Pertunjukan Udara Farnborough
Pertunjukan Udara Farnborough | |
---|---|
Lokasi | Hampshire, England |
Negara | United Kingdom |
Kehadiran | 150,000 (2004) |
Laman sesawang | www.farnborough.com |
sunting |
Pertunjukan Udara Farnborough merupakan satu pesta perdagangan untuk perniagaan aeroangkasa yang berlangsung selama tujuh hari. Ia diadakan pada setiap bulan Julai, tahun genap di Hampshire, England. Pertunjukan udara ini dianjurkan oleh Farnborough International Limited, sebuah anak syarikat milik penuh badan industri aeroangkasa Britain iaitu Persatuan Syarikat Aeroangkasa Britain (SBAC) bagi mempertontonkan pesawat-pesawat awam dan tentera kepada para pelangan dan pelabur berpotensi. Acara ini (bersama-sama dengan Pertunjukan Udara Paris) adalah merupakan satu acara yang penting untuk industri aeroangkasa terutamanya pengumuman pembangunan dan pesanan baru.
Terdapat lima dewan pameran di dalam dewan. Kawasan di luar dewan dikhaskan bagi pameran statik pesawat. Penerbangan pertunjukan akan diadakan pada setiap hari. Pada hari kedua terakhir, pameran akan dibuka kepada orang ramai dan beberapa barangan bukan komersial juga akan ditambah pada pameran statik dan pertunjukan penerbangan. Sejak tahun 1996, pertunjukan udara ini memiliki stesen radia rasmi sendiri yang dioperasikan oleh kakitangan dan pelajar dari Kolej Teknologi Farnborough yang terletak berhampiran. Pada tahun 2004, pertunjukan ini menarik lebih daripada 1,300 pempamer dan 150,000 pelawat.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pertunjukan Udara Farnborough |