Paling Comel
|- ! colspan="3" scope="col" style="text-align: center; background:
- B0C4DE;" | Senarai runut Istimewa Untukmu
|- | colspan="3" |
"Paling Comel" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Achik & Nana | ||||
daripada album Istimewa Untukmu | ||||
Dilancarkan | 1 Jun 2003 | |||
Format | ||||
Genre | Pop rock | |||
Panjang | 4:05 | |||
Syarikat | FMC Music | |||
Penulis | Aidit Alfian | |||
Penerbit | Aidit Alfian | |||
Kronologi single Kronologi single Achik & Nana | ||||
| ||||
"Paling Comel" di YouTube |
"Paling Comel" (Trek 1) |
"Mainan Cinta" (Trek 2) |
"Paling Comel" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh pasangan duo penyanyi Achik & Nana (Achik Spin dan Siti Nordiana), hasil nukilan Aidit Alfian. Ia dikeluarkan sebagai single pertama untuk album sulung mereka, Istimewa Untukmu (2003).[1][2]
Komposisi
[sunting | sunting sumber]"Paling Comel" ialah sebuah lagu berentak pop rock yang berdurasi selama 4 minit dan 5 saat, dicipita dan ditulis oleh Aidit Alfian.
Muzik video
[sunting | sunting sumber]Muzik video rasmi lagu ini telah dimuat naik di saluran YouTube FMC Music pada 21 Ogos 2012 dan sehingga kini, telah meraih jumlah tontonan sebanyak 614,854 tontonan.
Keluaran dan sambutan
[sunting | sunting sumber]"Paling Comel" telah dikeluarkan pada 1 Jun 2003 sebagai single pertama Achik & Nana untuk album pertama mereka, Istimewa Untukmu.[3]
Menurut ulasan retrospektif daripada Bintang Popular, sisipan hiburan Berita Minggu, "Paling Comel" ialah sebuah lagu yang bersifat "santai dan comel".[4]
Pada November 2018, Astro Gempak menyenaraikan "Paling Comel" sebagai salah satu daripada 9 lagu terbaik Siti Nordiana.[2]
Persembahan secara langsung
[sunting | sunting sumber]Lagu ini telah dipersembahkan secara solo oleh Siti Nordiana di konsert minggu pertama Gegar Vaganza musim kedua pada 18 Oktober 2015.[5]
Senarai runut
[sunting | sunting sumber]No. | Tajuk | Masa | |
---|---|---|---|
1. | "Paling Comel" | 4:05 | |
Carta
[sunting | sunting sumber]Carta (2003) | Kedudukan carta |
---|---|
Carta Muzik Muzik | – |
Carta Era | – |
Carta Muzik FM | 2 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Khadijah Ibrahim (19 Februari 2004). "Nana & Achik - Hubungan tetap erat". Utusan Malaysia. Dicapai pada 22 Mac 2010.
- ^ a b Kamaruddin Razal (22 November 2018). "Happy birthday Siti Nordiana... Jom semak 9 lagu best pilihan Gempak". Astro Gempak. Dicapai pada 21 Mac 2019.
- ^ Zul Husni Abd Hamid (19 Februari 2004). "Achik, Nana syukur dihargai peminat". Berita Harian. Dicapai pada 22 Mac 2010.
- ^ "Sesuai bagi pasangan kekasih". Bintang Popular. Berita Minggu. 27 Julai 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-12-05. Dicapai pada 22 Mac 2018.
- ^ Syarridzuan Abd Rashid (11 November 2015). "Nana kawal emosi nyanyi lagu, terkenang arwah Achik". Berita Harian. Dicapai pada 12 November 2015.