Stesen Monorel Imbi
MR5 Stesen Monorel Imbi ستيسين مونوريل ايمبي | |
---|---|
Stesen KL Monorail | |
Lokasi | Jalan Imbi, Imbi, Kuala Lumpur, Malaysia. |
Koordinat | 3°8′34″N 101°42′33″E / 3.14278°N 101.70917°E |
Dimiliki oleh | KL Infrastructure Group Limited (KL Infra) |
Laluan | KL Monorail (2003 – kini) |
Platform | 2 platform sisi |
Trek | 2 |
Pembinaan | |
Templat letak kenderaan | None |
Maklumat lain | |
Kod stesen | MR5 |
Sejarah | |
Dibuka | 31 Ogos 2003 |
Lokasi | |
Stesen Monorel Imbi ialah stesen monorel bertingkat dalam aliran KL Monorail, yang terletak di atas Jalan Imbi, kawasan Segi Tiga Emas pusat bandaraya Kuala Lumpur. Stesen ini nyata merupakan antara stesen-stesen paling sibuk sepanjang aliran KL Monorail kerana dikelilingi pusat beli-belah, tak kira waktu kemuncak atau sebaliknya.
Stesen ini terletak di daerah Imbi, di atas Jalan Imbi, di antara pusat-beli belah Berjaya Times Square dan Plaza Berjaya. Berjaya Time Square dibuka dua bulan selepas stesen mula beroperasi. Stesen ini ada empat pintu keluar masuk, iaitu satu sebagai pintu masuk Berjaya Time Square, satu sebagai pintu masuk Plaza Berjaya, dan dua lagi ke bawah kedua-dua belah Jalan Imbi.
Stesen Imbi juga cukup dekat dengan beberapa buah lagi kawasan beli-belah di Bukit Bintang, termasuk Low Yat Plaza, Imbi Plaza, Sungei Wang Plaza dan BB Plaza.
Hubungan bas rapidKL
[sunting | sunting sumber]Stesen Monorel Imbi boleh dicapai dengan menaiki bas rapidKL yang berikut:
- B113 : Maluri LRT - Terminal Jalan Sultan Mohamad melalui Bukit Bintang KL Monorail - Maluri LRT
- U27 : Sri Nilam Apartment - Bukit Bintang KL Monorail - melalui Taman Muda (ke arah Bukit Bintang sahaja)
- U31 : Pandan Indah - Bukit Bintang KL Monorail melalui Taman Kencana (ke arah Bukit Bintang sahaja)
- U32 : Taman Dagang - Bukit Bintang KL Monorail melalui Kampung Pandan (ke arah Bukit Bintang sahaja)
- U44 : Bandar Sri Permaisuri - Bukit Bintang KL Monorail melalui Cheras Flat (ke arah Bukit Bintang sahaja)
- U45 : Bandar Tun Razak - Bukit Bintang KL Monorail (ke arah Bukit Bintang sahaja)
- U46 : Taman Desa Baiduri - Bukit Bintang KL Monorail (ke arah Bukit Bintang sahaja)
- U47 : Taman Segar - Bukit Bintang KL Monorail (ke arah Bukit Bintang sahaja)
- U48 : Desa Petaling - Bukit Bintang KL Monorail (ke arah Bukit Bintang sahaja)
- U410 : KL Monorail Bukit Bintang- Taman Megah Cheras via Batu9 Cheras - KL Monorail Bukit Bintang
Stesen sebelumnya | Stesen berikutnya | |||
---|---|---|---|---|
Hang Tuah | KL Monorail | Bukit Bintang |