Stesen LRT Kayu Ara
Kayu Ara | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Stesen transit aliran ringan (LRT) | | |||||||||||
Lokasi | Stesen LRT Kayu Ara, Lebuhraya SPRINT, Kampung Sungai Kayu Ara, 47400 Petaling Jaya Malaysia | ||||||||||
Koordinat | 3°08′07″N 101°37′01″E / 3.135178°N 101.616893°EKoordinat: 3°08′07″N 101°37′01″E / 3.135178°N 101.616893°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||
Dikendalikan oleh | Rapid Rail | ||||||||||
Laluan | 11 Laluan Shah Alam | ||||||||||
Platform | 2 (1 platform tengah) | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
Templat letak kenderaan | Ada | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Status | Dalam pembinaan | ||||||||||
Kod stesen | SA02 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Akan dibuka | 1 Mac 2025 | ||||||||||
Dielektrikkan | Ya | ||||||||||
Nama lama | Damansara Utama | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Stesen LRT Kayu Ara ialah stesen transit aliran ringan (LRT) akan datang, di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Stesen LRT ini menyediakan perkhidmatan LRT Laluan Shah Alam (SAL) yang menuju ke Bandar Utama dan Johan Setia. Kedudukan stesen ini terletak di antara Stesen LRT Bandar Utama dan Stesen LRT BU 11 serta mempunyai kod stesen iaitu SA02.[1] Stesen LRT Kayu Ara merupakan sebahagian daripada projek Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang di Malaysia,[1] dan akan dibuka rasmi menjelang bulan Mac tahun 2023.[2][3][4]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Projek membina LRT Laluan Shah Alam telah dilancarkan secara rasmi pada bulan Ogos tahun 2016.[5] Pakej pemberian tender-tender untuk pembinaan LRT Shah Alam juga telah dilakukan pada awal tahun 2016.[6] Stesen LRT Kayu Ara dilabel sebagai stesen kedua dalam jajaran Laluan Shah Alam (pada ketika itu dikenali sebagai Laluan Bandar Utama–Klang).[7] Sebelum dikenali sebagai Kayu Ara, stesen ini dikenali sebagai Damansara Utama sahaja.
Mengikut pelan asal pembukaan stesen, sepatutnya Stesen LRT Kayu Ara dibuka pada Hari Kemerdekaan Malaysia, iaitu 31 Ogos tahun 2020,[6] namun sebaliknya ia ditunggakkan sehingga bulan Februari 2024.[2][8][9] Walaupun begitu, pada Julai 2023, Menteri Pengangkutan Malaysia ketika itu, Anthony Loke mengumumkan bahawa keseluruhan stesen dan laluan dalam jajaran LRT Shah Alam termasuk stesen ini bakal dibuka untuk orang awam secara rasmi pada 1 Mac 2025 memandangkan tarikh kedua itu, Februari 2024 tidak kesampaian. Hai ini secara tidak langsung telah menambah lebih banyak kelewatan untuk pembukaan LRT Shah Alam sepenuhnya.[2][3][4] Kelewatan ini disebabkan oleh kekangan kerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sepanjang tahun 2020 dan 2021.[10]
Ciri-ciri stesen
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan
[sunting | sunting sumber]Stesen LRT Kayu Ara menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Rapid Rail melalui Laluan Shah Alam. Stesen LRT ini terletak di antara stesen Bandar Utama dan stesen BU 11. Kod stesen bagi stesen LRT Kayu Ara ialah SA14.[1]
Lokasi stesen
[sunting | sunting sumber]Stesen LRT Kayu Ara terletak di dalam kawasan bidang kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).[9] Dalam pelan stesen yang dikeluarkan oleh Prasarana Malaysia, Stesen LRT Kayu Ara terletak di tebing Sungai Kayu Ara, anak sungai kepada Sungai Damansara. Stesen LRT Kayu Ara teletak di dalam kawasan Kampung Sungai Kayu Ara di bahagian barat dan Damansara Utama (Seksyen SS 21) di bahagian timur.[11][12] Mercu tanda yang terletak berhampiran dengan stesen LRT ini termasuk Pusat Perniagaan Kayu Ara (Kayu Ara Business Park), Kondominium Puncak Damansara, The Starling Mall, Champion Badminton Court, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damansara Jaya, Pangsapuri OCR Boulevard, bangunan 10 Boulevard, Rumah Pangsa Kayu Ara, Masjid Al-Makmuriah dan Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Sungai Kayu Ara.[11][12]
