Sukhoi Su-57
PAK FA | |
---|---|
| |
Peranan | Pesawat pejuang pelbagai peranan halimunan |
Negara pengeluar | ![]() |
Pengeluar | Sukhoi |
Penerbangan sulung | 29 Januari 2010[1][2][3] |
Mula digunakan | 2017[4][5] |
Diperkenalkan | 25 Disember 2020 |
Status | Aktif |
Pengguna utama | Tentera Udara Rusia |
Jumlah dibina | 32 buah (termasuk 10 buah prototaip) setakat Disember 2023[6] |
Kos program | AS$8–10 bilion (anggr.)[7][8][9] |
Kos seunit | T-50: AS$50+ juta[10] |
Kelainan | Sukhoi/HAL FGFA |
Sukhoi PAK FA (atau PAK-FA) merupakan sebuah pesawat pejuang generasi ke-5 yang sedang dibangunkan oleh Rusia. PAK FA merupakan singkatan bagi Perspektivnyi Aviatsionnyi Kompleks Frontovoi Aviatsyi (Перспективный авиационный комплекс фронтовой авиации dalam Bahasa Rusia) yang bermaksud Sistem Pesawat Prospektif Penerbangan Barisan Hadapan. Ia sedang dibangunkan oleh Sukhoi OKB, yang mana kod rujukan projek dalamannya adalah T-50. Pembangunan PAK FA adalah bertujuan untuk mengantikan pesawat-pesawat MiG-29 Fulcrum dan Su-27 Flanker di dalam perkhidmatan dengan Tentera Udara Rusia. Pesawat ini telah membuat penerbangan sulung pada 29 Januari, 2010 dan dijangka akan memasuki perkhidmatan dengan Tentera Udara Rusia pada tahun 2013. PAK FA telah direka untuk bersaing dengan pesawat F-22 Raptor dan F-35 Lightning II, yang mana merupakan jet pejuang generasi ke-5 di dunia.[11]
Pembangunan
[sunting | sunting sumber]
Pada akhir 1980-an, Kesatuan Soviet telah menggariskan keperluan untuk pesawat generasi baru bagi mengantikan angkatan pesawat MiG-29 dan Su-27 dalam perkhidmatan barisan hadapan. Dua projek telah dicadangkan bagi memenuhi keperluan ini, iaitu Sukhoi Su-47 dan Mikoyan Projek 1.44. Pada 2002, Sukhoi telah dipilih bagi mengetuai rekabentuk pesawat tempur baru. PAK FA akan menggabungkan teknologi dari kedua pesawat Su-47 dan MiG 1.44.
Pusat Pengeluaran dan Saintifik Teknokompleks, Ramenskoye Instrument Building Design Bureau, Institut Penyelidikan Saintifik Pembinaan Peralatan (Zhukovskiy), Kilang Mekanikal dan Optikal Ural (Yekaterinburg), firma Polet (Nizhniy Novgorod) dan Institut Kejuruteraan Penyelidikan Radio Pusat (Moscow) telah diumumkan sebagai pemenang dalam pertandingan yang diadakan pada awal 2003 untuk membangunkan kelengkapan avionik bagi pesawat generasi ke-5. NPO Saturn pula telah dikenal pasti untuk mengetuai kerja pembangunan enjin bagi pesawat ini.
Persatuan Pengeluaran Penerbangan Novosibirsk Chkalov (NAPO) telah memulkan pembinaan pesawat tempur generasi ke-5. Kerja-kerja ini telah dilakukan di Komsomol'sk-on-Amur; berdasarkan kenyataan Pengurus Besarnya Fedor Zhdanov semasa lawatan ke NAPO oleh Gabenor Novosibirsk Oblast, Viktor Tolokonskiy pada 6 Mac 2007.
