Senarai anugerah dan pencalonan yang diterima oleh Siti Nordiana
Berikut ialah senarai anugerah dan pencalonan yang diterima oleh penyanyi wanita Malaysia, Siti Nordiana sepanjang kerjayanya.
Muzik
[sunting | sunting sumber]Anugerah ERA
[sunting | sunting sumber]Pertama kali dianjurkan pada tahun 2001, Anugerah Era merupakan majlis anugerah yang diadakan oleh stesen radio Era[1] setiap tahun dari 2001 sehingga 2007. Anugerah ini tidak diadakan bagi tahun 2008 dan 2009. Artis telah diundi melalui SMS, panggilan telefon, dan juga melalui borang dalam talian dan manual, yang boleh difaks atau dihantar kepada ibu pejabat mereka.[2] Untuk anugerah ini, penyertaan Siti Nordiana hanya terhad kepada satu kategori untuk edisi penganjuran sulung anugerah ini.
Tahun | Anugerah | Penerima/Karya tercalon | Kategori | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2001 | Anugerah Era 2001 | "Bakawali" duet bersama Syura |
Lagu Etnik/Global Pilihan Terbaik | Tercalon | [1] |
Anugerah Industri Muzik
[sunting | sunting sumber]Anugerah Industri Muzik (AIM) merupakan acara tahunan yang setara dengan Anugerah Grammy yang mengiktiraf artis Malaysia.[3] Untuk anugerah ini, penyertaan beliau juga terhad kepada satu kategori untuk penganjuran AIM edisi ke-9.
Tahun | Anugerah | Penerima/Karya tercalon | Kategori | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2002 | Anugerah Industri Muzik ke-9 | Firus duet bersama Syura |
Album Pop Etnik Terbaik | Tercalon | |
2022 | Anugerah Industri Muzik ke-23 | Firus duet bersama Bunga Isme |
Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik | Tercalon |
Anugerah Juara Lagu
[sunting | sunting sumber]Anugerah Juara Lagu (AJL) merupakan acara tahunan yang mengiktiraf komposisi muzik lagu yang berdasarkan kerjasama tiga pihak - penulis lirik, penggubah lagu dan penyanyi. Program mingguannya akan mengumpulkan perseorangan dan lagu-lagu pencalonan daripada pelbagai artis yang mana mereka akan bersaing sehingga lagu-lagu mereka akan dimasukkan sebagai finalis sebelum akhirnya dicalonkan untuk dinilai oleh juri profesional.
Tahun | Anugerah | Penerima/Karya tercalon | Kategori | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2019 | Anugerah Juara Lagu ke-33 | "Nisan Cinta" duet bersama Jaclyn Victor |
Terbuka | Tercalon | |
2022 | Anugerah Juara Lagu ke-36 | "Angkara" | Terbuka | Tercalon |
ERA Digital Muzik Awards
[sunting | sunting sumber]Pertama kali dianjurkan pada 2017, ERA Digital Muzik Awards mengiktiraf bakat artis tempatan yang menggunakan media sosial dan platform digital untuk melangkah lebih jauh dan mengembangkan bakat mereka dalam industri hiburan tanah air.[4] EDMA telah diiktiraf sebagai anugerah Malaysia pertama yang menggunakan platform digital sepenuhnya.[5] Untuk edisi ketiga anugerah ini, penyertaan beliau juga terhad kepada satu kategori.
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|
2018 | ERA Digital Muzik Awards | Temubual Terbaik Carta ERA 40 | Tercalon |
Mentor
[sunting | sunting sumber]Mentor ialah pertandingan nyanyian oleh TV3 yang mana artis yang berjaya akan mengambil salah satu anak didik masing-masing untuk mengajar dan melatih mereka untuk menjadi penyanyi yang lebih baik. Siti Nordiana membimbing anak didiknya, Zaaim Abdullah sehingga berjaya dinobatkan juara.
Tahun | Penerima/Karya tercalon | Anugerah | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|
2018 | Mentor (Musim Ketujuh) | Menang | [6] |
Populariti dan komersial
[sunting | sunting sumber]Anugerah Bintang Popular Berita Harian
[sunting | sunting sumber]Acara tahunan yang telah dilancarkan pada tahun 1987 yang dikenali sebagai Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) merupakan majlis anugerah yang mengiktiraf artis paling popular pada tahun.[7] Anugerah ini ialah satu majlis tahunan yang dianjurkan oleh akhbar Berita Harian dengan keputusan yang berasaskan kepada undi yang dibuat oleh pembaca. Bagi anugerah ini, Siti Nordiana memenangi Penyanyi Wanita Popular sebanyak tiga kali dan Artis Versatil Popular sebanyak dua kali.
