Anugerah Juara Lagu ke-33
Anugerah Juara Lagu 33 | |
---|---|
Tarikh | 3 Februari 2019 |
Tempat | Arena Axiata, Bukit Jalil, Kuala Lumpur |
Pengacara | Sherry Alhadad Aziz Sattar |
Penerbit | Primeworks Studios |
Ketua Juri | Aznil Nawawi |
Pengarah | Dato' Maznah Ismail |
Tempoh Tayangan | 196 minit |
Juara Lagu | "Haram" Nyanyian: Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini Muzik: Hael Husaini dan Ezra Kong Lirik: Hael Husaini dan Ezra Kong |
Sorotan | |
Persembahan Terbaik | Sufian Suhaimi ("Di Matamu") |
Vokal Terbaik | Misha Omar ("Sampai Bila") |
Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) merupakan konsert dan majlis penghargaan tahunan bagi karya muzik Malaysia yang diperkumandangkan dalam carta Muzik Muzik TV3 musim 2018. Tema untuk acara tahun ini ialah "Galaksi Bimasakti Datu Patih Karma Bijaya" yang diaplikasikan dalam pemilihan pakaian penyanyi setiap kali AJL berlangsung untuk memberi impak yang besar dan melengkapkan lagi jalan cerita lagu yang disampaikan.
Separuh Akhir Muzik Muzik
[sunting | sunting sumber]Setelah selesai program mingguan carta Muzik Muzik 33, 30 buah lagu akan berentap di Separuh Akhir Muzik Muzik 33 yang disiarkan selama tiga pusingan bagi menentukan 12 lagu yang akan ke AJL 33.
Finalis
[sunting | sunting sumber]Untuk melihat senarai semi-finalis untuk Juara Lagu ke-33, sila lihat Separuh Akhir Muzik Muzik 33.
Untuk merujuk senarai penuh finalis sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai lagu finalis Anugerah Juara Lagu.
Berikut adalah senarai finalis mengikut turutan giliran persembahan yang berentap di AJL ke-33:
Giliran | Tajuk Lagu | Komposer | Penulis Lirik | Penyanyi | Petikan Album | Label | Keputusan |
---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | "Luluh" | Muhammad Khairul Baharuddin (Khai Bahar) | Khai Bahar | ▷ [1]; kemudian dimuatkan dalam "Air Mata" (2019) [2] | NAR Records | Finalis | |
2 | "Jatuh Bangun" | Ridzuan Haqiem Rusli Omar Khan Rahmattullah Khan(Omar K) Ikhwan Fatanna Mokhtar |
Ridzuan Haqiem Rusli Omar Khan Rahmattullah Khan (Omar K) Ikhwan Fatanna Mokhtar Aman Jamaluddin (Aman RA) |
Haqiem Rusli Aman RA |
"Segalanya"[3] | Fantasia Music City | |
3 | "Nisan Cinta" | Ezra Kong Hael Husaini Mike Chan |
Siti Nordiana Jaclyn Victor |
▷ [4] | Raksasa Records | ||
4 | "Kau Pun Sama" | Parssanth Navaratnam (Kidd Santhee) Dinesh Kumar (DJ Biggie) Syameel Aqmal (Syamel) |
Syameel Aqmal (Syamel) | Syamel | ▷ [5] | Rocketfuel Entertainment - Astro Entertainment | |
5 | "Hajat" | Hael Husaini Razmi Ezra Kong |
Hael Husaini | ▷ [6] | Rocketfuel Entertainment - Astro Entertainment | ||
6 | "Tak Pernah Hilang" | Farouk Abdul Razak (Farouk Roman) | Amylea Azizan | Amylea Azizan Kaer Azami |
▷ [7] | Seventeen Eleven Music | |
7 | "Di Matamu" | Sharman Daniel (Sirkhan) Sufian Suhaimi |
Fadzrin Zulkurnain Yusof (Rinkarnain) | Sufian Suhaimi | ▷ [8] | Aries Music | Persembahan Terbaik |
8 | "Bunga" | Omar Khan Rahmattullah Khan John Jeesavingam |
Ahmad Abdul Rahman (Altimet) | Altimet (digantikan oleh Kumpulan De Fam [9][10]) |
"AIR" [11] | Warner Music - - Yebba Yebba Altimet Holdings | Finalis |
9 | "Semakin" | Shamira Muhamad (Mera Utama) | Sarah Raisuddin | ▷ [12] | Indigital Music | ||