Pada 8 Ogos 2007, Komander Tentera Udara Rusia, Aleksandr Zelin telah dipetik oleh agensi akhbar Rusia mengatakan bahwa tahap pembangunan bagi program PAK FA telah selesai dan pembinaan pesawat prototaip untuk ujian penerbangan telah bermula.[12]
Sejarah operasi
[sunting | sunting sumber]Ujian
[sunting | sunting sumber]Pusat Ujian Penerbangan kebangsaan ke-929 telah menerima prototaip T-50 pertamanya bagi tujuan ujian lanjut pada bulan Mac 2014, dan Panglima Tentera Udara Rusia, Leftenan Jeneral Viktor Bondarev mengatakan bahawa penghantaran awal pesawat T-50 dijangka bermula pada tahun 2016.[13][14][15] Ujian persenjataan luaran akan bermula pada Mei 2014.[16]
Eksport
[sunting | sunting sumber]Sukhoi mengatakan bahawa kelebihan utama eksport pesawat ini adalah kosnya yang lebih rendah berbanding pesawat pejuang generasi ke-5 buatan Amerika Syarikat.[17] Rusia dilaporkan telah menawarkan pesawat PAK FA bagi pesawat pejuang generasi baru Korea Selatan.[18] Agensi perolehan pertahanan Koera Selatan mengesahkan bahawa pesawat Sukhoi PAK FA merupakan salah satu calon dalam pesawat pejuang generasi baharu (F-X Fasa 3) untuk Tentera Udara Republik Korea;[19] walau bagaimanapun, Sukhoi tidak menghantar bidaan selepas tarikh akhir pada bulan Januari 2012.[20]
Pusat Analisis Perdagangan Senjata Dunia Rusia menjangka pesawat PAK FA akan sedia untuk dieksport bermula pada tahun 2025;[21] termasuk pesawat versi eksport utama, Sukhoi/HAL FGFA untuk India,[22] [23] Ruslan Pukhov, pengarah Pusat Analisis Strategi dan Teknologi menjangkakan Vietnam akan menjadi pelanggan eksport kedua.[24] Pada tahun 2012, Menteri Pertahanan Rusia, Anatoly Serdyukov mengatakan bahawa Rusia dan India akan bersama-sama membina versi eksport pesawat T-50 bermula pada tahun 2020.[25] Mikhail Pogosyan, ketua United Aircraft Corporation, berkata pada tahun 2013 bahawa pesawat PAK FA dan Sukhoi/HAL FGFA akan menggunakan "sistem-sistem avionik dan pesawat yang serupa".[26]
Pada tahun 2013, Rusia telah membuat permohonan kepada Brazil untuk membantu membangunkan pesawat generasi baru berdasarkan T-50.[27][28]
Pengguna berpotensi
[sunting | sunting sumber]Pada peringkat awal program PAK FA, India merancang untuk menjadi salah sebuah pelanggan luar terbesar yang membeli terbitan FGFA. Asalnya India menrancang untuk membeli 166 buah pesawat satu tempat duduk dan 48 buah pesawat dua tempat duduk,[29] tetapi kemudian mengubahnya kepada 214 buah pesawat satu tempat duduk,[30] dan mengurangkan lagi kepada 144 buah menjelang tahun 2012.[31] Pada April 2018, India menarik diri daripada projek FGFA, yang ia percaya tidak memenuhi keperluannya untuk ciri-ciri halimunan, avionik tempur, radar dan penderia pada masa itu.[32][33] Ketua Marshal Udara Birender Singh Dhanoa Tentera Udara India, dalam satu wawancara dengan media rasmi bagi Kementerian Pertahanan Rusia Krasnaya Zvezda (Red Star), menyatakan bahawa Su-57 buat masa itu tidak dipertimbangkan untuk digunakan, akan tetapi pesawat ini boleh dinilai semula setelah ia memasuki perkhidmatan dengan Pasukan Aeroangkasa Rusia.[34][35] Pengurus Besar United Aircraft Corporation, Yuri Slyusar bagaimanapun menafikan laporan terdahulu dengan menyatakan "topik tidak ditutup" dan Rusia dan India masih berbincang untuk membina pesawat pejuang generasi kelima.[36][37] Bagaimanapun pada Oktober 2019, Ketua Staf Udara Tentera Udara India, RKS Bhadauria mengatakan bahawa India tidak akan mengimport pesawat halimunan seperti Su-57, sebaliknya akan memfokuskan usaha-usaha asli tempatan seperti HAL AMCA.[38]
