Serangan Teluk Babi
Penampilan
Serangan Teluk Babi | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Dingin | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Angkatan Tentera Revolusi Cuba | Orang buangan Cuba yang dilatih Amerika Syarikat | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Fidel Castro José Ramón Fernández Che Guevara Francisco Ciutat de Miguel |
John F. Kennedy Grayston Lynch Pepe San Roman Erneido Oliva | ||||||
Kekuatan | |||||||
15,000 |
1,511 orang Cuba dalam buangan 2 ejen CIA | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
176 terbunuh[1] (tentera biasa) 4,000- 5,000 terbunuh, hilang atau cedera (militia)[2][3] |
115 terbunuh 1,189 ditawan |
Serangan Teluk Babi 1961 adalah cubaan pencerobohan yang gagal oleh warga bersenjata Cuba dalam buangan yang dirancang dan dibiayai oleh Amerika Syarikat. Cubaan ini dilakukan dalam usaha menggulingkan kerajaan Fidel Castro, dan ia berlaku tidak lama selepas John F. Kennedy menjadi Presiden Amerika Syarikat. Tindakan ini disusuli dengan hubungan dingin Cuba-Amerika Syarikat yang diburukkan lagi dengan Krisis Peluru Berpandu Cuba pada tahun berikutnya.
Pencerobohan ini dinamakan sempena Teluk Babi, tempat di mana pendaratan berlaku. Di Cuba ia dikenali sebagai Invasión de Bahía de Cochinos atau Playa Girón.