Pergi ke kandungan

Sikorsky S-92

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
S-92 / H-92
Peranan Helikopter utiliti/pengangkut sederhana
Negara pengeluar Amerika Syarikat
Pengeluar Sikorsky Aircraft
Penerbangan sulung 23 Disember 1998
Diperkenalkan 2004
Pengguna utama CHC Helicopter
Bristow Helicopters
Petroleum Helicopters
Dikeluarkan 1998-kini
Kos seunit AS$15.3 juta
Dibangunkan dari Sikorsky S-70
Kelainan CH-148 Cyclone

Sikorsky S-92 merupakan sebuah helikopter utiliti/pengangkut udara sederhana, enjin kembar dan mempunyai empat bilah rotor utama yang dibina oleh Sikorsky Aircraft untuk pasaran helikopter tentera dan awam. S-92 telah dibangunkan berasaskan helikopter Sikorsky S-70 dan berkongsi alat ganti yang sama dengan S-70, seperti contoh himpunan rotor ekor. H-92 Superhawk pula merupakan sebuah helikopter tentera terbitan dari S-92 yang diperanankan sebagai helikopter pengangkut utiliti, dan boleh membawa 22 anggota tentera. H-92 juga boleh diubah kepada misi spesifik termasuk Mencari dan Menyelamat dan pengangkutan eksekutif. Angkatan Tentera Kanada telah memilih H-92 sebagai pemenang bagi Program Helikopter Maritim (PHM) pada 2004, bagi mengantikan angkatan pesawat usang yang terdiri daripada CH-124 Sea King. Angkatan Tentera Kanada telah memberi designasi helikopter H-92 sebagai CH-148 Cyclone.

Pengguna kerajaan

[sunting | sunting sumber]
 Kuwait
  • Emir dari Kuwait memiliki 2 helikopter.
 Qatar
  • Kerajaan Qatar memiliki 2 helikopter.
Korea Selatan
  • Kerajaan Republik Korea memilik 3 helikopter.[1] Introduced into service in November 2007.
 Arab Saudi
  • Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi telah memesan 16 buah helikopter semasa Pertunjukan Udara Dubai pada November 2007.
Turki
  • Kerajaan Turki memiliki 1 helikopter.
 Turkmenistan
  • Kerajaan Turkmenistan memiliki 2 helikopter.
United Kingdom
  • Pengawal Pantai Diraja menggunakan 4 helikopter yang disewa dari CHC Helicopter
 Thailand
  • Kerajaan Thai telah memesan 3 buah helikopter

Pengguna awam

[sunting | sunting sumber]
 Brunei
  • Brunei Shell Petroleum – 3
 Kanada
 Republik Rakyat China
 Finland
Norway
 Qatar
 United Kingdom
 Amerika Syarikat
Sikorsky S-92 semasa Pertunjukan Udara Paris pada 2007.
#4 dipamerkan di Pertunjukan Udara Farnborough 2008

Spesifikasi (S-92)

[sunting | sunting sumber]

Data dari laman web rasmi S-92 Superhawk[2]

Ciri umum

  • Anak kapal: 2 (juruterbang dan pembantu juruterbang)
  • Kapasiti: 19 penumpang dan 1 pemerhati di dalam kokpit
  • Panjang: 56 kaki 2 in (17.10 m)
  • Diameter rotor: 56 kaki 4 in (17.17 m)
  • Tinggi: 15 kaki 5 in (4.71 m)
  • Ceper luas: 2,650 kaki² (246 m²)
  • Berat kosong: 16,600 lb (7,530 kg)
  • Berat berisi: 26,500 lb (12,020 kg)
  • Berat berlepas maksimum: 28,300 lb (12,800 kg)
  • Loji kuasa:General Electric CT7-8A turbin aci, 3,000 shp (2,238 kW) setiap satu
  • Panjang fiuslaj: 56 kaki 2 in (17.1 m)
  • Lebar fiuslaj: 17 kaki 3 in (5.26 m)
  • Sistem rotor: 4 bilah pada rotor utama

Prestasi


Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

  • Leoni, Ray D. Black Hawk, The Story of a World Class Helicopter, American Institute of Aeronautics and Astronautics, 2007. ISBN 978-1-56347-918-2.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]