Peluru berpandu anti kapal
Penampilan
Peluru berpandu anti kapal merupakan sebuah peluru berpandu yang direka bagi menentang dan memusnahkan kapal. Kebanyakan peluru berpandu anti kapal terdiri dari jenis melayap permukaan laut dan menggunakan kombinasi panduan inersia dan radar. Peluru berpandu ini boleh dilancarkan daripada pelbagai jenis paltform termasuk kapal, pesawat udara (termasuk helikopter), kenderaan darat dan kapal selam.