Pergi ke kandungan

Orang Cina di Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cina Perak
Kawasan ramai penduduk
Ipoh, Taiping, Batu Gajah, Sitiawan, Gopeng, Kampar, Teluk Intan
Bahasa
Bahasa Hakka, Bahasa Kantonis, Bahasa Hokchiu, Bahasa Mandarin, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Agama
Buddha, Taoisme, Konfusianisme, Kristian serta sebilangan golongan mualaf Islam.
Kumpulan etnik berkaitan
Peranakan

Perak merupakan antara negeri yang membangun dimana terdiri daripada pelbagai jenis kaum. Sehubungan itu, orang Cina di Perak adalah golongan minoriti besar dengan populasi pada tahun 2020 adalah seramai 752,392 orang, iaitu sebanyak 30.4 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk negeri ini. Kebanyakan orang Cina di Perak menetap di bandar-bandar besar terutamanya Ipoh, iaitu di ibu negerinya dan juga di daerah-daerah lain.

Tokong Cina di Perak

Pada abad ke 19 dan ke 20, orang Cina dari tanah besar China berhijrah secara beramai-ramai ke Tanah Melayu. Mereka dari selatan China terutamanya dari daerah Fujian, Guangdong, Guangxi, dan Hainan. Mereka membentuk penempatan di negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan terutamanya di lombong-lombong bijih timah untuk bekerja sebagai buruh lombong dengan sokongan British. Selain itu, mereka juga menetap di Negeri-Negeri Selat seperti Singapura dan Pulau Pinang. Kebanyakan orang Cina mudah dijumpai di zon selatan dan juga pantai Barat terutamanya negeri Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak. Manakala, orang Cina merupakan kaum majoriti di Negeri-Negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Singapura.

Penemuan lapisan timah yang terkaya di dunia pada tahun 1824 menarik pemasukan pendatang secara besar-besaran, terutamanya orang Cina. Dikaitkan dengan peraturan yang merumitkan tentang pewarisan serta orang bangsawan yang amat berkuasa, kerusuhan sosial dan politik yang dialami tidak dapat dielakkan. Campur tangan pihak British pada 1874 menyebabkan penyelesaian yang sekurang-kurangnya memperlihatkan tolak ansur, iaitu Sultan dipujuk turun takhta dengan pembayaran pencen supaya waris yang sah boleh dimahkotakan.

Beberapa faktor mempengaruhi campur tangan ini diantaranya ialah kekayaan bumi Perak sendiri, pergeseran pembesar-pembesar untuk berkuasa diantara Raja Abdullah dengan Sultan Ismail. Di samping ini terdapat pula pergaduhan besar dan sikap bermusuhan diantara dua kongsi gelap pelombong-pelombong Cina, Ghee Hin dan Hai San disekitar Kelian Puah dan Kelian Baharu dan berlarutan hingga ke negeri-negeri lain. Peperangan telah berlaku disepanjang tahun 1861- 1862 dan 1871-1874. Pada akhir abad ke-19, pihak British telah memberikan galakan terhadap kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu kerana pihak British memerlukan tenaga buruh yang ramai supaya dapat membantu mengeluarkan bijih timah yang banyak untuk keperluan Revolusi Perindustrian di Britain.

Pergaduhan-pergaduhan dan perselisihan merebut takhta kerajaan ini telah di pergunakan sepenuhnya oleh pihak British untuk mencampuri urusan dalam Negeri Perak supaya kepentingan mereka tidak terjejas dan kekayaan negeri Perak dapat dieksplotasikan sepenuhnya bagi menampung keperluan ekonomi negara asal mereka. Dengan kepintaran siasah dan ilmu penjajahan yang telah berkurun dipelajari, Inggeris telah berjaya memerangkap Raja Abdullah dan beberapa orang Orang Besar-Besar Perak untuk berunding di Pulau Pangkor. Wakil-wakil kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San juga turut hadir bagi membalas jasa Inggeris yang telah banyak berbudi kepada mereka. Maka pada 20 Februari 1874 berlakulah satu detik sejarah yang tidak akan dilupakan oleh orang-orang Melayu Perak dan seluruh Semenanjung Tanah Melayu dengan termeterainya satu perjanjian yang di namakan Perjanjian Pangkor.

Kawasan kepadatan penduduk Cina

[sunting | sunting sumber]
Persatuan Cina Malaysia Perak di Ipoh.

Antara kawasan yang padat dengan populasi kaum Cina di Perak adalah seperti Ipoh, Taiping, Batu Gajah, Sitiawan, Kampar dan Teluk Intan. Berikut merupakan bancian kaum cina di Perak dari tahun 1812 sehingga tahun 2010:

Tahun Jumlah penduduk Cina Peratus
1891[2] 94,345 44.0%
1901[2] 329,665 150,239 45.6%
2000 2,051,236 32.0%
2010 2,352,743 693,397 30.4%

Populasi mengikut daerah

[sunting | sunting sumber]
Daerah Populasi cina
Kinta 326,408
Larut dan Matang 85,172
Manjung 67,559
Hilir Perak 56,230
Kampar 51,341
Kuala Kangsar 34,796
Batang Padang 31,455
Kerian 30,517
Ulu Perak 8,628
Perak Tengah 1,291