Gagak
Burung Gagak | |
---|---|
Burung Gagak (Corvus brachyrhynchos) | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | Corvus Linnaeus, 1758
|
Spesies | |
banyak, lihat | |
Diversiti | |
c. 40 spesies |
Burung Gagak adalah burung yang besar daripada genus Corvus dalam order Passeriformes. Saiznya berbeza-beza antara Burung Jackdaw (Jackdaw Eurasia dan Jackdaw Daurian) yang agak kecil seolah-olah burung merpati sehingga ke Burung Raven Biasa yang besar di kawasan holarktik serta Burung Raven Paruh Tebal di tanah tinggi Ethiopia. Genus ini yang merangkumi lebih kurang 40 ahli hidup di semua benua beriklim sederhana (kecuali Amerika Selatan), serta juga di banyak pulau luar pesisir dan pulau lautan (termasuk Hawaii).
Sistematik
[sunting | sunting sumber]Tidak terdapat pendekatan sistematik yang baik untuk genus ini pada waktu sekarang. Secara amnya, spesies daripada sebuah kawasan geografi dianggap lebih berkait rapat antara satu sama lain berbanding dengan keturunan-keturunan yang lain, tetapi ini tidak semestinya betul. Umpamanya, sedangkan kumpulan Burung Gagak Bangkai/Kolar/Rumah sudah tentu amat berkait dengan satu sama lain, keadaannya tidak begitu jelas tentang spesies-spesies di Australia dan Melanesia.
Walaupun terdapat banyak rekod fosil Neogen di Eropah, hubungan-hubungan antara kebanyakan spesies prasejarah tidak jelas. Burung-burung dengan saiz burung jackdaw, gagak, dan raven kelihatan telah wujud semenjak lama lagi, dengan burung-burung gagak yang sering diburu oleh manusia sejak dari Zaman Besi mendokumenkan evolusi takson-takson moden. Sebaliknya, burung-burung gagak Amerika tidak didokumenkan dengan begitu baik.
Sebilangan spesies yang amat besar dan mengejutkan telah pupus selepas penerokaan manusia; kehilangan sejenis burung gagak Caribbean prasejarah mungkin diakibatkan oleh perubahan-perubahan iklim Zaman Ais yang terakhir.
Pemburuan
[sunting | sunting sumber]Menurut peraturan-peraturan persekutuan di Amerika Syarikat, pemburuan burung gagak adalah sah di sisi undang-undang bagi kebanyakan negeri, biasanya antara sekitar bulan Ogos hingga akhir bulan Mac, dan pada bila-bila masa sahaja jika burung itu mengakibatkan kacau ganggu atau bahaya kesihatan. Bilangan yang boleh diburu tidak dihadkan semasa "musim pemburuan burung gagak".
Di United Kingdom, pembunuhan atau pemburuan burung gagak di kawasan-kawasan liar diharamkan.
Evolusi
[sunting | sunting sumber]Burung Gagak kelihatan berevolusi dari Asia Tengah dan kemudian tersebar masuk ke Amerika Utara, Eropah, dan Australia.
Bagaimanapun, bukti terkini kelihatan menunjukkan Australasia sebagai asal untuk famili yang awal (Corvidae) melalui cabang yang melahirkan kumpulan-kumpulan moden seperti Burung Gagak Eurasia, Burung Murai, dan Burung Corvus yang berwarna hitam sebahagian besarnya. Burung-burung gagak telah lama meninggalkan Australasia dan kini berkembang di Asia. Agak baru-baru ini, Corvus telah masuk semula ke Australia dan melahirkan lima spesies serta satu subspesies yang dapat dicamkan.
Untuk maklumat tambahan tentang saudara-saudara burung gagak seperti Burung Murai dan Burung Gagak Eurasia, sila lihat Corvidae.
Kepintaran
[sunting | sunting sumber]Burung gagak muda yang berumur sehingga 4 bulan mempunyai kepintaran orangutan dan simpanse dewasa. Seorang kanak-kanak berusia dua setengah tahun mungkin mengalahkan usia yang lebih tinggi pada ujian sosial tetapi sama seperti ujian fizikal.[1]
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Gagak |
- Laman web BirdHouses101.com
- Laman web Crows.net: Bahasa dan Budaya Burung Gagak
- Bersama-sama dengan Burung Gagak dan Burung Raven Diarkibkan 2010-10-21 di Wayback Machine – oleh John M. Marzluff dan Tony Angell
- Gambar-gambar foto dan ulasan-ulasan Burung Gagak
- Video mengenai Burung Gagak membuat dan menggunakan alat-alat
- Lebih banyak maklumat tentang penggunaan alat oleh Burung Gagak, dengan rujukan
- Video-video Burung Gagak dalam Koleksi Burung Internet
Senarai burung | |
---|---|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z |