Pergi ke kandungan

Stesen BRT Sunway Lagoon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sunway Lagoon Rapid KL
LokasiStesen Sunway Lagoon, Jalan PJS 9/1, Pjs 9, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia.
Koordinat3°04′14.5″N 101°36′38.6″E / 3.070694°N 101.610722°E / 3.070694; 101.610722
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
LaluanB1 BRT Laluan Sunway
Platform2 platform sisi
SambunganPengangkutan bas Sunway Metro Commercial Centre
Pembinaan
Jenis strukturB1 Bertingkat
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen SB3 
Sejarah
DibukaB1 2 Jun 2015
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Sunway-Setia Jaya
BRT Sunway
menghala ke USJ 7
Lokasi
Map

Stesen BRT Sunway Lagoon ialah stesen BRT yang terletak di Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor dan merupakan stesen bagi BRT Laluan Sunway.[1][2] Stesen ini dibuka apabila laluan ini mula berkhidmat di stesen ini pada 2 Jun 2015.[3] Seperti stesen-stesen BRT lain, stesen ini adalah stesen bertingkat.

Ciri-ciri stesen

[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di atas Jalan PJS 9/1, Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor. Di timur stesen adalah Hotel Sunway Lagoon Resort manakala di barat stesen adalah kawasan perumahan PJS 9. Juga terletak berhampiran adalah pusat komersial Sunway Metro, Sunway Lagoon Club, Palmville Resort Condominium, pusat membeli-belah Sunway Pyramid, dan taman tema air Sunway Lagoon.

Pelan stesen

[sunting | sunting sumber]
P
Platform
Platform sisi, pintu bas akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
SB Arah Selatan B1 BRT Laluan Sunway menghala ke  SB7  USJ 7 (SunMed)
SB Arah Utara B1 BRT Laluan Sunway menghala ke  SB1  Sunway-Setia Jaya (Mentari)
Platform sisi, pintu bas akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
M Aras mezanin Jejambat merentasi platform, laluan pejalan kaki ke Sunway Lagoon dan Sunway Pyramid Akses OKU
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan dua platform sisi untuk perkhidmatan BRT Laluan Sunway. Di setiap platform terdapat mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif. Bagi penumpang yang ingin menukar laluan, mereka perlu keluar dari sistem dan membeli tiket baharu kerana jejambat merentasi platform terletak di ruang tidak berbayar stesen.

Perkhidmatan bas

[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak berhampiran hentian bas Sunway Metro Commercial Centre dimana bas laluan Sunway City dan bas Smart Selangor laluan SJ02 berkhidmat di hentian bas tersebut.

  1. ^ Bernama (2019-09-30). "RapidKL lanjut waktu operasi sempena ambang tahun baru 2020". Malaysia Kini. Dicapai pada 2021-10-18.
  2. ^ "Hanya 16 minit dari Sunway ke USJ7". Harian Metro. New Straits Times Press. 2015-09-06. Dicapai pada 2021-10-18.
  3. ^ Meor Riduwan Meor Ahmad (1 Jun 2015). "PM lancar BRT pertama Malaysia". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.