10 | "Bunga" | Akim Ahmad (Hang Nadim) Zarimi Zahari (Laq) Hazama Azmi (Kadok) |
Akim Ahmad (Hang Nadim) | Ara Johari | ▷ [13] | Rocketfuel Entertainment - Astro Entertainment | Naib Juara |
11 | "Sampai Bila" | Sharon Anne Paul Abdullah (Sharon Paul) | Ahmad Fedtri Yahya Shah Shamshiri |
Misha Omar | ▷ [14] | Sony Music | Ketiga & Vokal Terbaik |
12 | "Haram" | Ezra Kong Hael Husaini Razmi |
Hael Husaini Dayang Nurfaizah |
▷ [15] | Rocketfuel Entertainment - Astro Entertainment | Juara |
Pemenang
[sunting | sunting sumber]- Juara Lagu - Haram (Hael Husaini & Dayang Nurfaizah), RM 50,000 dan trofi
- Naib Juara - Bunga (Ara Johari), RM 35,000 dan trofi
- Tempat Ketiga - Sampai Bila (Misha Omar), RM 20,000 dan trofi
- Vokal Terbaik - Sampai Bila (Misha Omar), RM 12,000 dan trofi
- Persembahan Terbaik - Di Matamu (Sufian Suhaimi), RM 12,000, trofi dan Samsung Galaxy A9
Jemaah Juri
[sunting | sunting sumber]Persembahan di pentas akhir telah diadili oleh 10 orang juri iaitu Datuk Mokhzani Ismail, Manan Ngah, Datuk Wah Idris, Ajai, LY, Faizal Uzir (Lok U), Helen Yap, AG Coco, Adi Priyo dan Azmeer selaku ketua juri.[16] Pentas AJL33 juga turut menawarkan peluang buat penonton untuk mengundi atas talian bagi kategori Persembahan Terbaik yang akan menyumbang kepada 50 peratus markah keseluruhan, manakala baki 50 peratus adalah daripada juri profesional.[17]
Untuk merujuk senarai penuh juri-juri yang pernah dilantik sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai Jemaah Juri Anugerah Juara Lagu.
Trivia
[sunting | sunting sumber]Bahagian trivia adalah tidak digalakkan di bawah garis panduan Wikipedia. Rencana ini boleh diperbaiki dengan menyatukan bahan relevan dan membuang bahan yang kurang sesuai. |
- Bagi edisi kali ini, pihak penganjur telah menjual tiket bagi menyaksikan Anugerah Juara Lagu secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dengan harga serendah RM25.[18] Kali terakhir penganjur membuat jualan tiket adalah pada edisi AJL18, di mana hasil jualan disalurkan kepada tabung-tabung amal dan Tabung TV3 Bersamamu.[19]
- Penganjuran AJL tahun ini menyaksikan Hael Husaini dan Ezra Kong sebagai komposer dan penulis lirik yang layak dengan tiga (3) lagu iaitu Hajat (Hael Husaini), Haram (Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah) dan Nisan Cinta (Siti Nordiana dan Jaclyn Victor).
- Edisi kali ini menyaksikan penyertaan kali pertama penyanyi yang sudah lama bertapak dalam industri muzik tanah air, seperti Amylea dan Siti Sarah.[20][21]
- Siti Nordiana menyertai Anugerah Juara Lagu sebagai penyanyi asal untuk pertama kali setelah 18 tahun bertapak dalam industri muzik. Beliau pernah menggantikan Syura pada AJL21 bagi menyampaikan lagu Candak.[22]
- Tiada band/kumpulan yang berjaya ke pentas akhir AJL untuk dua edisi berturut.
- AJL33 merupakan penampilan sulung penyanyi Kaer. Sebelum ini, beliau pernah layak ke pentas AJL22 dengan lagu Izinku Pergi, namun tidak dapat membuat persembahan disebabkan kesibukan menuntut pelajaran di Indonesia dan digantikan oleh Sahri. [23][24]
- Empat (4) penyanyi yang beraksi dalam AJL kali ini pernah memenangi Anugerah Juara Lagu. Mereka ialah Misha Omar (AJL 18), Jaclyn Victor (AJL 20); Dayang Nurfaizah (AJL 31) dan Hael Husaini (AJL 32).