Tahun | Anugerah | Penerima/Karya tercalon | Kategori | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2003 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-17 | Penyanyi Duo/Kumpulan Popular | Dirinya sendiri (bersama Achik Spin) | Tercalon | |
2016 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 | Artis Youtube Popular | Dirinya sendiri | Menang | |
2017 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 | Penyanyi Wanita Popular | Menang | ||
Gandingan Serasi Drama | Dirinya sendiri (bersama Alif Satar) | Tercalon | |||
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 | Penyanyi Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon | [8] |
Pengacara TV Popular | Tercalon | ||||
Artis Versatil Popular | Tercalon | ||||
Kolaborasi Grup/Duo Popular | Dirinya sendiri (bersama Jaclyn Victor) | Tercalon | |||
2019 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 | Penyanyi Wanita Popular | Dirinya sendiri | Menang | [9][10] |
Pelakon TV Wanita Popular | Tercalon | ||||
Pengacara TV Popular | Menang | ||||
Artis Versatil Popular | Tercalon | ||||
Artis Kolabrasi/Duo/Berkumpulan Popular | Dirinya sendiri (bersama Alif Satar) | Tercalon | |||
Lagu Paling 'Boom' | "Hatiku Milikmu" | Tercalon | |||
2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular | Dirinya sendiri (bersama Khai Bahar) | Menang | [11][12] |
FC #FANtastik Popular | — | Menang | |||
Artis Versatil Popular | Dirinya sendiri | Menang | |||
2021 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 | Penyanyi Wanita Popular | Menang | [13] | |
Artis Versatil Popular | Menang | ||||
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Penyanyi Wanita Popular | Tercalon | ||
2024 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 | Artis Sensasi Popular | Menang |
Anugerah MeleTOP ERA
[sunting | sunting sumber]Anugerah MeleTOP ERA merupakan majlis anugerah yang membuat kemunculan sulung pada tahun 2014. Ia merupakan kerjasama antara MeleTOP dan Era untuk mengiktiraf selebriti tempatan Malaysia "dalam pelbagai platform termasuk muzik, radio, televisyen, filem dan digital."[14] Ia ialah anugerah berdasarkan undian, yang mana peminat bebas untuk mengundi pilihan mereka melalui laman web rasmi anugerah dan khidmat pesanan ringkas (SMS).[14]
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|
2017 | Anugerah MeleTOP Era 2017 | Penyanyi MeleTOP | Menang | |
Pelakon TV MeleTOP | Tercalon | |||
2018 | Anugerah MeleTOP Era 2018 | Penyanyi MeleTOP | Tercalon | |
Pelakon MeleTOP | Tercalon | |||
Hos TV MeleTOP | Tercalon | |||
2019 | Anugerah MeleTOP Era 2019 | Penyanyi MeleTOP | Tercalon | [15][16][17][18] |
Hos MeleTOP | Menang | |||
TOP TOP MeleTOP (Wanita) | Menang | |||
2020 | Anugerah MeleTOP Era 2020 | Penyanyi Meletop | Tercalon | [19][20][21][22][23] |
Artis Versatil Meletop | Menang | |||
Grup/Duo Meletop (bersama Khai Bahar) | Menang | |||
Lagu Meletop ("Hatiku Milikmu") | Tercalon | |||
TOP TOP MeleTOP (Wanita) | Menang | |||
TOP TOP MeleTOP Duo/Berkumpulan (bersama Khai Bahar) | Menang | |||
2021 | Anugerah MeleTOP Era 2021 | Penyanyi Meletop | Tercalon | |
Artis Versatil Meletop | Tercalon |
Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan
[sunting | sunting sumber]Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (APPMH) atau sebelum ini dikenali sebagai - Anugerah Media Hiburan, Anugerah Ceria Media Hiburan, Anugerah Personaliti Pilihan Pembaca Media Hiburan atau Anugerah Personaliti Hiburan ialah acara yang mana ia mengiktiraf artis berdasarkan nilai-nilai estetika mereka.[24] Acara ini adalah di bawah tanggungjawab salah satu majalah selebriti Malaysia, Media Hiburan.[24]
Tahun | Penerima/Karya tercalon | Anugerah | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|
2011 | Dirinya sendiri | Artis Janda Hot Pilihan | Tercalon |
Malam Throwbaek Drama
[sunting | sunting sumber]Malam Throwbaek Drama pertama kali diadakan pada 2017. Ia dianjurkan oleh H!Live dan ASTRO untuk memberi penghargaan kepada mereka yang terlibat dan komited mengenai kejayaan drama Astro. Terdapat kira-kira sebelas kategori, lapan kategori adalah berdasarkan 50% undian dalam talian dan 50% daripada juri Astro.[25]
