Pergi ke kandungan

Siti Sarah (Isteri Nabi Ibrahim)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sarah
ساره
שָׂרָה
Nama Siri Sarah dalam tulisan khat
Kelahiran
Meninggal dunia
Tempat ditanamCave of the Patriarchs
PasanganIbrahim AS
Anak-anakIs'haq AS
Ibu bapaTerah
unknown woman
SaudaraTerah (Ayah)
Ibrahim AS (Suami)
Haran (Abang)
Lut AS (anak saudara)
Ismail AS (anak tiri)

Sarah (Bahasa Ibrani: שָׂרָה‎, Arab: سَارَة, rumi: sārah ) merupakan seorang tokoh utama dalam agama samawi. Walaupun terdapat beberapa perbezaan dalam bagaimana dia digambarkan oleh kepercayaan yang berbeza, agama Islam, Kristian dan Yahudi semuanya menggambarkan wataknya dengan cara yang sama, iaitu seorang wanita beriman, isteri kepada Ibrahim dan ibu kepada Ishak (Isaac).

Pandangan Islam

[sunting | sunting sumber]

Sarah (Arab: سَارَة, rumi: sārah) isteri kepada Nabi Ibrahim dan ibu kepada Nabi Ishak (Isḥāq) merupakan wanita terhormat dalam Islam. Dalam Islam, beliau merupakan sepupu Nabi Ibrahim.[1] Sarah tinggal bersama Nabi Ibrahim sepanjang hidupnya dan walaupun beliau mandul, Allah telah menjanjikan seorang anak di usia lanjut, yang kemudiannya menjadi Nabi bernama Ishak (Surah Hud, 11:71).

Nabi Ibrahim sentiasa berdoa kepada Allah untuk dikurniakan anak. Sarah, yang mandul, kemudiannya memberinya seorang dayang dari Mesir[2] Hājar untuk dinikahkan menjadi isteri kedua. Siti Hajar kemudiannya mengandungkan Ismail, yang akan turut menjadi Nabi sebagaimana ayahnya. Malaikat telah diutuskan Allah untuk memberitahu Nabi Ibrahim bahawa Sarah yang mandul akan dikurniakan zuriat kedua, Ishak yang kemudiannya akan menjadi Nabi.

Walaupun al-Quran tidak menyebut nama Sarah, tetapi ia menyebut tentang kisah pemberitahuan kelahiran Nabi Ishak tersebut. Al-Quran menyebut bahawa Sarah ketawa kerana perasaan takutnya hilang setelah dikunjungi tetamu (yang merupakan Malaikat):

(69)
Dan sesungguhnya telah datang malaikat utusan-utusan kami kepada Nabi Ibrahim, dengan membawa berita yang mengembirakan. Lalu mereka memberi salam dengan berkata: "Salam sejahtera kepadamu (wahai Ibrahim)". Nabi Ibrahim menjawab: "Salam sejahtera kepada kamu". Maka tidak berapa lama selepas itu, ia membawa jamuan untuk mereka: seekor anak lembu yang dipanggang.

(70)
Maka apabila ia melihat tangan mereka tidak menyentuh hidangan itu, ia merasa pelik akan hal mereka serta merasa takut dari keadaan mereka. (Melihat kecemasannya) mereka berkata: "Janganlah engkau takut wahai Ibrahim, sebenarnya kami ini diutus kepada kaum Lut (untuk membinasakan mereka)".

(71)
Dan isterinya pada ketika itu berdiri (mendengar), lalu ia ketawa (kerana hilang perasaan takutnya). Maka Kami pun memberikan berita yang mengembirakan kepadanya (melalui malaikat itu), bahawa ia akan mendapat seorang anak: Ishak, dan sesudah Ishak, (ia pula akan mendapat seorang cucu): Yaakub.

(72)
Isterinya berkata: "Sungguh ajaib keadaanku! Adakah aku akan melahirkan anak padahal aku sudah tua dan suamiku ini juga sudah tua? Sesungguhnya kejadian ini suatu perkara yang menghairankan".

(73)
Malaikat-malaikat itu berkata: "Patutkah engkau merasa hairan tentang perkara yang telah ditetapkan oleh Allah? Memanglah rahmat Allah dan berkatNya melimpah-limpah kepada kamu, wahai ahli rumah ini. Sesungguhnya Allah Maha terpuji, lagi Maha Melimpah kebaikan dan kemurahanNya".

— Al-Quran, Surah ke-11 (Hud), ayat 69-73[3]
  1. ^ Arastu, Shaykh Rizwan (2014). God and his Emissaries - Adam to Jesus. Imam Mahdi Association of Marjaeya (I.M.A.M.). m/s. 227. ISBN 97 8-0-6 92-21411-4. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-22. Dicapai pada 2020-11-18.
  2. ^ Lings, Martin (1983). "The House of God". Muhammad: His Life Based on the Earliest Sources. Islamic Texts Society. ISBN 978-0042970509.
  3. ^ Quran 11:69–73