Sejarah Suku Banjar
Penampilan
Sebahagian daripada siri tentang |
---|
Sejarah Indonesia |
Portal Indonesia |
Sejarah Suku Banjar berasal dari Kesultanan Banjar (24 September 1526 S.M/634 Masihi sehingga 11 Jun 1860 S.M) adalah kesultanan yang terdapat di Kalimantan Selatan. Kesultanan ini semula beribu kota di Banjarmasin kemudian dipindahkan ke Martapura dan sekitarnya (daerah Banjar). Ketika mempunyai banyak ibukota di Martapura ia juga disebut juga Kerajaan Kayu Tangi.
Ketika ibu kotanya masih di Banjarmasin, maka kesultanan ini disebut Kesultanan Banjarmasin. Kesultanan Banjar merupakan penerus dari Kerajaan Negara Daha iaitu kerajaan Hindu yang beribu kota di kota Negara, sekarang merupakan ibu kota daerah Daha Selatan, Hulu Sungai Selatan.