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2017 | Malam Throwbaek Drama | Heroin Throwbaek | Dirinya sendiri | Tercalon | |
Couple Throwbaek | Dirinya sendiri (bersama Alif Satar) | Tercalon | |||
Scene Paling Win | — | Menang |
Anugerah Pilihan Online 2016
[sunting | sunting sumber]Anugerah Pilihan Online 2016 atau APO2016 dianjurkan oleh The Star Online dan Suria FM. Anugerah ini memberi peluang kepada orang ramai untuk memilih pemenang. Pemenang akan ditentukan oleh 70% undian dalam talian dan baki 30% akan diputuskan oleh panel hakim.[26] Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf personaliti tempatan dalam semua bidang hiburan, sukan, fesyen dan perniagaan. Ia juga untuk menyerlahkan mereka yang aktif menggunakan kelebihan media sosial dan alam siber.[27]
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2016 | Anugerah Pilihan Online 2016 | Penyanyi Wanita Pilihan Online | Dirinya sendiri | Tercalon | [28] |
Wanita Anggun Pilihan Dnars | Tercalon |
Lain-lain
[sunting | sunting sumber]Anugerah Top Hot
[sunting | sunting sumber]Top Hot ialah anugerah yang julung kali diadakan pada 2017. Ia dianjurkan oleh Hot FM bagi mengiktiraf lagu yang paling hangat dan menyerlahkan bakat artistik penyanyi melalui lagu-lagu popular mereka.[29] Ia merupakan anugerah berdasarkan undian, di mana peminat boleh mengundi artis kegemaran mereka di laman web rasmi anugerah ini.[29]
Tahun | Penerima/Karya tercalon | Anugerah | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|
2017 | Dirinya sendiri | Penyanyi Wanita Hot | Menang |
Anugerah Buku Negara
[sunting | sunting sumber]Anugerah Buku Negara (ABN) ialah anugerah yang dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) bagi mengiktiraf warga kerja industri perbukuan di Malaysia. Bermula tahun 2005, ABN yang pertama kali dianjurkan menobatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad, sebagai Tokoh Buku Negara. Bagi anugerah ini, Siti Nordiana memenangi Buku Umum Terbaik bagi kategori Autobiografi menerusi buku Life Goes On.
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2019 | Anugerah Buku Negara 2019 | Buku Umum Terbaik (Kategori Autobiografi) | Life Goes On | Menang | [30] |
Anugerah Telenovela
[sunting | sunting sumber]Anugerah Telenovela ialah anugerah yang dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) merupakan pengiktirafan kepada penulis, penerbit dan warga kerja industri kreatif yang berjaya menterjemah kandungan buku terutama novel kepada layar perak atau diterbitkan dalam bentuk audio dan visual.
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2019 | Anugerah Telenovela 2019 | Pelakon Wanita Telenovela Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |
All Stars Gegar Vaganza
[sunting | sunting sumber]Siti Nordiana telah menyertai pertandingan All Stars Gegar Vaganza yang memaparkan konsep berbeza iaitu mengumpulkan semula semua bekas bekas juara dan juga 6 perserta "hotseat" dari musim pertama hingga ke musim kesembilan. Beliau telah berjaya ke punsingan akhir (minggu ke-12) yang terdiri dari lapan (8) finalist. Sepanjang pertadingan, Siti Nordiana juga telah berjaya mendapat Anugerah Gegaran Generasi Juara Digi sebanyak tiga kali.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Jamliah Abdullah (7 Oktober 2001). "Suasana meriah Anugerah ERA '01". Utusan Malaysia Online. Dicapai pada 22 Ogos 2010.
- ^ "BAGAIMANA MAHU MENGUNDI?". Era.fm. Dicapai pada 24 Ogos 2010.
- ^ "Lagu Melayu ke lagu Indonesia?". Harian Metro. Digital Collections DC5: Text Archive. 8 Mei 2010. Dicapai pada 16 Ogos 2010.
- ^ Budiey (24 Januari 2017). "Sekitar ERA Digital Muzik Awards 2016 Yang Happening". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 20 Mac 2021.
- ^ "ERA Digital Muzik Awards Khamis ini di Facebook ERA". Utusan Borneo. 23 Januari 2018. Dicapai pada 20 Mac 2021.
