Orang Telugu Malaysia
మలేషియా తెలుగువారు | |
---|---|
Jumlah penduduk | |
119,000 – 300,000[1][2] | |
Kawasan ramai penduduk | |
Malaysia (Semenanjung Malaysia) | |
Bahasa | |
Telugu, Tamil, Melayu Malaysia dan Inggeris | |
Agama | |
Hinduisme dan lain-lain | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
India Malaysia, Orang Telugu, Tamil Malaysia, Malayali Malaysia |
Orang Telugu Malaysia (Telugu: మలేషియా తెలుగువారు) terdiri daripada mereka yang berketurunan Telugu penuh atau sebahagian yang dilahirkan atau berhijrah ke Malaysia. Kebanyakan orang Telugu Malaysia pada hari ini tergolong dalam generasi keturunan yang berhijrah dalam zaman penjajahan. Walaupun kebanyakan nenek moyang Telugu Malaysia semasa berasal dari kawasan Andhra Pradesh dan Telangana moden, sebahagian besar daripada mereka berasal dari kawasan Orissa dan Benggala. Walaupun kebanyakan orang Telugu datang ke Malaysia sebagai buruh, sesetengahnya ialah warga profesional serta peniaga yang tiba sebagai pelarian. Pada 1930-an, rusuhan anti-India di Burma mengakibatkan sejumlah besar etnik Telugu melarikan diri dari Burma, dan ada kembali ke India, Thailand atau Malaya. Satu lagi gelombang penghijrahan Telugu dari Burma berlaku semasa Perang Dunia Kedua apabila Jepun menyerang Burma.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, gelombang baharu penghijrahan penduduk berbahasa Telugu dari India mengakibatkan beberapa usaha pengembangan linguistik Telugu di Malaysia. Pada tahun 1981, Persidangan Telugu Dunia Kedua telah diadakan di Kuala Lumpur. Persatuan Telugu Malaysia, sebuah badan NGO bertindak sebagai wakil Telugu Malaysia dan menjadi merupakan platform bagi warga Telugu untuk menyuarakan pendapat mereka. Persatuan Telugu pertama kali ditubuhkan Hilir Perak pada 17 Julai 1955, di bawah panji Malaya Andhra Sangamu dan didaftarkan secara rasmi pada 17 Februari 1956. Pada 16 Disember 1963, ia dinamakan semula sebagai Malaysia Andhra Sangamu. Nama persatuan itu berkembang dari tahun 1983 dan seterusnya sebagai Persatuan Telugu Malaysia yang juga dikenali sebagai Malaysia Telugu Sangamu.[3] Persatuan ini didaftarkan secara rasmi dan beroperasi di bawah panji-panji sebagai Persatuan Telugu Malaysia dalam Bahasa Malaysia.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Warga Telugu bersama dengan warga India lain di pantai timur India dan Teluk Bengal tiba di pantai Suvarnabhumi purba (merujuk kepada Semenanjung Tanah Melayu dan Burma Hilir, bermaksud "Tanah Emas" dalam bahasa Sanskrit) dan bahagian lain di Asia Tenggara.[4] Orang India dari lembangan Godavari tiba di Semenanjung Melayu purba, berdagang dan menetap, sekali gus mempengaruhi adat dan budaya tempatan. Sejarah Melayu menyebut India sebagai Benua Keling dan orang India sebagai "Keling", perkataan yang diambil daripada Kalinga, sebuah kerajaan India purba yang berkemungkinan merupakan sumber pengaruh India ke atas Asia Tenggara. Kalinga terletak di bahagian utara Andhra Pradesh meliputi lembangan Godavari dan bahagian selatan Orissa dan penduduk rantau ini kini bercakap sama ada Telugu atau Oriya.