Sukhoi menyatakan bahawa kelebihan eksport utama bagi PAK FA adalah kos yang lebih rendah berbanding pesawat pejuang generasi kelima buatan AS.[39] Rusia dilaporkan menawarkan PAK FA untuk pesawat pejuang generasi baharu Korea Selatan.[40] Pihak Defense Acquisition Program Administration (DAPA) dari Korea Selatan menyatakan bahawa Sukhoi PAK FA merupakan satu calon untuk pesawat generasi baharu (F-X Phase 3) untuk Tentera Udara Republik Korea;[41] bagaimanapun, Sukhoi tidak menghantar bidaan menjelang tarikh akhir pada Januari 2012.[42] Pada tahun 2013, Rusia telah menawarkan kepada Brazil untuk menyertai dan mengeluarkan secara kerjasama sebuah pesawat pejuang generasi baharu berdasarkan Su-57.[43][44] Berbanding memilih Su-57 buatan Rusia dan Rafale buatan Perancis, Brazil telah menandatangani satu perjanjian dengan Saab Group Sweden untuk mengilangkan secara tempatan 36 buah pesawat pejuang Gripen E untuk Tentera Udara Brazil.[45][46][47]
Turkiye
[sunting | sunting sumber]Pada bulan Mei 2019, setelah penglibatan Turkiye di dalam program F-35 kabur ekoran pembelian sistem peluru berpandu S-400, CEO Rostec Sergey Chemezov berkata Rusia sedia untuk bekerjasama dengan Turkiye untuk mengeksport dan mengeluarkan Su-57 secara lokal.[48] Pada 14 September 2019, sebuah Su-57 telah mengambil bahagian dalam perayaan Technofest yang diadakan di Istanbul.[49] Bagaimanapun, pada 7 Februari 2020, Presiden Erdogan telah mengumumkan bahawa penggantian pesawat F-35 bukannya Su-57 buatan Rusia, tetapi sebaliknya pesawat generasi kelima buatan Turkiye, TF-X fighter.[perlu rujukan]
Algeria
[sunting | sunting sumber]Pada 27 Disember 2019, Algeria telah menandatangani satu kontrak pembelian 14 buah pesawat sebagai sebahagian daripada persetujuan ketenteraan besar termasuk pembelian pesawat tempur Su-34 dan Su-35. Keputusan ini dilaporkan terjadi pada musim panas 2019, apabila delegasi Algeria secara peribadi memeriksa Su-57 di pertunjukan udara MAKS-2019.[50][51][52] Algeria mengesahkan pembelian ini dan menjangka akan menerima Su-57E pertama pada tahun 2025.[53] Laporan mencadangkan bahawa pesawat ini akan tiba di Algeria menjelang hujung tahun 2026.[54]
Vietnam
[sunting | sunting sumber]Terdapat laporan bahawa Vietnam mungkin menjadi pelanggan Su-57.[perlu rujukan] Ia dijangka akan memperoleh pesawat pejuang bagi menggantikan armada usang 11 buah pesawat Su-27. Pada 9 Julai 2021, Vietnam mengumumkan keinginannya untuk membeli Su-57, tetapi meragui kualiti kerja tangan pesawat.[perlu rujukan]
Emirah Arab Bersatu
[sunting | sunting sumber]Rusia telah menawarkan Su-57E kepada UAE semasa IDEX 2021.[perlu rujukan] Semasa Pertunjukan Udara Dubai 2019, Chemezov telah berkata akan kemungkinan sebahagian rantaian bekalan Su-57 "secara tempatan" untuk negara-negara yang memutuskan untuk membeli pesawat ini, termasuk "…Emirah Arab Bersatu, India atau Turkiye…", bergantung pada keupayaan industri pertahanan negara terbabit.[55] Bagaimanapun, UAE menjauhkan diri daripada menandatangani kontrak dengan Rusia untuk mengelakkan sekatan CAATSA oleh Amerika Syarikat.[perlu rujukan]
Iraq
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2021, media Rusia menyatakan bahawa kepimpinan tentera Iraq termasuk pemeriksa kepada Kementerian Pertahanan Iraq, Imad Al-Zuhairin menyatakan minat negara itu terhadap Su-57, walau bagaimanapun tiada rundingan rasmi terjadi.[56]
