Pergi ke kandungan

Stesen Maluri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Stesen Aeon-Maluri)
Maluri Rapid KL
مالوري
Pintu masuk stesen MRT Maluri.
Nama lainAeon-Maluri (Nama tajaan stesen MRT)
LokasiStesen Maluri, Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°7′23.74″N 101°43′37.06″E / 3.1232611°N 101.7269611°E / 3.1232611; 101.7269611Koordinat: 3°7′23.74″N 101°43′37.06″E / 3.1232611°N 101.7269611°E / 3.1232611; 101.7269611
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
MRT Corp
Laluan3 Laluan Ampang
9 Laluan Kajang
Platform3:2 platform sisi dan 1 platform tengah
Trek4
Pengendali kereta api3 9 RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia)
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T352, 400, T400, T401, 402, 450
Pembinaan
Jenis struktur3 Bertingkat
9 Bawah tanah
Templat letak kenderaan250 petak parkir kereta dan 50 petak parkir motosikal
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
Kod stesen AG13   KG22 
Sejarah
Dibuka3 16 Disember 1996
9 17 Julai 2017
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Sentul Timur
Laluan Ampang
menghala ke Ampang
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan SBK
menghala ke Kajang
Lokasi
Map

Stesen Maluri ialah stesen transit bersepadu yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia. Maluri merupakan stesen bagi Laluan Ampang dan Laluan Kajang. Stesen ini dinamakan sempena kawasan perumahan Taman Maluri terletak berhampiran stesen ini.

Stesen ini mula dibuka kepada awam dengan perasmian segmen pertama STAR LRT (kini Laluan Ampang) yang melalui 13 stesen bertingkat antara stesen Ampang dan stesen Sultan Ismail pada 16 Disember 1996. Laluan Kajang pula mula berkhidmat di stesen ini pada 17 Julai 2017 dengan perasmian fasa kedua laluan ini antara stesen Muzium Negara dan stesen Kajang.

Di bawah hak penamaan stesen yang diberikan oleh MRT Corp, stesen MRT Maluri dipanggil Stesen MRT Aeon-Maluri.[1] Stesen LRT Maluri masih dikekalkan nama asalnya.

Stesen LRT STAR (kini Laluan Ampang) Maluri dibuka pada 16 Disember 1996 sebagai sebahagian daripada fasa pertama Laluan STAR diantara stesen Ampang dan stesen Sultan Ismail.[2][3] Jajaran LRT STAR antara Chan Sow Lin dengan Ampang menggunakan jajaran KTM lama antara Ampang Junction dengan Ampang. Jajaran KTM ini sepanjang 3.8 batu (6.1 km) pada asalnya dibuka pada 1 Mei 1914.[4]

Laluan MRT Kajang mula berkhidmat di stesen ini pada 17 Julai 2017 selepas pembukaan fasa kedua laluan ini dari stesen Muzium Negara ke stesen Kajang.[5] Pada masa yang sama, sebuah jejambat pejalan kaki dan eskalator menghubungkan kawasan berbayar kedua-dua stesen dibuka, memudahkan penumpang untuk menukar diantara Laluan Ampang dan Laluan Kajang tanpa membeli tiket baharu.

Ciri-ciri stesen

[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Maluri terletak berhampiran Jalan Cheras, Cheras, Kuala Lumpur. Di sebelah barat laut stesen LRT ini adalah Jalan Palong, Taman Miharja manakala di sebelah selatan adalah Sungai Kerayong dan E9 Lebuhraya Sungai Besi (Lebuhraya Besraya). Stesen MRT Aeon-Maluri pula terletak di bawah Jalan Cheras, Cheras, Kuala Lumpur. Di sebelah barat stesen MRT ini adalah Taman Miharja manakala di sebelah timur adalah Depoh Rapid Bus Maluri dan AEON Taman Maluri, Cheras. Terdapat dua pusat membeli-belah berhampiran stesen Maluri iaitu AEON Taman Maluri dan Sunway Velocity Mall dimana kedua-dua pusat membeli-belah ini mempunyai laluan pejalan kaki khas ke stesen ini. Mercu tanda tempatan lain di sekitar stesen ini adalah Taman Pertama, Flat Miharja, IPD Cheras, LHDN cawangan Cheras, Taman Pudu Ulu dan plaza tol Loke Yew.

