Pergi ke kandungan

Orang Siam Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Siam Malaysia)
Siam Malaysia
ชาวมาเลเซียเชื้อสายไทย
Kawasan ramai penduduk
Semenanjung Malaysia (terutamanya negeri-negeri utara dan pantai timur)

 Perak: 3,200 (2015)

 Perlis: 8,000 (2015)

 Kedah: 42,000 (2015)

 Kelantan: 28,000 (2015)
Bahasa
Thai Selatan, Thai, Melayu,[1]
Agama
Majoriti adalah Buddha Theravada; minoriti Muslim

Siam Malaysia adalah istilah yang merujuk kepada orang Malaysia beretnik Thai.[2] Secara politik, orang Siam Malaysia diakui sebagai Bumiputera dan diberikan kedudukan serupa dengan kaum Melayu, Orang Asli, Kadazan-Dusun, Iban dan Portugis Melaka.[3][4][5]

Kebanyakan orang Siam Malaysia beragama Buddha aliran Theravada.[6] Tempat sembahyang mereka digelar Wat. Setiap Wat mempunyai beberapa sami mentadbirnya.

Kebanyakan orang Siam Malaysia mengadakan hidup mirip dengan orang Melayu dan orang Cina. Ini adalah terbukti khususnya di kalangan orang Siam Kelantan. Seorang tidak dapat membezakan seorang Melayu atau Siam jika mereka tidak didengari bahasa mereka sendiri. Satu-satunya tanda berlainan di kalangan mereka adalah agama dan bahasa. Selain itu orang Siam Malaysia adalah seperti Melayu oleh kerana mereka menutur loghat Melayu tempatan yang fasih.

Orang Siam Malaysia sangat neurtal, dalam pergaulan, fizikal mereka mirip antara orang Cina dan orang Melayu.

Orang Siam Malaysia sering mendapat naungan dari kerajaan-kerajaan negeri untuk kebaikan masyarakat mereka. Sering, kuil-kuil diberikan dana murah hati dari kerajaan negeri.[7]

Permasalahan

[sunting | sunting sumber]

Orang Siam di Malaysia menghadapi pelbagai masalah seperti tidak diiktiraf sebagai Bumiputera walaupun sudah menetap dan lahir di negara ini untuk beberapa generasi. Akhirnya pada tahun 2022[8], seramai 8,910 orang keturunan Siam mendapat taraf Bumiputera akibat kesalahan teknikal oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Ini berlaku apabila seseorang dikategorikan bangsa sebagai Siam, sistem JPN akan otomatik melabel mereka sebagai bukan rakyat di Malaysia.

Isu lain seperti masalah kanak-kanak tanpa kerakyatan di kalangan bangsa Siam juga adalah tinggi. Akibat dari permasalahan ini, peratusan orang Siam di Malaysia yang menerima biasiswa dan melanjutkan pelajaran ke universiti juga adalah rendah.

Statistik

[sunting | sunting sumber]
  • Pada 2000, statistik negara memetik 50,211 individu etnik Thai di Malaysia. Di kalangan ini, 38,353 (atau 76.4% dari mereka) memegang warga negara Malaysia.[9]

Orang Siam Malaysia terkemuka

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Movement and Identity Construction Amongst Kelantan's Thai Community, pg 2, Irving Johnson, Harvard University
  2. ^ Malaysian Siamese Will Not Disappoint BN In Permatang Pauh BERNAMA, 24 Ogos 2008
  3. ^ Siamese community enjoys Bumi rights: Nazri, The Star, 12 Jun 2010
  4. ^ Papia, Relijang e Tradisang–The Portuguese Eurasians in Malaysia : Bumiquest, A Search for Self Identity Gerard FERNANDIS, Lusotopie 2000 : 261-268
  5. ^ "Kaum Siam bumiputera - Nazri, Utusan Malaysia, 13 Jun 2010". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada 2010-10-28.
  6. ^ Mohamed Yusoff Ismail (2006). "Buddhism in a Muslim State: Theravada Practices and Religious Life in Kelantan" (PDF). Jurnal e-Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia. 1 (1): 1–20.
  7. ^ Tumpat temple to get Thai royal award 2008/11/10, New Straits Times
  8. ^ [https://suaramerdeka.com.my/8910-keturunan-siam-di-negara-ini-dapat-kembali-taraf-bumiputera/
  9. ^ MALAYSIA: DEWAN NEGARA–Isnin, 3 Disember 2001 Diarkibkan 2006-01-25 di Wayback Machine, pg 12

Templat:Thaidiaspora