Pergi ke kandungan

Semakin Jelas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakin Jelas
Album studio oleh
Dilancarkan pada26 Mac 2011
Dirakamkan pada2010 – 2011
TempatMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
GenrePop, balada
BahasaBahasa Melayu Sunting nilai ini di Wikidata
SyarikatFantasia Music City
PenerbitWilliam Lim (eksekutif), Azlan Abu Hassan, Adi Priyo Sambodo, LY, Rosli Selasih, Salman, S. Atan, Belle
Kronologi Siti Nordiana
Pelangi
(2004)
Semakin Jelas
(2011)
Anakku Sayang
(2015)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Semakin Jelas ialah album studio kelima oleh penyanyi wanita Malaysia, Siti Nordiana, dikeluarkan pada 26 Mac 2011 oleh Fantasia Music City (FMC).[1][2][3]

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Album ini merupakan album studio pertama Siti Nordiana dalam tempoh 7 tahun sejak album Pelangi (2004). Berbanding empat album terdahulu yang mengandungi 10 lagu, Semakin Jelas hanya memuatkan 8 lagu yang terdiri daripada enam lagu yang tidak pernah dikeluarkan manakala dua lagi ialah lagu baru. Dua lagu dalam album ini telah dikeluarkan sebagai single, "Tak Tahan" dan "Semakin Jelas". Semakin Jelas mendapat khidmat komposer dan penerbit lama dan baru termasuk Azlan Abu Hassan, Adi Priyo Sambodo dan Rosli Selasih. Ia merupakan album studio terakhir Siti Nordiana bersama FMC selepas 13 tahun mengikat kontrak bersama label itu.[4][5]

Senarai runut

[sunting | sunting sumber]
No.TajukPenulisPenerbitMasa
1."Tak Tahan"NawfasManusia Putih3:33
2."Semakin Jelas"Ireani YaacobAzlan Abu Hassan4:38
3."Pujuklah Jiwaku"LYLY5:21
4."Zapin Berzapin"LokghaRosli Selasih5:22
5."Cintaku Suci Teguh Di Hati"SalmanSalman5:06
6."Joget Pilihan Jiwa" (duet bersama Syura) NurasyiqinS.Atan3:52
7."Nilai Di Hati"AdikaTapai4:15
8."Ke Pangkuan Tersayang"ZainalAdnan Abu Hassan3:45


  1. ^ Hanisah Selamat (3 Julai 2018). "Nana tak ralat kurang rehat". Berita Harian. Dicapai pada 7 Julai 2018.
  2. ^ Semakin Jelas (catatan media). Siti Nordiana. Fantasia Music City. 2011.CS1 maint: others (link)
  3. ^ "Semakin Jelas, Tak Tahan". Berita Harian. 14 Jun 2011. Dicapai pada 10 Disember 2020.
  4. ^ "Saya selesa: Siti Nordiana". 13 Jun 2011. Dicapai pada 7 Julai 2011.
  5. ^ "Album Siti Nordiana - Semakin Jelas, stesen radio tidak berminat lagu Nana". Mohd Rohaizad. 22 Jun 2011. Dicapai pada 7 Julai 2011.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]