Pelan stesen

[sunting | sunting sumber]
L2
Platform
AG Arah Barat 3 Laluan Ampang menghala ke  AG18  Sentul Timur (Miharja)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
AG Arah Timur 3 Laluan Ampang menghala ke  AG1  Ampang (Pandan Jaya)
L1 Aras Legar LRT Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, kedai serbaguna dan laluan pejalan kaki berbayar ke ruang legar berbayar MRT Akses OKU
G Aras Tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU
B1 Aras Legar MRT Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, dan laluan pejalan kaki berbayar ke ruang legar berbayar LRT Akses OKU
B2
Platform
KG Arah Selatan 9 Laluan Kajang menghala ke  KG35  Kajang (Taman Pertama)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
KG Arah Utara 9 Laluan Kajang menghala ke  KG01  Sungai Buloh (Cochrane)


Stesen ini terdiri daripada dua stesen berbeza yang disambungkan oleh laluan pejalan kaki bertingkat: stesen LRT Maluri dan stesen MRT Aeon-Maluri. Stesen LRT Maluri adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras platform, aras legar, dan aras tanah. Stesen MRT Aeon-Maluri pula adalah stesen bawah tanah dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Sebuah pejalan kaki disediakan bagi menghubungkan kawasan berbayar LRT dengan kawasan berbayar MRT yang boleh diakses di aras legar. Selain itu, terdapat sebuah kawasan parkir terbuka yang menempatkan 250 petak parkir kereta dan 50 petak parkir motosikal.[6]

Stesen LRT Pasar Seni mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Ampang manakala stesen MRT Aeon-Maluri mempunyai satu platform tengah di bawah ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai. Di stesen MRT Aeon-Maluri, terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[7] Di stesen LRT Maluri pula, kemudah tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif disediakan bagi Orang Kurang Upaya (OKU).[8]

Reka bentuk dalaman

[sunting | sunting sumber]

Sama dengan stesen-stesen MRT bawah tanah yang lain, bagunan pintu stesen diinspirasikan dripada kristal kuarza yang boleh dijumpai di permatang kuarza Bukit Tabur di Gombak, Selangor. Untuk bahagian dalam stesen MRT AEON-Maluri, stesen ini telah diberi tema "Generasi Baharu".[9]

Perkhidmatan bas

[sunting | sunting sumber]

Bas RapidKL laluan T352, 400, T400, T401, 402 dan 450 berkhidmat di stesen ini.

Stesen LRT

[sunting | sunting sumber]

Stesen MRT

[sunting | sunting sumber]

Sambungan LRT-MRT

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ M. Hafidz Mahpar (11 Jul 2017). "Four MRT stations along SBK Line to be 'branded'" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2019. Dicapai pada 20 Mei 2019.
  2. ^ David White. "Kuala Lumpur's new LRT line" (PDF). Sydney Tramway Museum (dalam bahasa Inggeris). m/s. 12-13. Dicapai pada 8 Mei 2019.
  3. ^ Fazleena Aziz (7 Nov 2008). "Masjid Jamek Plaza to open on Nov 15". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-10. Dicapai pada 7 Mei 2019.
  4. ^ Mohamed, Alias (1985). Malayan Railway: 100 years, 1885-1985. AMW Communications Management. m/s. 56. Dicapai pada 27 Mei 2019.
  5. ^ Fuad, Faris (15 Dec 2016). "MRT Fasa 2: Laluan Muzium Negara-Kajang dibuka Isnin ini". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Nov 2018. Dicapai pada 8 Mei 2019.
  6. ^ "Park N' Ride — Maluri". MRT Corp. 20 Mac 2019. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  7. ^ "Aeon Maluri — MRT Corp". MRT Corp. 13 Nov 2017. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  8. ^ Kevin Tan (23 Jul 2011). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2019. Dicapai pada 11 Jun 2019.
  9. ^ Meng Yew Choong (24 Mei 2019). "Seven hidden gems of the MRT" (dalam bahasa Inggeris). THE Star Online. Dicapai pada 2017-07-17.
  10. ^ "Innovative designs for transit furniture". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). 1 Mei 2016. Dicapai pada 27 Mei 2019.