari paras laut. [3][4]
Ciri-ciri lembangan
[sunting | sunting sumber]Sungai Termus merupakan salah satu sebahagian daripada sistem lembangan Sungai Tekai yang terletak di Mukim Tembeling dan Mukim Ulu Tembeling.[4][5] Kedudukan sungai ini dalam Sungai Tekai terletak di antara Sungai Temelar dan Sungai Senuak.[1][4] Pemerhatian muka bumi daripada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) telah mendedahkan kurang dari satu yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Termus.[7] Kebanyakan kawasan lembah Sungai Termus dilitupi oleh kawasan berhutan yang tebal. Tiada penempatan manusia yang terbina sekitar sungai tersebut.[7]
Terdapat 16 anak sungai di Sungai Termus:
- Sungai Kelampung
- Sungai Belayar
- Sungai Pulai Besar
- Sungai Pulai Kecil
- Sungai Pulai Muda
- Sungai Mangkuk
- Sungai Tagan
- Sungai Isun
- Sungai Kera
- Sungai Peknek
- Sungai Kelir
- Sungai Kumpek
- Sungai Nekcuk
- Sungai Belayar
- Sungai Puyong
- Sungai Ketal
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c "Sungai Termus, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. Dicapai pada 4 Februari 2024.
- ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Dokumen Gazetir untuk Pahang Darul Makmur". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Ogos 2017. Dicapai pada 4 Februari 2024.
- ^ a b Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1966); Malaysia, Pahang, Sungai Tekai, 1:63,360 (Peta Topografi). 1:63 360. L7010.
- ^ a b c d Pengarah Pemetaan Negara Malaysia. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (2013). Sungai Tekai (Pahang). Topographic Map (Peta Topografi, Cetakan Tidak Terhad). 1:50 000. BV31. MY502A.
- ^ a b c "Aplikasi Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 4 September 2023.
- ^ Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang (29 Ogos 1996). "Warta Rezab Sungai Negeri Pahang". jps.pahang.gov.my. Jabatan Pengairan dan Saliran. Dicapai pada 4 Februari 2024.
- ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA). Dicapai pada 18 Oktober 2023.