Setakat tahun 2024, tiada sebuah pun pesawat Su-57 yang dieksport. Tambahan lagi, terdapat laporan menyatakan bahawa model eksport kemungkinan besar tidak tersedia sehingga penghujung dekad, meskipun pengeluarannya dijangka akan meningkat pada tahun 2024. Perang di Ukraine dan sekatan yang dikenakan juga menghadkan keupayaan Rusia untuk meneruskan pembangunan pesawat tempur canggihnya termasuk Su-57 dan Su-75.[57][58]
Kemalangan
[sunting | sunting sumber]Pada 10 Jun 2014, prototaip kelima iaitu T-50-5, telah rosak teruk kerana mengalami kebakaran enjin semasa mendarat. Juruterbang berjaya melepaskan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan. Sukhoi berkata mereka akan membaiki pesawat ini, dan kebakaran ini tidak "menjejaskan garis masa program ujian T-50".[59][60]
Spesifikasi (T-50)
[sunting | sunting sumber]
Data dari Warfare.ru[61]
Ciri umum
- Anak kapal: 1/2 untuk versi India
- Panjang: 22.0 m (72 kaki 2 in)
- Rentang sayap: 14.2 m (46 kaki 7 in)
- Tinggi: 6.05 m (19 kaki 10 in)
- Sayap luas: 78.8 m² (848 kaki²)
- Berat kosong: 18,500 kg (40,786 lb)
- Berat berisi: 26,000 kg (57,320 lb)
- Berat berguna: 7,500 kg (16,535 lb)
- Berat berlepas maksimum: 37,000 kg (81,571 lb)
- Loji kuasa: 2× Saturn-Lyulka AL-41F turbofan
- Tujahan kering: 96.1 kN (9,800 kgf, 21,605 lbf) setiap satu
- Tujahan dengan pembakar lanjut: 152 kN (15,500 kgf, 34,172 lbf) setiap satu
Prestasi
- Kelajuan maksimum: Mach 2+ di altitud (2450+ km/j, 1,500 bsj)
- Had-g: 9 g)
- Kelajuan sederhana: 1,300 km/j (807.8 bsj)
- Jarak maksimum: 4,000 to 5,500 km (2,485 hingga 3,418 batu)
- Lelangit khidmat 20,000 m (65,617 kaki)
- Kadar kenaikan: 350 m/s (68,898 kaki/min)
- Beban sayap: 470 kg/m² (96.3 lb/ft²)
- Tujahan/berat: 0.84 (tujahan kering)
- Tujahan/berat minimum:
- Dengan pembakar lanjut: 1.19
- Keperluan panjang landasan: 350 m (1,148 kaki)
- Ketahanan: 3.3 jam (198 minit)
Persenjataan
- Meriam: 1 × meriam Gryazev-Shipunov GSh-301 30 mm pada pangkal kanan LEVCON
- Titik beban: 12 tenggekan (6 × dalaman, 6 × luaran)
- Peluru berpandu:
Avionik
- Radar: Radar N050(?)BRLS AESA/PESA (peningkatan IRBIS-E) pada Sukhoi Su-35
- Frekuensi: 3 mm (0.118 in)
- Ukur lilit: 0.7 m (2 kaki 4 in)
- Sasaran: Menjejak 32, menyerang 8
- Jarak: 400 km (248 batu)
- EPR: 3 m² (32.3 kaki²) di jarak 160 km (99.4 batu)
- RCS: 0.01 m² di jarak 90 km (55 batu)
- Azimut: +/-70°, +90/-50°
- Kuasa: 4,000 W
- Berat: 65 hingga 80 kg (143 hingga 176 lb)
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding
- Shenyang J-XX
- Mitsubishi ATD-X
- F-22 Raptor
- F-35 Lightning II
- Korea Aerospace Industries KFX
- Pesawat Tempur Sederhana
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Subbotin, Sergei. "Russia to start flight tests of fifth-generation in 2009" RIA Novosti, 3 April 2008. .
- ^ "Русский Raptor" впервые взлетит через три дня (in Russian)". LIFE NEW. RetrievedL 25 January 2010.
- ^ "Российский истребитель пятого поколения поднялся в воздух (in Russian". Lenta.ru. Retrieved: 29 January 2010.
- ^ Gady, Franz-Stefan (28 September 2015). "Russia's First 5th Generation Fighter Jet to Enter Service in 2017". thediplomat.com. The Diplomat. Dicapai pada 29 September 2015.
- ^ Druzhinin, Alexei (25 April 2013). "New T-50 Fighter Jet to Enter Service in 2016 – Putin". RIA Novosti. Dicapai pada 25 April 2013.
