Bendera Seychelles
Bendera Seychelles terdiri daripada lima warna berbeza yang memancar kembang dari satu hujung ke satu hujung yang lain.[1][2]
Rekaan bendera ini mula digunapakai sebagai rekaan bendera rasmi ketiga negara tersebut sejak ia merdeka dari Britain[3] pada 8 Januari 1996.[4]
Reka bentuk
[sunting | sunting sumber]Perlembangan
[sunting | sunting sumber]Setiap warna mempunyai maksud yang tersendiri:[1][5]
- warna biru melambangkan langit dan laut yang mengelilingi kepulauan Seychelles,
- warna kuning melambangkan matahari yang memberi cahaya dan roh,
- warna merah melambangkan rakyat yang sanggup bekerjasana menuju masa hadapan,
- warna putih melambangkan harmoni dan keadilan dalam masyarakat,
- warna hijau melambangkan tanah dan alam sekitar.
Kelima-lima jalur ini memancar dari hujung kiri bawah ke hujung kanan atas melambangkan keberadaan sebuah negara yang bergerak dinamis menuju masa hadapan.
Bendera lama yang pernah dipakai
[sunting | sunting sumber]Terdapat seberapa bendera terdahulu yang digunapakai sepanjang sejarah negara ini sebelum rekaan bendera terkini rasmi digunapakai pada hari ini:[3]
Rekaan pertama, 1976-1977
[sunting | sunting sumber]Rekaan pertama bendera diperkenalkan sebaik sahaja kepulauan Seychelles merdeka pada 29 Jun 1976 - ia terdiri daripada sepasang segi tiga bairu menegak dan sepasang segi tiga merah mebdatar yang saling bermuatan.[5]
Rekaan kedua, 1977-1996
[sunting | sunting sumber]Setelah pemerintahan presiden James Mancham digulingkan dalam suatu rampasan kuasa pimpinan France-Albert René, suatu bendera baru diperkenalkan berdasarkan parti Seychelles People's United Party pimpinan René.
Setelah parti SPUP kalah majoriti dalam pilihan raya tahun 1995, parti-parti lain mula menuntut agar suatu bendera baru diusulkan agar tidak memihak mana-mana parti politik lalu mendapat persetujuan parlimen sana.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b New National Symbols of the Republic of Seychelles - Republic of Seychelles Ministry of Foreign Affairs
- ^ Lyn Mair; Lynnath Beckley (2012). Seychelles. Bradt Travel Guides. m/s. 23. ISBN 978-1-84162-406-8.
- ^ a b "Seychelles flag". World Flags. Dicapai pada 15 September 2014.
- ^ DK Publishing (2009). Complete Flags of the World. DK Publishing. m/s. 105. ISBN 978-0-7566-5486-3.
- ^ a b c Smith, Whitney. "flag of Seychelles". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 15 September 2014.