Pergi ke kandungan

Shaiful Hazizy Zainol Abidin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shaiful Hazizy Zainol Abidin
DIMP (Pahang)
صيفال هزيزي زاينول عابدين
Shaiful Hazizy pada 2023
Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah
Menyandang jawatan
2022
Ketua PerhubunganJamil Khir Baharom
Mahdzir Khalid
Pengarah Komunikasi Barisan Nasional Negeri Kedah
Menyandang jawatan
2022
Pengerusi / Penyelaras NegeriJamil Khir Baharom
Mahdzir Khalid
Maklumat peribadi
Lahir
Shaiful Hazizy bin Zainol Abidin

(1976-05-28) 28 Mei 1976 (umur 48)
Kuala Lumpur, Malaysia
Parti politikPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
(sejak 2002)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (BN)
(sejak 2002)
PasanganMurni Ali
PendidikanSK Seri Aman
SMK Agama Kedah
Tempat belajarUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (BA, MA)
PekerjaanAhli politik, Ahli perniagaan
Nama panggilanTok Pon

Dato' Shaiful Hazizy bin Zainol Abidin (Jawi: صيفال هزيزي بن زاينول عابدين; lahir 28 Mei 1976), lebih dikenali dengan nama samaran iaitu Tok Pon, merupakan ahli politik dan ahli perniagaan yang dilantik sebagai Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan Pengarah Komunikasi Barisan Nasional Negeri Kedah sejak 2022. Beliau juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Merbok terkini dan bekas Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah. Beliau kerap mengkritik Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor semasa pentadbirannya.

Kehidupan awal dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Shaiful Hazizy bin Zainol Abidin dilahirkan pada 28 Mei 1976 di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Seri Aman, Bedong, Kedah (1983–1988) dan SMK Agama Kedah, Alor Setar, Kedah (1989–1993). Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Kemanusiaan (Sains Politik) pada tahun 2001 dan Ijazah Sarjana Sains Kemanusiaan (Sains Politik) pada tahun 2003 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).[1][2]

Kerjaya awal

[sunting | sunting sumber]

Shaiful Hazizy memulakan kerjaya sebagai Pembantu Program di Institut Kajian Dasar pada tahun 1995. Pada 1996, beliau dilantik sebagai Pengurus Eksekutif di Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) manakala pada tahun 1997, beliau dilantik sebagai Pengurus Wilayah Utara di JPOKU. Pada tahun 2000, beliau dilantik sebagai Penolong Pengurus di Yayasan Gerakbakti Kebangsaan. Pada tahun 2001, beliau ditugaskan ke Institut Perkembangan Minda (INMIND) sebagai Eksekutif.

Pada tahun 2003, Shaiful Hazizy dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Setiausaha Politik di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah Datuk Hishammuddin Hussein. Pada tahun 2004 hingga 2012, beliau ditukarkan ke Kementerian Kewangan (MOF) sebagai Pegawai Khas kepada Setiausaha Politik. Pada masa yang sama, beliau menjadi Pengarah pada syarikat Papan Agrovalley Sdn Bhd pada tahun 2004 hingga 2012. Pada tahun 2006, beliau dilantik sebagai Pengarah di GIA Consult Sdn Bhd manakala pada tahun 2013, beliau dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif di SAMA Consultancy Sdn Bhd. Beliau masih pengarah dan pengerusi eksekutif di kedua-dua syarikat ini.[3][4]

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Shaiful Hazizy dipilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Merbok pada tahun 2008 hingga 2018. Beliau juga merupakan Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada tahun 2008 hingga 2011. Beliau dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah pada 2013 hingga 2018. Pada tahun 2018, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok. Beliau dilantik oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Besar Kedah pada tahun 2016 hingga 2018. Kini, beliau merupakan Ketua UMNO Bahagian Merbok.

Shaiful Hazizy telah dipilih oleh Barisan Nasional sebagai calon untuk bertanding di parlimen Merbok pada pilihan raya umum 2022.[5][6][7] Beliau tewas pada perlawanan 5 penjuru denagn majoriti 21,019 undi. Calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Nazri Abu Hassan berjaya merampas kerusi itu daripada penyandang kerusi berkenaan yang juga calon Pakatan Harapan (PH), Nor Azrina Surip.

Shaiful Hazizy bertanding pada pemilihan UMNO 2023, namun tidak dilantik untuk Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO kerana hanya berjaya meraih undi daripada 30 bahagian sahaja. Beliau diamanahkan untuk mengalas tugas sebagai Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Kedah dan Pengarah Komunikasi Barisan Nasional Negeri Kedah (BN Comms Kedah).[8]

Pada 2023, Shaiful Hazizy sekali lagi dicalonkan sebagai calon BN bagi DUN Tanjong Dawai pada pilihan raya negeri 2023.[9][10] Keputusan ini diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki pada 24 Julai 2023 di laman Facebooknya. Walau bagaimanapun, beliau sekali lagi tewas pada pilihan raya dengan calon PN–PAS, Hanif Ghazali. Perlawanan 2 penjuru ini menyaksikan Hanif berjaya meraih majoriti 22,405 undi.

Kontroversi dan isu

[sunting | sunting sumber]

Kritikan kepada MB Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor

[sunting | sunting sumber]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Shaiful Hazizy telah berkahwin dengan Murni Ali.

Anugerah di Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Parlimen Malaysia
Tahun Kawasan Calon Undi Per Lawan Undi Per Jumlah undi Majoriti Turun undi
2022 P014 Merbok Shaiful Hazizy Zainol Abidin (UMNO) 16,691 16.28% Mohd Nazri Abu Hassan (BERSATU) 52,573 51.27% 102,544 21,019 80.51%
Nor Azrina Surip (PKR) 31,554 30.77%
Mohd Mosin Abdul Razak (PEJUANG) 1,201 1.17%
Khairul Anuar Ahmad (WARISAN) 525 0.51%
Dewan Undangan Negeri Kedah
Tahun Kawasan Calon Undi Per Lawan Undi Per Jumlah undi Majoriti Turun undi
2023 N26 Tanjong Dawai Shaiful Hazizy Zainol Abidin (UMNO) 9,591 23.06% Hanif Ghazali (PAS) 31,996 76.94% 41,587 22,405 76.77%