- ^ Коц, Андрей (8 August 2017). "Эволюция ПАК ФА. Как менялся российский истребитель пятого поколения" (dalam bahasa Russian). RIA Novosti. Missing or empty
|url=
(bantuan);|access-date=
requires|url=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ Pandit, Rajat. "India, Russia to ink new military pact." Times of India. 10 October 2009.
- ^ Shukla, Ajai. "India, Russia close to PACT on next generation fighter." Business Standard, 5 January 2010.
- ^ Shukla, Ajai. "India to develop 25% of fifth generation fighter/" Business Standard, 6 January 2010.
- ^ "Defence International 2011/02 P.35 (Chinese) [official Russian estimate]". Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ "Commander: Russian air force to equip new generation fighter jets in 2013". People's Daily Online. Dicapai pada 2008-07-11.
- ^ Russia to build fifth-generation fighter prototype soon
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaRuAviation1
- ^ "The state testing of PAK FA will be started in Akhtubinsk in March or April 2014". - Russian Aviation, RuAviation.com, 3 March 2014
- ^ "Russia to deploy fifth-generation fighter aircraft PAK FA in 2016". 11 August 2014.
- ^ "Wall". vk.com. Dicapai pada 1 April 2015.
- ^ "Russia's fifth-generation fighter to be cheaper than foreign analogues".
- ^ Tae-hoon, Lee. "Russia seeks to sell stealth jets to Korea". Korea Times, 20 July 2011.
- ^ Grevatt, Jon. "South Korea confirms Sukhoi T-50's surprise entry into FX fighter contest". Jane's, 22 November 2011. Diarkibkan 2012-09-16 di Wayback Machine
- ^ Lee, Tae-Hoon. "Russia pulls out of Korea fighter project". The Korean Times, 29 January 2012. Retrieved: 30 January 2012.
- ^ "Russian experts upbeat about export prospects for the PAK FA". Russia and India Report, 6 September 2011.
- ^ "Sukhoi: Development of PAK FA is going on without any failures" Russian Aviation, 28 July 2011.
- ^ Bogdanov, Konstantin. "Russia’s Changing Aircraft Export Strategy". RIA Novosti, 9 July 2012.
- ^ Johnson, Reuben F. "Russian think-tank projects additional Su-30, PAK-FA exports". Jane's via cast.ru, 13 May 2010. Retrieved: 26 January 2011.
- ^ "India to Build Export T-50 Stealth Fighter by 2020". RIA Novosti, 10 October 2012.
- ^ "Russia, India Describe Next-Gen Fighter Plans".
- ^ "Russia to Offer Brazil Stake in Future Advanced Fighter Project". RIA Novosti. 14 October 2013. Dicapai pada 14 October 2013.
- ^ "Russia proposes to Brazil a joint agreement to produce Sukhoi T-50 PAK-FA". 14 October 2013.
- ^ "IAF to induct 214 variants of fighter aircraft". The Times of India. 3 October 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 January 2019. Dicapai pada 31 January 2019.
- ^ Mathews, Neelam. "Indian Air Force Chief Outlines Fighter Jet Plans". Aviation International News. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 January 2019. Dicapai pada 31 January 2019.
- ^ "Air Force: IAF decides on 144 Fifth Generation Fighters". India strategic. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2013. Dicapai pada 31 January 2019.
- ^ "India withdraws from FGFA project, leaving Russia to go it alone". Jane's 360. 20 April 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2018.
- ^ Gady, Franz-Stefan (23 April 2018). "India Pulls out of Joint Stealth Fighter Project With Russia". The Diplomat. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2018.
- ^ "В Индии назвали условия закупки Су-57". РИА Новости (dalam bahasa Rusia). 19 July 2019. Dicapai pada 11 December 2019.
- ^ "Sukhoi Su-57 not on IAF radar, Air Chief Marshal Birender Singh Dhanoa says decision after fighter joins Russian Air Force". Zee news. Dicapai pada 11 December 2019.
- ^ "Россия и Индия обсуждают создание истребителя пятого поколения". RIA Novosti. 19 August 2018. Dicapai pada 6 September 2020.
- ^ "India still with fifth-generation fighter aircraft project: Russian defence aviation major". Zee news. 20 August 2018. Dicapai pada 6 September 2020.
- ^ Siddiqui, Huma (5 October 2019). "Make in India: IAF will focus on the indigenous AMCA for its fighter fleet, says Air Chief RKS Bhadauria". The Financial Express. Dicapai pada 22 March 2020.