- Hael Husaini dan Ezra Kong mencipta sejarah sebagai penyanyi (kecuali Ezra Kong), komposer dan penulis lirik yang pertama memenangi anugerah utama untuk dua edisi AJL secara berturut-turut.[25]
- Juara Lagu edisi ini merupakan hasil nyanyian duet Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini yang masing-masing merupakan Juara AJL31 dan AJL32.
- Misha Omar mengungguli trofi Vokal Tebaik untuk kali ketiga (AJL18, AJL19 dan AJL33) [26] menyamai rekod yang dipegang oleh Hafiz Suip (AJL25, AJL26 dan AJL27) serta Dayang Nurfaizah (AJL29, AJL30, AJL31).
- Edisi kali ini menyaksikan Hazama Azmi (Kadok) berjaya menaiki pentas AJL sebagai salah seorang pemenang buat kali pertama sebagai seorang komposer. Beliau sebelum ini gagal memenangi sebarang anugerah dalam enam (6) penyertaannya dalam AJL sebagai penyanyi.
- Aman RA membuat persembahan solo dengan lagu Bangun semasa sesi selingan dan pada AJL 34 lagu ini bergelar naib juara.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ https://music.apple.com/us/album/luluh/1256240522?i=1256240593
- ^ https://www.discogs.com/Khai-Bahar-Air-Mata/release/14312441
- ^ https://open.spotify.com/album/2bAn4nly7d2lXAmp4C5sR5
- ^ https://music.apple.com/us/album/nisan-cinta-single/1253510728
- ^ https://music.apple.com/us/album/kau-pun-sama/1425874162?i=1425874163
- ^ https://music.apple.com/us/album/hajat/1410225748?i=1410225750
- ^ https://music.apple.com/us/album/tak-pernah-hilang/1370812732?i=1370812743
- ^ https://music.apple.com/jp/album/di-matamu-single/1361514295?l=en
- ^ Altimet pilih De Fam nyanyi Bunga. Harian Metro. Diterbitkan pada 17 Januari 2019. Dicapai pada 22 Januari 2019.
- ^ De Fam ganti Altimet pada AJL 33. Kosmo. Diterbitkan pada 17 Januari 2019. Dicapai pada 22 Januari 2019.
- ^ https://www.discogs.com/Altimet-Air/release/12302034
- ^ https://music.apple.com/us/album/semakin-single/1375401123
- ^ https://music.apple.com/us/album/bunga/1294716881?i=1294716885
- ^ https://music.apple.com/us/album/sampai-bila-single/1380753806
- ^ https://music.apple.com/us/album/haram/1368057899?i=1368057900
- ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2019/02/527339/lagu-haram-juara-ajl-33
- ^ https://www.utusanborneo.com.my/2019/01/22/sherry-al-hadad-alif-satar-hos-ajl33-defam-ganti-altimet-pada-3-feb-ini
- ^ https://www.xtra.com.my/ms/category/celeb-buzz/posts/dapatkan-tiket-anugerah-juara-lagu-33-disini
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-09. Dicapai pada 2019-02-07.
- ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2019/01/523369/tubuh-menggeletar-fikiran-runsing-gara-gara-ajl-33
- ^ https://www.xtra.com.my/ms/category/featured/posts/ajl33-pertama-kali-ke-pentas-akhir-siti-sarah-mengaku-rasa-takut
- ^ http://www.gempak.com/artikel/13420/dulu-gantikan-syura-kini-hasrat-saya-tercapai-siti-nordiana
- ^ http://www.tv3.com.my/Shows/EpHighlight.aspx?MasterID=486&ShowID=508&MenuID=2&TemplateID=1&SubMenuID=1&VideoID=7830&EpID=11580#anchorVid
- ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2019/02/526599/komposer-lagu-amylea-kaer-tertekan
- ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2019/02/04/ajl33
- ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2019/02/527971/saya-menang-apabila-penonton-puas-misha-omar