Shazni Munir Mohd Ithnin
Shazni Munir Mohd Ithnin | |
---|---|
Ketua Pemuda Pakatan Harapan | |
Dalam jawatan 5 Mac 2021 – 6 Ogos 2021 | |
Didahului oleh | Syed Saddiq Syed Abdul Rahman |
Digantikan oleh | Howard Lee Chuan How |
Ketua Pemuda Amanah Nasional | |
Dalam jawatan 4 Julai 2020 – 6 Ogos 2021 | |
Didahului oleh | Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim |
Digantikan oleh | Mohd Hasbie Muda |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Shazni Munir bin Mohd Ithnin 14 Januari 1987 Segamat, Johor, Malaysia |
Meninggal dunia | 6 Ogos 2021 Tanah Perkuburan Islam Kampung Permatang Pasir, Bukit Pasir, Muar, Johor | (umur 34)
Cause of death | COVID-19 |
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Zarith Noor Abdul Kahar (k. 2012) |
Anak | 3 |
Tempat belajar | Universiti Malaya |
Pekerjaan | Ahli politik |
Shazni Munir Mohd Ithnin (14 Januari 1987 – 6 Ogos 2021) merupakan mantan Ketua Pemuda Pakatan Harapan dan AMANAH Nasional. Beliau juga merupakan mantan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Shazni Munir berasal dari Segamat, Johor. Beliau sebelumnya merupakan seorang mahasiswa tahap pertengahan Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains (Bioteknologi) di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau pernah menjadi Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) APIUM Nilam Puri, Kelantan bagi sesi 2006 dan 2007. Beliau juga merupakan pengasas bersama dan ahli majlis Sekretariat Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA). Beliau pernah memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).
Kematian
[sunting | sunting sumber]Ketika Malaysia dilanda wabak COVID-19, beliau telah meninggal dunia pada 6 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19 tahap kelima. Beliau meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.[1]
Nota kaki
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Ketua Pemuda PH meninggal dunia kerana Covid-19". Sinar Harian. 6 Ogos 2021. Dicapai pada 6 Ogos 2021.