Masyarakat Telugu di Malaysia kini kebanyakannya adalah generasi ketiga dan keempat warga Telugu yang berasal daripada golongan buruh di bawah sistem Kangani yang tiba pada abad ke-19 dan awal abad ke-20.[5][6] Ada juga yang membayar laluan mereka sendiri selepas sistem Kangani berakhir pada awal abad ke-20. Kebanyakan warga Telugu ke Semenanjung Tanah Melayu kolonial adalah dari kawasan pantai utara Andhra Pradesh,[4] dan sering direkrut oleh maistries atau kanganis (mandur) dari wilayah Visakhapatnam, Vizianagaram dan Srikakulam, dengan beberapa dari Godavari Timur dan kawasan Chittoor.[7] Mereka biasanya berkongsi latar belakang kejiranan yang sama, pertalian darah atau pertalian kasta.[8] Mereka yang tiba semasa pada era ini kebanyakannya berkasta pertengahan dan kasta rendah bukan Brahmin, dari Kamma dan Reddy kepada yang tidak boleh disentuh,[9] serta mereka dari kasta seperti Gavara, Kapu (Telaga), dan Velama (yang lebih kaya dipanggil Velama Dora), dengan beberapa dari Chakali, Mangali dan lain-lain.[10] Satu lagi pusat pengambilan ialah Nagapattinam di Tamil Nadu.[10] Walaupun golongan India pada zaman awal kebanyakannya adalah lelaki, orang Telugu lebih bersedia untuk membawa bersama mereka kaum wanita mereka.[11] Orang Telugu paling biasa ditemui di ladang getah dan kelapa di Perak (seperti Telok Anson), Johor dan Kedah.[11]
Memandangkan orang Telugu hanya membentuk minoriti India di Malaya British berbanding majoriti Tamil, mereka tidak begitu ketara sebagai satu kumpulan dan oleh itu, identiti mereka dimasukkan ke dalam satu kumpulan India Selatan yang lebih besar. Mereka (bersama-sama dengan Tamil dan Malayali ) dirujuk sebagai Klings atau Madrasi yang digunakan sebagai istilah umum untuk India Selatan.[12] Pada tahun 1955, Malaya Andhra Sanghamu (kemudian Malaysia Andhra Sanghamu) telah ditubuhkan untuk menyokong masyarakat Telugu, memupuk budaya mereka dan mempromosikan bahasa mereka.[10]
Penduduk
[sunting | sunting sumber]Orang Telugu Malaysia membentuk kumpulan India ketiga terbesar di Malaysia . Di Malaya British mereka membentuk sekitar 4% daripada populasi India.[11] Penduduk Telugu Malaysia dianggarkan berjumlah 119,000 pada tahun 2020.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Joshua Project. "People Groups". joshuaproject.net. Dicapai pada 22 September 2018.
- ^ Satyanarayana, Adapa (2008). "Proceedings of the Indian History Congress Vol. 69 : Telugu Diaspora in South East/West Asia, 1871-1990". Indian History Congress. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ "Association". Telugu Association of Malaysia. Dicapai pada 2017-06-21.
- ^ a b Chinna Rao Yagati (2009). "Kurmana Simha Chalam". Perspectives on Economic Development and Social Change: Essays in Honour of Professor K.S. Chalam. Rawat Publications. m/s. 77. ISBN 978-81-316-0246-1.
- ^ Kwen Fee Lian, Md Mizanur Rahman & Yabit bin Alas, penyunting (2015). International Migration in Southeast Asia: Continuities and Discontinuities. Springer. m/s. 119. ISBN 978-98-128-7712-3.
- ^ A. D. Rangarajan (29 July 2017). "Tracing their roots to the Telugu mainland". The Hindu.
- ^ Gijsbert Oonk, penyunting (9 Februari 2014). Global Indian Diasporas: Exploring Trajectories of Migration and Theory. Amsterdam University Press. m/s. 94. ISBN 978-9053560358.
- ^ Sirpa Tenhunen; Klaus Karttunen, penyunting (25 Mac 2014). Contentious Connections: Social Imagination in Globalizing South Asia. Cambridge Scholars. m/s. 185. ISBN 9781443858342.
- ^ R. Rajoo (1985). Mohd. Taib Osman (penyunting). Malaysian World-view. Inst of Southeast Asian Studies. m/s. 149–150. ISBN 978-9971988128.
- ^ a b c Gijsbert Oonk, penyunting (9 Februari 2014). Global Indian Diasporas: Exploring Trajectories of Migration and Theory. Amsterdam University Press. m/s. 94–95. ISBN 978-9053560358.Gijsbert Oonk, ed. (9 Februari 2014).
- ^ a b c Sirpa Tenhunen; Klaus Karttunen, penyunting (25 Mac 2014). Contentious Connections: Social Imagination in Globalizing South Asia. Cambridge Scholars. m/s. 184. ISBN 9781443858342.
- ^ Satyanarayana Arapa (25 Mac 2014). Sirpa Tenhunen; Klaus Karttunen (penyunting). Contentious Connections: Social Imagination in Globalizing South Asia. Cambridge Scholars. m/s. 171. ISBN 9781443858342.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- 150 Years Malaysian Telugu Heritage: 8 October 2010, Putrajaya International Convention Centre : Telugu Association of Malaysia Proudly Presents an Evening with the Prime Minister YAB Dato' Sri Hj. Mohd Najib Tun Abdul Razak. Persatuan Telugu Malaysia. 2010.
- M. Ramappa (1984). Directory of Telugu Associations Outside Andhra Pradesh. International Telugu Institute.
- Barbara A. West (1 Januari 2009). Encyclopedia of the Peoples of Asia and Oceania. Infobase Publishing. m/s. 486–. ISBN 978-1-4381-1913-7.
- Judith A. Nagata (1 Januari 1975). Contributions to Asian studies: Pluralism in Malaysia : myth and reality : a symposium on Singapore and Malaysia ; edited by Judith A. Nagata. BRILL. m/s. 100–. ISBN 90-04-04245-8.
- Hema Krishnan (5 December 2014). Karat Karuthu. Thamizh Roots. m/s. 10–. GGKEY:1Y9FLZ8PZC4.