- ^ Juara GV2, menang di Mentor 7 dan terkini Top Top Meletop AME2019, 'level' Siti Nordiana sudah lain? Ini reaksinya Media Hiburan. 22 April 2019. Dicapai pada 7 Disember 2019.
- ^ "Latar Belakang ABP". Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-26. Dicapai pada 25 Ogos 2010.
- ^ Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (7 Oktober 2018). "Bohong jika tak takut jatuh semula". Berita Harian. Dicapai pada 16 April 2019.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (22 September 2019). "Aaron, Sam mahu Siti Nordiana menang ABPBH32". Harian Metro. Dicapai pada 7 Januari 2020.
- ^ Rudy Imran Shamsuddin (16 Ogos 2019). "Banyak pencalonan, Nana potensi menang besar". Harian Metro. Dicapai pada 7 Januari 2020.
- ^ "Khai Bahar, Siti Nordiana menang Artis Kolaborasi/Duo Popular". Berita Harian. 13 November 2020. Dicapai pada 24 November 2020.
- ^ "Artis Versatil Popular milik Siti Nordiana". Berita Harian. 13 November 2020. Dicapai pada 24 November 2020.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (13 November 2021). "Siti Nordiana rampas semula trofi penyanyi". Berita Harian. Dicapai pada 15 November 2021.
- ^ a b Faisal Asyraf (28 Disember 2014). "Vote for your Meletop favourites". New Straits Times. Dicapai pada 17 Januari 2014.
- ^ Zulqarnain Abu Hassan (22 April 2019). "Siti Nordiana, Khai Bahar menang Anugerah Top Top MeleTOP Anugerah MeleTOP Era 2019". Sinar Harian. Dicapai pada 24 November 2019.
- ^ Syafiqah Jalal (21 April 2019). "Khai Bahar & Siti Nordiana Artis Top Top MeleTOP 2019! Ini senarai keputusan penuh AME2019". Astro Gempak. Dicapai pada 24 November 2019.
- ^ Nur Asyikin Mayudin (21 April 2019). Khai Bahar menang lagi, Siti Nordiana buat kejutan AME2019 mStar Online. Dicapai pada 7 Disember 2019.
- ^ "Hos MeleTOP? Top Top MeleTOP? Saya tak sangka langsung... - Siti Nordiana Astro Awani. 22 April 2019. Dicapai pada 7 Disember 2019.
- ^ Qarami Hashim (4 Mac 2020). "Rupa-rupanya ini rahsia mengapa peminat sayang Siti Nordiana - "Saya cuma jadi diri sendiri dan jaga hati mereka". mStar Online. Dicapai pada 2 April 2020.
- ^ Qarami Hashim (3 Mac 2020). "Senarai penuh pencalonan AME2020, Mira Filzah dan Siti Nordiana 'sangkut' empat kategori". mStar Online. Dicapai pada 3 Mac 2020.
- ^ Georgie Joseph (21 Disember 2020). Siti Nordiana, Haqiem Rusli paling MeleTOP Harian Metro. Dicapai pada 21 Disember 2020.
- ^ Sairul Zamri Misrani (21 Disember 2020). Siti Nordiana, Haqiem Rusli ungguli AME2020 Kosmo!. Dicapai pada 21 Disember 2020.
- ^ Juliana Johar (21 Disember 2020). Siti Nordiana, Haqiem Rusli paling meletop AME2020 mStar Online. Dicapai pada 21 Disember 2020.
- ^ a b "Anugerah Media Hiburan". Metro Ahad. Digital Collections DC5: Text Archive. 25 Julai 2004. Dicapai pada 26 Ogos 2010.
- ^ Kamaruddin Razal. "Astro Anjur Malam Throwbaek Drama Hargai Kerja Keras Pelakon". Astro Gempak. Astro Digital 5 Sdn Bhd. Dicapai pada 10 April 2017.
- ^ Angelin Yeoh. "APO? Choose your favourite online celebrities". Star2.com. The Star Media Group. Dicapai pada 30 April 2016.
- ^ "Anugerah Pilihan Online (APO) 2016". APO2016. Star Media Group Berhad. Dicapai pada 30 April 2016.
- ^ Niezam Abdullah (18 Mac 2016). "Siti Nordiana the favourite". The Star Online. Dicapai pada 2 Disember 2016.
- ^ a b "Top Hot 2017, iktiraf yang paling hot di radio". Sinar Online. Karangkraf Group Media. 21 November 2017. Dicapai pada 14 Januari 2018.
- ^ Nur Asyikin Mayudin (2 April 2019). "Buku dedah kisah hidup Siti Nordiana sebagai ibu tunggal terima Anugerah Buku Negara 2019". Dicapai pada 6 Julai 2019.