Pergi ke kandungan

Sepuluh Rukun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kertas kulit dari tahun 1768 (612x502 mm) oleh Jekuthiel Sofer ini contoh Dekalog 1675 di sinagog Amsterdam Esnoga.[1]

Sepuluh Rukun, atau Dekalog, merupakan satu senarai perintah agama, yang menurut tradisi Bible, disampaikan oleh Tuhan kepada Musa di Gunung Sinai dalam bentuk dua loh batu. Kandungannya diamalkan oleh Yahudi dan Kristian.

Frasa "Sepuluh Rukun" secara umumnya merujuk kepada perenggan yang sama dalam Keluaran 20:2-17 dan Ulangan 5:6 – 21, tetapi digunakan oleh seseorang untuk merujuk sesuatu yang dipanggil "Upacara Dekalog" daripada Keluaran 34. Rencana ini adalah berkaitan yang pertama itu.

Teks Sepuluh Rukun

[sunting | sunting sumber]
Sebahagian dari turutan pada
Alkitab
Kanun Alkitab dan Senarai Kitab
Tanakh: Taurat · Nevi'im · Ketuvim
Perjanjian Lama · Perjanjian Baru ·
Injil Ibrani
Deuterokanunika · Antilegomena
Adegan & ayat
Apokrifa: Yahudi · OT · PB
Pembangunan dan Penulisan
Qanun Yahudi
Perjanjian Lama
Perjanjian Baru
Penulisan Mosaik
Surat Pauline
Karya Johannine
Surat Petrine
Terjemahan dan Manuskrip
Septuaginta · Pentateukh Samaria
Skrol Laut Mati  · Teks Masoretik
Alkitab Targum · Alkitab Peshitta
Vetus Latina · Alkitab Vulgate
Alkitab Gothik · Alkitab Luther
Alkitab Inggeris
Kajian Alkitab
Menarikhkan Alkitab
Kritikan Alkitab
Kritikan lebih tinggi
Kritikan tekstual
Kritikan Qanun
Novum Testamentum Graece
Dokumentari Hipotesis
Masalah sinoptik
kategori tekstual PB
Kesejarahan (Tokoh)
Ketekalan bahagian dalam
Arkeologi · Artifak
Sains dan Alkitab
Terjemahan
Hermeneutik · Pesher
Midrash · Pardes
Kiasan · Keharfiahan
Ramalan
Pandangan
Ketidakselewengan · Ketidakguguran · Kritikan
Islam · Al-Quran · Gnostik
Agama Yahudi dan agama Kristian
Undang-undang Alkitab dalam agama Yahudi
Hukum Alkitab dalam agama Kristian


Senarai berikut ialah Sepuluh Rukun seperti yang diberikan dalam ayat-ayat dalam dua buah kitab Bible, Keluaran 20:2-17 dan Ulangan 5:6 – 21. Ayat-ayat ini diberikan dalam bahasa Inggeris di bawah, menggunakan terjemahan dan format Versi Piawai Diulang kaji Baru. Pebagai agama dan kumpulan denominasi megumpulkan rukun secara berlainan; lihat bahagian Pecahan rukun untuk keterengan yang lebih rinci.

Sepuluh Rukun
Keluaran 20:2-17 Ulangan 5:6 – 21
2Aku adalah TUHAN Tuhan kamu, yang membawa kamu keluar dari tanah Mesir, keluar dari belenggu perhambaan; 3kamu harus tidak memiliki tuhan lain selain aku. 4Kamu harus tidak membuat untuk dirimu sebarang gambaran, sama ada dalam bentuk di langit ataupun di bumi. 5Kamu tidak harus tunduk kepada mereka ataupun menyembah mereka; kerana akulah Tuhan kamu yang cemburu, yang menghukum anak-anak yang ibu bapanya zalim, juga kepada keturunan ketiga dan keempat bagi mereka yang menolak aku, 6tetapi akan memberikan kasih yang teguh kepada keturunan yang keseribu pun bagi mereka yang mengasihi aku dan menjaga rukunku. 7Kamu tidak harus menyalahgunakan nama Tuhan kamu, kerana Tuhan tidak akan melepaskan sesiapa yang menyalahgunakan namanya. 8Ingatilah hari Sabat, dan jagalah kesuciannya. 9Enam hari kamu patut bekerja dan lakukanlah semua kerja kamu. 10Tetapi hari ketujuh adalah hari sabat adalah saat kepada Tuhan kamu; kamu harus tidak melakukan sebarang kerja-kamu, anak lelaki atau perempuan kamu, binatang ternakan kamu, atau penduduk asing di bandar kamu. 11Kerana dalam enam hari Tuhan menciptakan langit dan bumi, laut dan segala apa yang ada di dalamnya, tetapi berehat pada hari ketujuh; maka Tuhan merestui hari sabat dan memuliakannya.

