Krisis Suez
Krisis Suez Serangan Tiga Pihak Perang Sinai (Konflik Arab-Israel) | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
United Kingdom Perancis Israel | Mesir | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Anthony Eden Charles Keightley Pierre Barjot Moshe Dayan |
Gamal Abdel Nasser Abdel Hakim Amer | ||||||
Kekuatan | |||||||
45,000 British 34,000 Perancis 175,000 Israel | 70,000 | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
56 British (mati) 91 British (cedera) 10 Perancis (mati) 43 Perancis (cedera) 197 Israel (mati) |
1,650 (mati) [1] 4,900 (cedera) 6,185 (ditawan) |
Krisis Suez, yang juga dikenali sebagai Serangan Tiga Pihak,[1] (Arab: أزمة السويس - العدوان الثلاثي ; Perancis: Crise du canal de Suez ; Ibrani: מבצע קדש Kempen Kadesh, atau מלחמת סיני Perang Sinai) adalah satu serangan ketenteraan ke atas Mesir oleh Britain, Perancis, dan Israel yang bermula pada 29 Oktober 1956.[2][3] Serangan dilakukan berikutan keputusan Mesir pada 26 Julai 1956 untuk memilik-negarakan Terusan Suez selepas penarikan balik tawaran oleh Britain dan Amerika Syarikat bagi membiayai pembinaan Empangan Aswan.[4]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Terusan Suez telah dibuka pada tahun 1869. Pembinaannya telah dibiayai oleh kerajaan Perancis dan Mesir.[5] Secara teknikal, kawasan terusan terletak di dalam wilayah berdaulat Mesir, dan syarikat pengurusannya iaitu Universal Company of the Suez Maritime Canal (Syarikat Terusan Suez) adalah sebuah syarikat berkanun , yang pada asalnya adalah sebahagian Empayar Uthmaniyyah.
Terusan ini mempunyai kepentingan strategik kepada Britain, dan juga kepada kuasa-kuasa Eropah yang lain. Bagi Britain, terusan ini merupakan jaringan laut dengan tanah jajahannya di India, Timur Jauh, Australia dan New Zealand. Disebabkan kepentingan strategik terusan ini, begitu juga keadaan kawasan di sekitarnya. Oleh itu, pada tahun 1875, kerajaan Benjamin Disraeli Britain telah membeli saham milik Mesir dalam syarikat pengurusan, memperolehi sebahagian kawalan terhadap operasi terusan dan mengongsinya dengan pelabur persendirian Perancis. Pada 1882, semasa serangan dan pendudukan ke atas Mesir, United Kingdom secara de facto telah mengawal harta benda, kewangan dan operasi terusaan.
Konvesyen Constantinople (1888) telah mengistiharkan terusan ini sebagai zon berkecuali di bawah perlindungan Britain.[6] Bagi mengesahkannya, Empayar Uthmaniyyah telah bersetuju untuk membenarkan syarikat perkapalan antarabangsa bebas melalui terusan ini, pada masa perang dan aman.[7]
Terusan Suez telah membuktikan kepentingan strategiknya semasa Perang Jepun-Rusia apabila Jepun membuat persetujuan dengan Britain. Jepun telah melancarkan serangan mengejut ke atas Armada Pasifik Rusia yang berpangkalan di Pelabuhan Arthur. Apabila Rusia menghantar pasukan tambahan dari Baltik, Britain tidak membenarkan Rusia untuk menggunakan terusan ini. Ini memaksa armada Rusia mengelilingi benua Afrika, dan telah memberi masa kepada tentera Jepun untuk berkumpul semula dan memperkukuhkan kedudukan mereka di kawasan ini.
Kedudukan strategik terusan ini juga sangat ketara dalam kedua-dua perang dunia. Semasa Perang Dunia I, Britain dan Perancis telah menutup terusan ini kepada kapal-kapal dari bukan negara Bersekutu, dan dalam Perang Dunia II, terusan ini telah dipertahankan secara habis-habisan dalam Kempen Afrika Utara.
Pada 1948, pemerintahan Britain di Palestin telah tamat, angkatan tentera Britain berundur dari Palestin dan Israel telah mengistiharkan kemerdekaan di kawasan yang dibahagikan oleh UNSCOP (Jawatankuasa Khas PBB ke atas Palestin) untuk negara Yahudi. Liga Arab telah mengistiharkan penolakan mereka dan enggan untuk mematuhi resolusi PBB terhadap penyelesaian dua negara berasingan, dan menyokong penyelesaian satu negara yang diketui oleh majoriti Arab, yang merangkumi kawasan Yahudi dan Arab. Ini telah membawa kepada Perang Arab-Israel 1948 yang mana Israel telah berjaya mengalahkan negara-negara Arab, termasuk Mesir. Kegagalan rundingan damai selepas perang, bercampur dengan pertikaian sempadan di antara Israel dengan jirannya pada tahun-tahun berikutnya, telah membantu memupuk kebencian Arab-Israel.
Lihat Sejarah Israel, Sejarah Mesir.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Krisis Suez juga dikenali sebagai Perang Suez atau Perang 1956, biasanya dikenali di dunia Arab sebagai Serangan Tiga Pihak; nama-nama lain termasuk Perang Sinai, Perang Suez-Sinai, Perang Arab-Israeli 1956, Perang Arab-Israel Kedua, Kempen Suez, Kempen Sinai, Operasi Kadesh dan Operasi Musketeer
- ^ Damien Cash "Krisis Suez" The Oxford Companion to Australian History. Ed. Graeme Davison, John Hirst and Stuart Macintyre. Oxford University Press, 2001.
- ^ Roger Owen "Suez Crisis" The Oxford Companion to the Politics of the World, Second edition. Joel Krieger, ed. Oxford University Press Inc. 2001.
- ^ "Krisis Suez" The Concise Oxford Dictionary of Politics. Ed. Iain McLean and Alistair McMillan. Oxford University Press, 2003.
- ^ Suez 1956: Perang Minyak Pertama. Turner, Barry. m/s.21-4
- ^ "Suez Canal". Egyptian State Information Service. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-11. Dicapai pada 2021-09-30. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Unknown parameter|accessmonthday=
ignored (bantuan) - ^ Howard M. Sachar. A History of Israel from the Rise of Zionism to Our Time. Published by Alfred A. Knopf (New York). 1976. ISBN 0-394-28564-5.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Krisis Suez |
- Israel's Second War of Independence, essay in Azure magazine.
- Sinai Campaign 1956
- July 2006, BBC, Suez 50 years on
- July 2006, The Economist, An affair to remember
- Suez and the high tide of Arab nationalism International Socialism 112 (2006)
- Detailed report on the Suez campaign by Ground Forces Chief of Staff General Beaufre, French Defense Ministry archive Diarkibkan 2006-11-25 di Wayback Machine (French)
- Bodleian Library Suez Crisis Fiftieth anniversary exhibiiton
- Royal Engineers Museum Diarkibkan 2008-06-16 di Wayback Machine - Royal Engineers and Suez 1956