Kesalinghubungan
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan bas
[sunting | sunting sumber]Hentian bas paling hampir dengan tapak stesen LRT Kayu Ara ialah hentian bas 10 Boulevard, BHP Kayu Ara, dan Petron Kayu Ara di Lebuhraya SPRINT (Damansara Link). Ketiga-tiga hentian bas ini menyediakan perkhidmatan bas percuma PJ City Bus (dikendalikan oleh Rapid KL) laluan PJ05 iaitu dari Hab Bas Bandar Utama ke Stesen LRT Taman Bahagia. Hentian bas Masjid Kayu Ara juga merupakan hentian bas yang berhampiran dengan tapak stesen ini. Perkhidmatan bas perantara MRT laluan T811 dari Stesen MRT Bandar Utama ke Mutiara Tropicana berkhidmat di hentian bas Masjid Kayu Ara (kod hentian – PJ780) di Jalan Masjid, Kampung Sungai Kayu Ara.[13]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. 2023. Dicapai pada 20 Februari 2023.
- ^ a b c Izwaashura Sadali (5 Julai 2023). "LRT Laluan Shah Alam dijadualkan mula beroperasi Mac 2025, 86% siap setakat ini – Menteri MoT". paultan.org. Paul Tan's Automotive News. Dicapai pada 28 Disember 2023.
- ^ a b "LRT3 to start operation in March 2025 – Anthony Loke" [LRT3 bakal mula beroperasi menjelang Mac 2025] (dalam bahasa Inggeris). Pertubuhan Berita Nasional Malaysia. 4 Julai 2023. Dicapai pada 28 Disember 2023.
- ^ a b Ruwaida Md Zin (4 Julai 2023). "LRT3 dijangka beroperasi 1 Mac 2025". New Straits Times Press. Dicapai pada 28 Disember 2023.
- ^ Dawn Chan; Zafira Anwar; Fernando Fong (24 Ogos 2016). "PM Najib launches LRT3 project, set to benefit two million people by 2020 [VIDEO]" [PM Najib melancarkan projek LRT3, memanfaatkan kepada dua milion orang menjelang 2020]. New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times Press. Dicapai pada 28 Disember 2023.
- ^ a b "Jangka Masa Projek". lrt3.com.my. Prasarana Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mei 2015. Dicapai pada 28 Disember 2023.
- ^ "Peta & Profil Jajaran". lrt3.com.my. Prasarana Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2015. Dicapai pada 28 Disember 2023.
- ^ Izwaashura Sadali (5 Ogos 2021). "LRT3 kini dikenali sebagai LRT Laluan Shah Alam". paultan.org. Paul Tan's Automotive News. Dicapai pada 28 Disember 2023.
- ^ a b Danny Tan (20 Julai 2020). "LRT3 line now 33% done, expected to complete in 2024" [Laluan LRT3 sekarang 33% siap, dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024]. paultan.org (dalam bahasa Inggeris). Paul Tan's Automotive News. Dicapai pada 28 Disember 2023.
- ^ Azmizam Zaman Huri, Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang (2022). "Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022 Sesi 1: Projek LRT3". Perbahasan Parlimen (Hansard). Kerajaan Negeri Selangor: Dewan Negeri Selangor. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Disember 2023. Dicapai pada 28 Disember 2023.
- ^ a b Google (29 Disember 2023). "Kayu Ara LRT Station (Peta)" [Stesen LRT Kayu Ara]. Google Maps (dalam bahasa Inggeris). Google. Dicapai pada 29 Disember 2023.
- ^ a b "Kayu Ara LRT Station" [Stesen LRT Kayu Ara]. mrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). 29 Disember 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Januari 2024. Dicapai pada 29 Disember 2023.
- ^ "MyRapid - Bus Kiosk". Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 27 Jun 2022. Dicapai pada 27 Jun 2022.