Stigmochelys pardalis
Stigmochelys pardalis | |
---|---|
Stigmochelys pardalis di Taman Negara Kruger, Afrika Selatan | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Suborder: | |
Keluarga: | |
Genus: | Stigmochelys Gray, 1873
|
Spesies: | S. pardalis
|
Nama binomial | |
Stigmochelys pardalis[1][2] (Bell, 1828)
| |
Sinonim[4] | |
Synonyms
|
Stigmochelys pardalis atau dipanggil leopard tortoise ialah kura-kura besar yang dijumpai di kawasan savana di timur dan selatan benua Afrika. Daripada Sudan hingga ke selatan daerah Cape. Satu-satunya spesies dalam genus Stigmochelys walaupun pernah diletakkan di bawah genus Geochelone sebelum ini.[1] Kura-kura ini mendiami kawasan separa gersang dan berumput di mana cuacanya boleh jadi terlalu panas dan sejuk serta dihuni oleh serigala, musang atau haiwan seperti ardvark. Kura-kura ini menggali lubang untuk bertelur.
Taksonomi dan etimologi
[sunting | sunting sumber]Kura-kura ini pernah dikelaskan di bawah pelbagai genus seperti Geochelone (1957), Stigmochelys (2001), Centrochelys (2002), and Psammobates (2006). Bagaimanapun, kajian terkini menetapkan ia sebagai genus monotip iaitu Stigmochelys.[1][2][3] Terdapat juga perdebatan mengenai kewujudan dua subspesies namun, tiada sokongan saintifik mengenai kajian itu.[3]
istilah Stigmochelys ialah kombinasi perkataan Greek: stigma yang bermakna "tanda" atau "bintik". Manakala chelone membawa maksud "kura-kura". Perkataan pardalis diambil daripada istilah Latin iaitu pardus bermaksud harimau bintang yang merujuk kepada bintik-bintik pada cangkerang badannya yang seakan-akan seperti bintik-bintik pada harimau bintang.
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Haiwan ini adalah kura-kura keempat terbesar di dunia, dengan saiz mencecah 40 sentimeter (16 in) dan berat 13 kilogram (29 lb).[5]
Karapasnya tinggi. Kura-kura muda lebih menarik dengan bebintik atau garisan hitam, pada badannya. Namun bintik-bintik ini akan menjadi kelabu dan pudar apabila ia lebih dewasa. Kepala dan kakinya berwarna kekuningan, perang, atau coklat.[5]
Taburan dan habitat
[sunting | sunting sumber]Habitatnya merangkumi kawasan savana yang gersang di timur dan selatan Afrika, hingga ke selatan Sudan dan Somalia, sepanjang Afrika timur ke Afrika Selatan dan Namibia. Spesies ini tidak ditemui pada kawasan yang lembap terutamanya di Afrika tengah.[1][3]
Ekologi
[sunting | sunting sumber]Haiwan ini bersifat maun; dietnya terdiri daripada pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan termasuklah bunga, rumput dan sukulen. Kadangkala mereka juga menggerogot tulang dan bangkai dubuk untuk memperoleh kalsium yang penting bagi pertumbuhan tulang, cangkerang dan telurnya. Haiwan ini menjadi agen pertumbuhan bagi tumbuh-tumbuhan kerana setiap biji-biji tumbuhan yang mereka telan tidak akan dihadam dan menjadi benih apabila dikumuh keluar. Biasanya mereka aktif pada waktu siang dan menjadi kurang aktif terhadap cuaca panas atau musim kering.[3][5]
Haiwan ini berusia panjang dengan mencapai kematangan pada usia 12 hingga 15 tahun. Apabila tiba musim mengawan, kura-kura jantan akan memikat betina dengan melawan pesaing jantan yang lain. Semasa proses mengawan, yang jantan akan mengeluarkan suara yang kuat. Proses bertelur berlaku dalam bulan Mei dan Oktober apabila betina menggali lubang dan menghasilkan 5 hingga 30 biji telur. Pengeraman mengambil masa 8 hingga 15 bulan bergantung kepada suhu.[6] Antara pemangsa yang memakan telur haiwan ini termasuklah biawak, ular, serigala dan burung gagak. Kura-kura dewasa jarang menjadi mangsa namun singa dan dubuk dilaporkan ada yang memburu mereka.[3]
Pemuliharaan
[sunting | sunting sumber]Aktiviti manusia, seperti pembakaran terbuka, eksploitasi komersial seperti perdagangan haiwan dan dijadikan makanan, menjadi punca utama ancaman populasi haiwan ini. Namun, kura-kura ini semakin banyak dibela untuk dijual. Contohnya, kebanyakan kura-kura yang dieksport dari Kenya dan Tanzania adalah kura-kura yang dibela, bagi mengurangkan haiwan liar yang ditangkap dari hutan.[3]
Kura-kura ini disenaraikan dalam Appendix II oleh CITES sejak tahun 1975 dan 2000, Amerika Syarikat mengharamkan pengimportan haiwan ini dari luar kerana khuatir dijangkiti oleh bakteria yang dibawa oleh kutu pada haiwan ini yang boleh menjangkiti binatang ternakan.
Gallery
[sunting | sunting sumber]-
Satu bulan menetas
-
Spesimen berusia 20 tahun
-
Kaki hadapan ditarik kedalam
-
Skut dari jarak dekat -
Tiga ekor sedang berjemur
-
Pada setem Azerbaijan
-
Anak leopard tortoises
-
menggali lubang untuk bertelur
-
Bertelur
-
Mengambus lubang telur
Nota kaki
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Baker, P.J.; dll. (2015). "Stigmochelys pardalis". The IUCN Red List of Threatened Species 2015.
- Branch, Bill (2008). Tortoises, Terrapins & Turtles of Africa. South Africa: Struik Publishers. m/s. 128. ISBN 1-77007-463-5.
- Ernst, Carl H.; Barbour, Roger W. (1989). Turtles of the World. Smithsonian Institution Press. m/s. 248–249.
- Fritz, U.; Bininda-Emonds, O. R. P. (2007-07-03). "When genes meet nomenclature: Tortoise phylogeny and the shifting generic concepts of Testudo and Geochelone". Zoology. Elsevier. 110 (4): 298–307. doi:10.1016/j.zool.2007.02.003. PMID 17611092.
- Turtle Taxonomy Working Group (2014). "Turtles of the world, 7th edition: annotated checklist of taxonomy, synonymy, distribution with maps, and conservation status" (PDF). IUCN/SSC Tortoise and Freshwater Turtle Specialist Group. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - Uwe, Fritz; Havaš, Peter (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 294–295.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Edqvist, ULf. "Tortoise Trust Web - Observations on Dehydration in Reptiles". www.tortoisetrust.org. Dicapai pada 2016-04-11.
- "Geochelone pardalis (Leopard Tortoise) Care – Misty Corton". www.chelonia.org. Dicapai pada 2016-04-11.