Pertunjukan Udara Dubai
Pertunjukan Udara Dubai | |
---|---|
Lokasi | Dubai |
Negara | Emiriah Arab Bersatu |
Kehadiran | Lebih 30,000 (2005) |
Laman sesawang | http://www.dubaiairshow.org |
sunting |
Pertunjukan Udara Dubai merupakan satu acara dwi-tahunan yang diadakan di Dubai, UAE. Ia dianjurkan oleh "Fairs & Exhibitions Ltd" sejak tahun 1989; dengan kerjasama kerajaan Dubai, Jabatan Penerbangan Awam dan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dalam kerjasama dengan Pasukan Pertahanan Kesatuan UAE.
Pertunjukan Udara Dubai telah membesar yang mana bermula dengan 200 pempamer dan 25 buah pesawat udara pada tahun 1989 kepada 550 pempamer dan 85 buah pesawat pada tahun 2003 dan dianggap sebagai sebuah pertunjukan udara yang pantas meningkat naik di dunia.
Tarikan utama di Pertunjukan Udara Dubai pada 20–24 November 2005, selain daripada kemudahan yang dibesarkan adalah pesawat baru Airbus A380 yang telah dipertontonkan dalam warna asli syarikat penerbangan Dubai, Emirates Airline. Lebih dari 30,000 orang pengunjung daripada lebih 100 buah negara telah menghadiri acara pada tahun 2005.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- The Dubai Airshow Diarkibkan 2008-05-09 di Wayback Machine
- Dubai Airshow 2007 News, Events & Exhibition — ArabianBusiness.com