- ^ "Russia's fifth-generation fighter to be cheaper than foreign analogues" Diarkibkan 3 September 2014 di Wayback Machine.
- ^ Tae-hoon, Lee. "Russia seeks to sell stealth jets to Korea" . Korea Times, 20 July 2011.
- ^ "South Korea confirms Sukhoi T-50's surprise entry into FX fighter contest". janes.com. 22 July 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 September 2012. Dicapai pada 13 May 2022.
- ^ Lee, Tae-Hoon. "Russia pulls out of Korea fighter project" . The Korean Times, 29 January 2012. Retrieved 30 January 2012.
- ^ "Russia to Offer Brazil Stake in Future Advanced Fighter Project". RIA Novosti. 14 October 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 October 2013. Dicapai pada 14 October 2013.
- ^ "Russia proposes to Brazil a joint agreement to produce Sukhoi T-50 PAK-FA". 14 October 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 November 2013. Dicapai pada 3 November 2013.
- ^ Shukla, Ajai (30 October 2014). "Brazil chooses Gripen over Rafale". Business Standard India. Dicapai pada 19 July 2021.
- ^ "F-X2: Brazils Saab Contract for Gripens a Done Deal". Defense Industry Daily. Dicapai pada 19 July 2021.
- ^ Reim2021-06-03T22:05:00+01:00, Garrett. "Brazilian air force to nearly double Saab Gripen order, cut KC-390 order in half: reports". FlightGlobal (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 July 2021.
- ^ "Russia 'ready to cooperate' to sell Turkey Su-57 fighter jets". Hürriyet Daily News. 3 May 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 May 2019. Dicapai pada 6 May 2019.
- ^ "Russia's Su-57 jet lands in Turkey for Technofest". TASS. 14 September 2019. Dicapai pada 15 September 2019.
- ^ "L'Algérie serait le premier client export pour le Su-57 et le Su-34". Mena defense. 27 December 2019. Dicapai pada 31 December 2019.
- ^ "Algeria to get 14 Su-57 fighters from Russia". African Aerospace.
- ^ "Algeria buys 14 stealth fighters from Russia, report says". 24 November 2020.
- ^ Malyasov, Dylan (2025-02-12). "Algeria confirms purchase of Russian Su-57 fighter". Defence Blog. Dicapai pada 2025-02-13.
- ^ Liam, Darek; Africa, Military (2025-02-13). "Algeria confirms purchase of Su-57 Felon stealth fighter jets". Military Africa. Dicapai pada 2025-02-14.
- ^ Trevithick, Joseph (18 November 2019). "Russia Says UAE Could Help Build Su-57s As Gulf Nation Puts F-35 Ambitions On Hold". The War Zone. Dicapai pada 2 December 2019.
- ^ Helou, Agnes (4 June 2021). "Russia eyes arms sales to Iraq, but experts say there's competition ahead for the Kremlin". Defense News.
- ^ Peter A. Wilson; John V. Parachini (20 October 2022). "Russia's military aircraft exports are headed for a nosedive". defensenews.com.
- ^ Boyko Nikolov (2 January 2024). "By the end of the year, the 50th produced Su-57 Felon arrives". bulgarianmilitary.com.
- ^ "Russian T-50 PAK FA fighter prototype catches fire". Dicapai pada 14 November 2014.
- ^ "T-50 Fighter Jet Fire Near Moscow Not to Affect Test Run". RIA Novosti.
- ^ Estimations only, as of 2007.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Sukhoi Company — Primary contractor Diarkibkan 2007-07-17 di Wayback Machine
- PAK FA - Global Security.org
- PAK FA info & pictures - Paralay.com (Rusia)
- PAK FA - Russian Military Analysis
- FARNBOROUGH 2008: Russian air force to receive Sukhoi PAK FA - to be equivalent of the F-22 Raptor
- Article from Flight International
- Article from India Times
- Article on Flight International website with artistic image of PAK FA from NPO Saturn (April 04 2007)
- Brazil, Russia to build jet fighter, Associated Press* PAK FA news on Russian TV (Vesti.ru) (Rusia)
- Recent news story from Rian.ru (Rusia)
- An "official" artistic image of PAK FA from NPO Saturn Diarkibkan 2009-11-25 di Wayback Machine (Rusia)