12Muliakanlah bapa kamu dan ibu kamu, agar hari-hari kamu berpanjangan di tanah yang Tuhan kamu kurniakan kepada kamu. 13Kamu tidak harus membunuh. Kamu tidak harus melakukan perzinaan. Kamu tidak harus mencuri. Kamu tidak boleh menjadi saksi palsu terhadap jiran kamu. 14Kamu tidak harus mendambakan rumah jiran kamu; kamu tidak harus mendambakan isteri jiran kamu, atau hamba lelaki atau perempuan, atau lembu, atau keldai, atau segalanya yang dimiliki jiran kamu.

6Aku adalah TUHAN Tuhan kamu, yang membawa kamu keluar dari tanah Mesir, keluar dari belenggu perhambaan; 7kamu tidak harus mempunyai tuhan selain aku. 8Kamu tidak harus menjadikan untuk diri kamu pujaan, sama ada dalam bentuk sebarang di langit, ataupun di bumi, ataupun yang berada di dalam air di bawah bumi. 9Kamu tidak harus tunduk atau menyembah mereka; kerana aku adalah Tuhan yang cemburu, yang menghukum anak-anak di atas kezaliman ibu bapa, juga kepada keturunan ketiga dan keempat bagi mereka yang menolak aku, 10tetapi memberikan kasih yang kukuh kepada keturunan keseribu bagi mereka yang mengasihi dan menjaga rukunku. 11Kamu tidak harus menyalahgunakan nama Tuhan kamu, kerana Tuhan tidak akan melepaskan sesiapa yang menyalahgunakan namanya. 12Perhatikan hari sabat dan jagalah kesuciannya, seperti yang Tuhanmu perintahkan. 13Bagi enam hari kamu harus bekerja dan lakukanlah semua kerja kamu. 14Tetapi hari ketujuh adalah sabat kepada Tuhan kamu; kamu tidak boleh lakukan sebarang kerja-kamu, atau anak lelaki atau perempuan kamu, atau hamba lelaki atau perempuan kamu, atau sebarang binatang ternakan kamu, atau penduduk asing di bandar kamu, supaya hamba lelaki dan perempuan kamu boleh berehat seperti kamu. 15Ingatlah ketika kamu menjadi hamba di tanah Mesir, dan Tuhan kamu membawa kamu keluar dari situ dengan kekuatannya dan kekuasaanya; maka Tuhan kamu memerintahkan untuk kamu menjaa hari sabat.

16Muliakanlah bapa dan ibu kamu, seperti yang Tuhan kamu perintahkan, agar hari-hari kamu berpanjangan dan baik di tanah yang Tuhan kamu kurniakan kepada kamu. 17Kamu tidak harus melakukan pembunuhan. Juga tidak harus melakukan perzinaan. Juga tidak harus mencuri. Juga tidak harus menjadi saksi palsu terhadap jiran kamu. 18Juga tidak harus mendambakan isteri jiran kamu. Juga tidak menginginkan rumah jiran kamu, atau padang, atau hamba lelaki atau perempuan, atau lembu, atau keldai, atau sebarang benda milik jiran kamu.

Pecahan rukun

[sunting | sunting sumber]

Perenggan rukun dalam Keluaran mengandungi lebih daripada sepuluh pernyataan, menjadkan 14 atau 15 kesemuanya. Walau bagaimanapun, Bible sendiri menyatakannya "10", menggunakan frasa Ibrani ʻaseret had'varim—iaitu 10 kata-kata, pernyataan atau perkara.[2] Pelbagai agama membahagi rukun tersebut dengan cara yang berbeza. Jadual tersebut adalah perbezannya.

Pecahan Sepuluh Rukun mengikut agama/mazhab
Rukun Yahudi Ortodoks Katolik / Lutheran* Protestan (kecuali Lutheran)
Aku adalah Tuhan kamu 1 1 1 -
Kamu tidak harus mempunyai tuhan lain selain aku 2 1
Kamu tidak harus membuat untuk diri kamu pujaan 2 2
Kamu tidak harus menyalahgunakan nama Tuhan kamu 3 3 2 3
Ingatilah Sabat dan jagalah kesuciannya 4 4 3 4
Muliakan ibu bapa kamu 5 5 4 5
Kamu tidak harus membunuh 6 6 5 6
Kamu tidak harus melakukan perzinaan 7 7 6 7
Kamu tidak harus mencuri 8 8 7 8
Kamu tidak harus menjadi saksi palsu 9 9 8 9
Kamu tidak harus mendambakan isteri jiran kamu 10 10 9 10
Kamu tidak harus mendambakan rumah jiran kamu 10

Pemahaman Islam

[sunting | sunting sumber]

Dalam Islam Nabi Musa adalah salah seorang nabi Allah. Walau bagaimanapun, Islam turut mengajarkan bahawa kandungan teks yang terdapat dalam Taurat dan Injil telah dicemari disebabkan kecuaian dan kepentingan. Di sebalik pencemaran itu, pesanan daripada Taurat dan Injil masih terdapat dalam Quran dalam bentuk yang hampir serupa. Walaupun Sepuluh Rukun tidak disebut di dalam al-Quran, tetapi kandungannya terdapat di dalam ayat Quran (Rukun mengikut turutan):

