Pergi ke kandungan

Seychelles

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Republik Seychelles
ريڤوبليک سيچيل‌س
Republic of Seychelles
République des Seychelles
Repiblik Sesel
Bendera Seychelles
Jata Seychelles
Bendera Jata
Cogan kata"Finis Coronat Opus"  (bahasa Latin)
"Hasil menghiasi kerja"
Lagu kebangsaanKoste Seselwa
Lokasi Seychelles
Ibu negara
dan bandar terbesar
Victoria
Bahasa rasmiBahasa Inggeris
Bahasa Perancis
Kreol Seisela
KerajaanRepublik
• Presiden
Wavel Ramkalawan
Ahmed Afif
Badan perundanganPerhimpunan Kebangsaan
Keluasan
• Jumlah
459 km2 (177 bt2) (ke-181)
• Perairan (%)
negligible
Populasi
• Perkiraan 2016
94,228[1] (ke-195)
205.3/km2 (531.7/sq mi) (ke-67)
KDNK (PPP)2018
• Jumlah
$2.919 bilion[2]
$30,486[2]
KDNK (nominal)2
•  Jumlah
$1.564 bilion[2]
Gini (2013)46.8[3]
tinggi
HDI (2018) 0.801[4]
sangat tinggi · ke-62
Mata wangRupee Seychelles
(SCR)
Zon waktuUTC+4 (SCT)
• Musim panas (DST)
UTC+4 (tidak diperhatikan)
Kod panggilan248
Kod ISO 3166SC
DPT internet.sc

Republik Seychelles (Sebutan bahasa Melayu: [/sej.ʃels/], bahasa Kreol: Repiblik Sesel) ialah sebuah negara kepulauan di tengah Lautan Hindi, sekitar 1,500 kilometer (800 batu nautika) sebelah timur daratan Afrika, dan sebelah timur laut Madagaskar. Negara dan wilayah tetangganya ialah Mauritius dan Réunion di sebelah selatan, Comoros dan Mayotte. di barat daya, dan Kepulauan Maldives di timur laut.

Kepulauan ini dinamakan para peneroka Perancis sempena Jean Moreau de Séchelles, seorang negarawan yang berkhidmat sebagai Menteri Kewangan Raja Louis XV.[5]

Zaman penerokaan

[sunting | sunting sumber]

Pulau ini langsung tidak pernah dihuni mana-mana manusia sehinggalah abad ke-16, apabila sebuah armada Portugis diketuai Vasco da Gama menemui Pulau Silhouette dan Pulau Desroches pada 15 dan 16 Mac 1503, sepertimana yang dicatat Thomé Lopes.

Zaman moden

[sunting | sunting sumber]

Negara ini dimerdekakan sebagai suatu republik pada tahun 1976, ia turut menyertai Alam Komanwel pada tahun sama.[6]

Suatu rampasan kuasa diketuai France Albert René menggulingkan pemerintahan presiden pertama James Mancham pada tahun 1977.[7] Perlembagaan yang digubal rejimnya menjadikan ia suatu negara ekaparti sehingga 1991.

Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Daerah pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Seychelles terbahagi menjadi 23 daerah:

Seychelles ialah sebuah negara kepulauan yang terletak di Laut Somali, di timur laut Madagascar dan kira-kira 835 bt (1,344 km) dari Mogadishu, ibu negara Somalia.[8] Dalam perlembagaan negara, Seychelles memiliki 155 buah pulau bernama,[9] tetapi kebanyakannya tak berpenghuni serta dijadikan rizab alam. Keluasan tanah negara ialah 452 km2 (175 bt2), dengan zon ekonomi ekslusif seluas 1,336,559 km2 (516,048 bt2). Kira-kira 90 peratus penduduk (kira-kira 90 ribu orang) menetap Mahé, 9 peratus lagi di Praslin dan La Digue. Mahé merangkumi kira-kira sepertiga keluasan tanah negara, dan sepertiga lagi dirangkumi pulau Aldabra.[10]

Iklim Seychelles adalah sederhana tetapi agak lembap disebabkan oleh saiz pulau yang kecil,[11] dan dikelaskan sebagai iklim hutan hujan tropika (Af). Suhu persekitaran berjulat sedikit sahaja sepanjang tahun. Suhu persekitaran Mahé boleh daripada 24 hingga 30 °C (75 hingga 86 °F), dan taburan hujan adalah 2,900 mm (114 in) secara tahunan di Victoria ke 3,600 mm (142 in) di kaki gunung. Taburan hujan di pulau-pulau lain adalah sedikit lebih rendah.[12]

Ekonomi Seychelles secara utamanya berdasarkan perikanan, pelancongan, pemprosesan hasil pertanian, binaan kapal, perabot dan minuman.[13][14] Hasil-hasil pertanian negara termasul kayu manis, keledek, ubi kayu, pisang, ternakan poltri dan tuna.[13][14]

  1. ^ "World Population Prospects: The 2017 Revision". ESA.UN.org (data tersuai diperlukan melalui tapak sesawang). Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bahagian Populasi. Dicapai pada 10 September 2017.
  2. ^ a b c "Seychelles". Tabung Kewangan Antarabangsa. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Oktober 2017. Dicapai pada 8 Jun 2017.
  3. ^ "GINI index". World Bank. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Januari 2018. Dicapai pada 20 Januari 2018.
  4. ^ "2019 Human Development Report" (PDF). United Nations Development Programme. 2019. Dicapai pada 9 Disember 2019.
  5. ^ "Our History". National Assembly of Seychelles. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Jun 2012. Dicapai pada 12 Mei 2012.
  6. ^ "History of Seychelles". seychelles.com. 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Jun 2010. Dicapai pada 9 September 2010.
  7. ^ Joanna Symons (21 March 2005). "Seychelles: Life's a breeze near the equator" Diarkibkan 4 Mei 2018 di Wayback Machine. Telegraph.co.uk.
  8. ^ Werema, Gilbert. "Safeguarding Tourism and Tuna: Seychelles’ Fight against the Somali Piracy Problem." (2012).
  9. ^ "Constitution of Seychelles". seylii.org.
  10. ^ "Geography of Seychelles - Archive - Seychelles Nation". www.nation.sc. Dicapai pada 2020-05-26.
  11. ^ "Background Note: Seychelles". state.gov. U.S. Department of State. Dicapai pada 25 Mei 2010.
  12. ^ "Climate". STGT.com. Stuttgart Information. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mac 2012. Dicapai pada 23 Mac 2012.
  13. ^ a b "Report for Selected Countries and Subjects". Dicapai pada 11 Jun 2015.
  14. ^ a b "The World Factbook". Dicapai pada 11 Jun 2015.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]