Kebangkitan Nasional Indonesia
Kebangkitan Nasional Indonesia ialah perkataan yang digunakan buat setengah abad pertama kurun ke-20 yang menyaksikan permulaan penduduk di banyak bahagian kepulauan itu mengembangkan kesedaran kebangsaan mereka sebagai "orang Indonesia".[1]
Pihak Belanda telah menguasai beberapa kelompok bangsa yang tidak pernah berkongsi identiti politik bersatu di Hindia Timur Belanda, atas nama keuntungan perniagaan dan pentadbiran. Pihak Belanda telah menetapkan perbatasan kawasan negara kolonial yang menjadi pelopor negara moden Indonesia, pada awal abad ke-20.
Pada setengah abad pertama kurun ke-20, timbul organisasi dan kepimpinan baharu di wilayah jajahan Belanda itu. Di bawah Dasar Etika, negara Belanda mula membantu mewujudkan kumpulan elit Indonesia yang berpelajaran. Perubahan-perubahan besar dalam kalangan penduduk tempatan ini sering disebut "Kebangkitan Nasional Indonesia". Perubahan-perubahan ini disertai dengan peningkatan aktivisme politik dan berpuncak dengan pengisytiharan kemerdekaan oleh para nasionalis Indonesia pada 17 Ogos 1945.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.