  1. "...sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah."(47:19)
  2. "Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Mekah ini negeri yang aman dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala." (14:35)
  3. "Dan janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertakwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia." (2:224)
  4. "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu)..." (62:9)
    Sabat dihapuskan dengan penurunan Quran. Orang Islam diberitahu di dalam al-Quran bahawa Sabat (Sabtu) hanya diperintahkan bagi kaum Yahudi. (16:124) Tuhan, walau bagaimanapun, memerintahkan orang Islam untuk bersegera dan meninggalkan urusan untuk menghadiri ibadah sembahyan Jumaat. Mereka boleh meneruskan urusan kemudian pada hari tersebut.
  5. "....hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia." (17:23)
  6. "....sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya." (5:32)
  7. "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat." (17:32)
  8. "Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. " (5:38)
  9. "...janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan" (2:283)
  10. "Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal." (20:131)

Juga boleh diperhatikan dalam surah ke-17, "Al-Israa" ("Perjalanan Malam"), ayat 22-37, Quran memberikan satu set ketetapan moral bahawa "antara ajaran yang bijaksana, yang Tuhanmu telah berikan kepada kamu" boleh dikategorikan dalam sepuluh bilangan. Hendaklah diingat ayat ini tidak dianggap oleh sarjana Islam sebagai bahagian lain daripada ajaran akhlak dalam al-Quran, mahupun sebagai ganti kepada yang lain.

  1. Sembah hanya satu Tuhan: Janganlah engkau adakan tuhan yang lain bersama Allah (dalam ibadatmu), kerana akibatnya engkau akan tinggal dalam keadaan tercela dan kecewa dari mendapat pertolongan.. (17:22)
  2. Berbaiklah, hormati dan merendah diri kepada ibu bapa: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (17:23) Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (17:24)
  3. Janganlah kedekut atau membazir dalam perbelanjaan: Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. (17:26) Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. (17:27) Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka, kerana menunggu rezeki dari Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati. (17:28) Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan. (17:29)
  4. Jangan terlibat dalam 'pembunuhan' kerana takut kebuluran: Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar. (17:31)
  5. Jangan lakukan perzinaan: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). (17:32)
  6. Jangan membunuh sesuka hati: Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah dia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya dia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak). (17:33)
  7. Prihatin terhadap anak-anak yatim: Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga dia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri)...(17:34)
  8. Mengotakan janji: ...dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya. (17:34)
  9. Berlaku jujur dan adil dalam perhubungan: Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak). (17:35)
  10. Janganlah bongkak: Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. (17:36) Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang. (17:37)
  1. ^ Bibliotheca Rosenthaliana, Amsterdam
  2. ^ Exodus 34:28Template:Bibleverse with invalid book, Deuteronomy 4:13Template:Bibleverse with invalid book, Deuteronomy 10:4Template:Bibleverse with invalid book

Bacaan lanjutan

[sunting | sunting sumber]
  • Aaron, David H (2006). Etched in Stone: The Emergence of the Decalogue. Continuum. ISBN 0-567-02791-0.
  • Abdrushin (2009). The Ten Commandments of God and the Lord's Prayer. Grail Foundation Press. ISBN 1-57461-004-X. http://the10com.org/index.html
  • Barenboim, Peter (2005), Biblical Roots of Separation of Powers, Moscow: Letny Sad, ISBN 5-94381-123-0.
  • Freedman, David Noel (2000). The Nine Commandments. Uncovering a Hidden Pattern of Crime and Punishment in the Hebrew Bible. Doubleday. ISBN 0-385-49986-8.
  • Friedman, Richard Elliott (1987). Who Wrote the Bible?. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall. ISBN 0-671-63161-6.
  • Hazony, David (2010). The Ten Commandments: How Our Most Ancient Moral Text Can Renew Modern Life. New York: Scribner. ISBN 1-4165-6235-4.
  • Kaufmann, Yehezkel (1960). The Religion of Israel, From Its Beginnings To the Babylonian Exile. trans. Moshe Greenberg. Chicago: University of Chicago Press.
  • Kuntz, Paul Grimley (2004). The Ten Commandments in History: Mosaic Paradigms for a Well-Ordered Society. Wm B Eerdmans Publishing, Emory University Studies in Law and Religion. ISBN 0-8028-2660-1.
  • Mendenhall, George E (2001). Ancient Israel's Faith and History: An Introduction To the Bible In Context. Louisville: Westminster John Knox Press. ISBN 0-664-22313-3.
  • Mendenhall, George E (1973). The Tenth Generation: The Origins of the Biblical Tradition. Baltimore: Johns Hopkins University Press. ISBN 0-8018-1267-4.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]