Pergi ke kandungan

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia
ݢابوڠن مهاسيسوا إسلام سمليسيا
Kerangka
KependekanGAMIS
Jenis/bentuk sahPertubuhan bukan kerajaan Sunting ini di Wikidata
TujuanPertubuhan yang menggabungkan penuntut institusi pengajian tinggi di Malaysia
Keanggotaan Antarabangsa
Persatuan Mahasiswa Muslim ASEAN
Tempatan
Solidariti Mahasiswa Malaysia (2008-2016)
Sejarah
Ditubuhkan1989
Pengurusan
PresidenMuhammad Arif Hakimi Maludin
Timbalan PresidenMohd Izzuddin Aziz
Pengerusi SIGMANur Amirah Mohd Yahya
Presiden pertamaMohd Yusof Abdullah (1989)
GabunganGabungan asal (1989):
PMIUM
ISIUKM
PMI UTM
PMI USM
PMI UPM
PMFPI UKM
Lokasi
Ibu pejabatBandar Puteri Bangi, Selangor
Lokasi
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Jawi: ݢابوڠن مهاسيسوا إسلام سمليسيا) atau GAMIS merupakan sebuah pertubuhan Islam bukan kerajaan yang ditubuhkan oleh mahasiswa dari institusi pengajian tinggi di Malaysia. GAMIS ditubuhkan pada tahun 1989 oleh pemimpin mahasiswa dari persatuan-persatuan mahasiswa Islam di Malaysia.

Penubuhan

[sunting | sunting sumber]

GAMIS ditubuhkan pada tahun 1989 sempena dengan Pilihan raya umum Malaysia 1990. Gerakan ini pada awalnya diasaskan dengan nama Gagasan Mahasiswa Islam Se-Malaysia. GAMIS dipimpin buat pertama kalinya oleh Mohd Yusof Abdullah yang merupakan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM). Beliau dibantu oleh beberapa pimpinan mahasiswa yang lain, iaitu Sallehen Mukhyi yang merupakan Yang Dipertua Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM), Abdul Rahman Embong (Yang Dipertua PMI Universiti Teknologi Malaysia), Mohd Zaki Abdul Rashid (Yang Dipertua PMI Universiti Sains Malaysia), Khairuddin Talib (Yang Dipertua PMI Universiti Putra Malaysia) dan Wan Mazli Wan Dagang (Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia)[1].

Manifesto 1990

[sunting | sunting sumber]

Pada Oktober 1990, GAMIS telah melancarkan sebuah manifesto bertemakan Adil, Bebas, Makmur yang membawa slogan "Undi Untuk Perubahan" dan "Selamatkan Malaysia Dengan Mewujudkan Keadilan, Kebebasan dan Kebenaran".

Dalam mukadimah manifesto berkenaan, mereka menyatakan[2]

Usaha mewujudkan sebuah negara Malaysia yang Adil, Bebas dan Makmur berlandaskan prinsip-prinsip kebenaran adalah tanggungjawab seluruh rakyat. Mahasiswa juga tidak terpisah dari tanggungjawab ini. Di sini, kami yang mewakili mahasiswa Islam dari universiti-universiti tempatan mengemukakan gagasan negara Malaysia yang Adil, Bebas dan Makmur kepada parti-parti politik dan rakyat seluruhnya.

Senarai Presiden

[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai Presiden GAMIS sejak penubuhannyaː[3]

  1. 1989 - 1990: Mohd Yusof Abdullah (UM)
  2. 1990 - 1992: Tiada kepimpinan
  3. 1992 - 1993: Mohd Puad Abdul Wahab
  4. 1993 - 1994: Mohd Zuhdi Marzuki (UM)
  5. 1997 - 1998: Zaharuddin Abd Rahman (UM)
  6. 1998 - 1999: Borhanuddin Ahmad (UIAM)
  7. 1999 - 2000 : Mohd Huzairi Bin Husain (UM)
  8. 2000 - 2001: Kamarul Zaman Abdullah (USM)
  9. 2001 - 2002: Izwan Mohd Yusoff (UM)
  10. 2003 - 2004: Mohd Khoirol Anwar Mat Zuki (UM)
  11. 2004 - 2005: Muhd Ramadhan Fitri Ellias (UM)
  12. 2005 - 2006: Muhammad Hanif Baderun (UM)
  13. 2006 - 2007: Ahmad Tarmizi Che Din (UIAM)
  14. 2007 - 2009: Mohd Dzul Khairi Mohd Noor (UM)
  15. 2009 - 2010: Mohd Idris Mohd Yusoff (UKM)
  16. 2010 - 2011: Ahmad Syazwan Hassan (UM)
  17. 2011 - 2012: Akram Ikrami Dato' Taib Azamudden (KUIS)
  18. 2012 - 2014: Muhamad Azan Safar (UKM)
  19. 2014 - 2015: Abdul Malik Ab Razak (UIAM)
  20. 2015 - 2016: Mohd Imran bin Md Ishak (USIM)
  21. 2016 - 2017: Muhammad Afiq bin Awang Bakar (UIAM)
  22. 2017 - 2018: Muhammad Shukri bin Alimar Shidi (USIM)
  23. 2018 - 2019: Muhammad Faizzuddin bin Mohd Zai (UIAM)
  24. 2019 - 2020: Muhammad Ikhwan Nasyriq bin Salahin (UKM)
  25. 2020: Saifullah bin Baiduri (KUIS)
  26. 2020 - 2021: Mohd Zofrie Zulhilmie bin Ruslee (UKM)
  27. 2021 - 2022: Muhammad Arif Hakimi bin Maludin (USIM)
  28. 2022 - 2023: Muhammad Izzudin Bin Aziz (KUIS)
  29. 2023 - 2024: Wan Muhammad Arif Bin Wan Bazli Fariz (UM)

Isu-isu berkaitan

[sunting | sunting sumber]

Rayu mansuhkan AUKU 1971

[sunting | sunting sumber]

Pada 16 September 2011, Gamis menggesa kerajaan Malaysia meneliti semula dan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971.Ketua Penerangan Gamis, Mohd Yusof Hadhari menyatakan bahawa AUKU menghalang mahasiswa dan ahli akademik bersuara sebagaimana peruntukan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.Setiap warganegara Malaysia mempunyai hak kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan.Malangnya piawaian Hak Asasi Manusia PBB dibantutkan dengan pelbagai alasan.

  1. ^ Ahmad Fahmi Mokhtar (2017). Langkah Mahasiswa. PAMI Resources. m/s. 5.
  2. ^ "Undi Untuk Perubahan". Harakah. 19 Oktober 1990. m/s. 12. Dicapai pada 3 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ Ahmad Fahmi Mokhtar (2017). Langkah Mahasiswa. PAMI Resources. m/s. 6.